Daftar Dron CAAM UAS TM

Makluman Kepada Pemilik Pengguna Dron

Pada 3 Jun 2024, pihak CAAM mengumumkan bahawa pemilik dan pengguna dron, sama ada untuk tujuan komersial atau hobi, akan dikehendaki untuk daftar dron dengan CAAM sebelum dapat menggunakan dron mereka. Walaupun peraturan ini telah diperkenalkan, ia belum sepenuhnya dikuatkuasakan pada masa ini.

Bagaimanakah Cara Daftar Dron?

Pada tahun ini, CAAM akan memperkenalkan UAS TM (Unmanned Aircraft System Traffic Management), dijangka dilaksanakan pada suku ketiga tahun 2024. Pemilik dan pengguna dron dikehendaki mendaftar di bawah UAS TM, termasuk pendaftaran semasa pembelian dron.

Selain daripada pendaftaran, pengguna dron juga perlu memohon kebenaran sebelum menerbangkan dron mereka. Sebuah aplikasi mudah alih akan diperkenalkan untuk tujuan ini. Kebenaran akan diberikan segera melalui aplikasi tersebut jika penerbangan dron mematuhi semua lokasi dan peraturan yang berkaitan.

Langkah-langkah ini diambil untuk menguruskan ruang udara negara dengan lebih efektif dan meningkatkan keselamatan penerbangan secara keseluruhan.

Berapa Kos Kadar Lesen Daftar Dron Di Malaysia?

Akan dikemaskini

Maklumat Lanjut & Pertayaan

Sila rujuk portal rasmi CAAM

Artikel Lain > KURSUS PSV ONLINE Lesen e Hailing Harga & Contoh Soalan

Leave a Comment