DAFTAR ID PORTAL & MUAT TURUN BORANG PERKESO

DAFTAR ID PORTAL & MUAT TURUN BORANG PERKESO

DAFTAR ID PORTAL & MUAT TURUN BORANG PERKESO

Berdasarkan situasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), segala urusan berkaitan dengan majikan dan Perkeso perlu dilakukan secara atas talian untuk memastikan semua urusan berjalan dengan lancar. Lebih-lebih lagi banyak inisiatif baru yang kerajaan sediakan berkaitan dengan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program – ERP) dan Program Subsidi Upah perlu diuruskan sebaik mungkin untuk kebajikan pekerja dan majikan. Maka menjadi keperluan kepada majikan untuk membuat pendaftaran  Id Portal Perkeso untuk memudahkan urusan majikan melaksanakan pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan. Bagaimanakah  cara DAFTAR ID PORTAL & MUAT TURUN BORANG PERKESO?

CARA DAFTAR ID PORTAL PERKESO

PERKESO telah menyediakan sebuah portal layan diri bagi majikan untuk menguruskan maklumat-maklumat majikan, pekerja dan caruman bulanan PERKESO. Bagi tujuan ini, majikan boleh memohon untuk menggunakan portal ini.

Untuk mendapatkan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) bagi menggunakan Portal ASSIST PERKESO, anda perlu muat-turun pdfBorang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist dan bawa borang yang telah dilengkapkan ke Pejabat PERKESO yang berdekatan dengan anda.

Borang yang dilengkapkan hendaklah die-mel ke [email protected] atau bawa ke Pejabat PERKESO yang berdekatan .

Pejabat kami akan menyemak borang tersebut dan akan menjanakan akaun pengguna anda.

Anda akan menerima satu email dengan nama pengguna (username) dan kata laluan sementara (password) anda.

Semasa login pertama, anda akan diminta untuk menukar kata laluan (password) anda untuk tujuan keselamatan akan anda.

Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, anda boleh menggunakan fungsi “Forget Password” yang terpapar pada skrin login portal tersebut.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hantarkan soalan anda ke [email protected]

 

CARA PENDAFTARAN MAJIKAN

Majikan dan pekerja baharu mesti didaftarkan dengan PERKESO dalam tempoh tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh Akta dipakai bagi perusahaan itu. Bagi tujuan pendaftaran, majikan dikehendaki mengisi Borang Pendaftaran Majikan (Borang 1) serta Borang Pendaftaran Pekerja (Borang 2) bersama dengan dokumen yang ditetapkan (sila dapatkan senarai semak menerusi laman sesawang atau pejabat PERKESO) dan mengemukakannya ke pejabat PERKESO berdekatan.

Jika berlaku perubahan nama, alamat, jenis, status ketuanpunyaan perusahaan atau pekerja, majikan hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada PERKESO.

 

CARA PENDAFTARAN PEKERJA

Majikan yang mengambil pekerja baru yang layak di bawah Akta hendaklah mendaftarkan pekerja tersebut menggunakan Borang 2, biarpun pekerja tersebut pernah berdaftar dan mencarum dengan PERKESO ketika bekerja di majikan terdahulu.

Rekod Daftar Pekerja

Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan rekod daftar pekerja yang menunjukkan butir-butir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:

  1. Nama
  2. Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara
  3. Pekerjaan
  4. Butiran Caruman
  5. Gaji Bulanan
  6. Elaun-elaun

Daftar pekerja dan semua rekod bayaran caruman hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun dari tarikh catatan terakhir.

 

PENDAFTARAN PEKERJA ASING

Majikan yang mengambil pekerja asing yang layak di bawah Akta hendaklah mendaftarkan pekerja tersebut menggunakan Borang Pendaftaran Pekerja Asing , biarpun pekerja tersebut pernah berdaftar dan mencarum dengan PERKESO ketika bekerja di majikan terdahulu.

 

PEMBERHENTIAN SEBAGAI MAJIKAN

Setiap majikan yang berhenti daripada menjadi majikan (majikan aktif tetapi tiada pekerja, majikan tutup sementara dan majikan tamat perusahaan) hendaklah memaklumkan kepada PERKESO dengan mengemukakan Borang Pemberhentian Sebagai Majikan (Borang 1A) bersama dokumen berkaitan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tersebut.

 

BAYARAN BALIK CARUMAN

Mulai 1 Januari 2018, PERKESO telah memperkenalkan Portal ASSIST PERKESO bagi memudahkan majikan menguruskan pendaftaran majikan dan pekerja, rekod caruman dan pembayaran caruman.

Bagi menggunakan Portal ASSIST PERKESO ini, majikan perlulah mendaftar untuk mendapatkan ID Portal ASSIST PERKESO terlebih dahulu dengan melengkapkan Borang ID Portal ASSIST PERKESO yang boleh diperolehi menerusi laman sesawang PERKESO dan menghantarkannya ke pejabat PERKESO berdekatan.

Portal ASSIST PERKESO boleh dilawati dengan melayari www.perkeso.gov.my login Portal ASSIST.

Perbankan Internet

Majikan perlu berdaftar dan mempunyai akaun di bank-bank yang telah dilantik.

Kaunter Bank (menggunakan rujukan ACR dengan data caruman dikemukakan menerusi Portal ASSIST PERKESO).

Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut adalah seperti berikut:

  1. Maybank Berhad
  2. RHB Bank Berhad
  3. Public Bank Berhad (mulai 1 Mac 2018)

Kaunter Pejabat PERKESO (menggunakan rujukan ACR dengan data caruman dikemukakan menerusi Portal ASSIST PERKESO).

Pembayaran caruman hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atau kiriman wang atau wang pos sahaja.

Medium Bayaran:

PERKESO hanya menerima cek, kiriman wang atau wang pos yang lengkap dan amaun yang betul seperti ACR (Acknowledgement Contribution Received) dan ECR (EIS Acknowledgement Contribution Received). Sebelum membuat bayaran pastikan maklumat di bawah adalah lengkap:-

  • Bertarikh dalam tempoh sah laku
  • Dibayar atas nama PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL atau PERKESO
  • Jumlah bayaran dalam angka hendaklah bersamaan dengan jumlah dalam perkataan
  • Telah ditandatangani

Tempoh Pembayaran Caruman

Pembayaran caruman hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 15 hari bulan bagi caruman bulan sebelumnya (contoh; caruman bulan Julai 2017 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2017).

Faedah Caruman Lewat Bayar

Faedah caruman lewat bayar akan dikenakan pada kadar 6% setahun bagi tiap-tiap satu hari caruman yang tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.

 

MUAT TURUN BORANG-BORANG PERKESO

1) Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist

2) Pendaftaran Majikan & Pekerja

Panduan Borang 1

Borang 1-Pendaftaran majikan

Panduan Borang 2

Borang 2-Pendaftaran pekerja

Lampiran-Surat Akuan Majikan

3) Pendaftaran Pekerja Asing

4) Pemberhentian Sebagai Majikan

5) Bayaran Balik Caruman

Borang Permohonan Bayaran Balik Caruman / FCLB / Kompaun – PKS(K)50

Jadual Butir-Butir Caruman Yang Tersalah Dibayar – PKS:(K)50A

Laporan Siasatan Bayaran Balik Caruman / FCLB / Kompaun – PKS:(K)51

Senarai Semak Dokumen Permohonan Bayaran Balik Caruman / FCLB / Kompaun

1 thought on “DAFTAR ID PORTAL & MUAT TURUN BORANG PERKESO”

Leave a Comment