DAFTAR & LOGIN GRABFOOD MERCHANT
Bagi membantu peniaga restoran dan kedai makan untuk membuat jualan, pemilik kedai makanan digalakkan untuk mendaftar GrabFood Merchant. Bagaimanakah cara untuk daftar & login GrabFood Merchant? Ia juga dipanggil/dikenali sebagai vendor dan partner GrabFood.
APA ITU GRABFOOD MERCHANT MALAYSIA
GrabFood merupakan salah satu servis penghantaran makanan pihak ketiga yang terkenal di Malaysia. Di bawah syarikat Grab yang menjalankan servis e-hailing, GrabFood rider pula menghantar makanan kepada pelanggan sehingga ke depan pintu rumah berdasarkan alamat yang diberi.
GrabFood bekerjasama dengan pelbagai restoran, gerai makan, warung, dan juga outlet makanan fast food seperti McDonalds dan KFC untuk menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan melalui laman web Grab ataupun di aplikasi Grab.
MANFAAT JIKA MENDAFTAR GRABFOOD MERCHANT
Pemilik perniagaan makanan boleh menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli makanan dan minuman yang ada di kedai anda, tanpa pelanggan perlu pergi ke lokasi tempat anda menjalankan perniagaan.
Selain itu ia mampu menambah pelanggan untuk perniagaan anda secara maya, sekaligus menambah pendapatan untuk perniagaan anda.
SEMAKAN KELAYAKAN DAFTAR GRABFOOD MERCHANT
- Warganegara Malaysia
- Restoran atau kedai makan berada di Malaysia
- Jualan juga di Malaysia
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Mempunyai syarikat yang masih aktif
- Mempunyai nombor pendaftaran syarikat
Jenis syarikat termasuk:
-Milikan Tunggal (Enterprise)
-Partnership (Perkongsian PLT)
-Sdn Bhd
- Mempunyai akaun bank untuk terima pembayaran dari Grab
- Mempunyai minimum 1 outlet
SENARAI LOKASI OPERASI GRABFOOD MERCHANT
- Alor Setar
- Batu Pahat
- Bintulu
- Ipoh
- Johor Bahru
- Kangar
- Kemaman
- Kluang
- Kota Bharu
- Kota Kinabalu
- Kuala Terengganu
- Kuantan
- Selangor & Kuala Lumpur (GrabFood Merchant untuk Klang Valley)
- Kuching
- Labuan
- Lahad Datu
- Langkawi
- Melaka
- Miri
- Muar
- Negeri Sembilan
- Nilai
- Pulau Pinang
- Penang
- Perak
- Port Dickson
- Putrajaya
- Sandakan
- Sepang
- Seremban
- Sibu
- Sungai Petani
- Tawau
CARA DAFTAR GRABFOOD MERCHANT
- Layari laman web https://www.grab.com/my/ untuk ke laman web rasmi Grab.
- Kemudian, pada bahagian atas skrin anda, tekan pada Be Our Partner.
- Drop-down menu akan tertera. Tekan Food Merchant.
- Pada laman seterusnya, tertera beberapa ruangan untuk anda isikan.
- Pada ruangan Restaurant Name, masukkan nama penuh restoran/kedai makan/gerai/warung anda.
- Pada First Name, masukkan nama pertama/panggilan anda.
- Pada Last Name, masukkan nama keluarga anda. (Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan kedua-dua nama anda seperti Muhammad Amin Bin Abdullah, di mana gunakan Muhammad pada First Name dan Amin pada Last Name, atau sekiranya nama anda adalah seperti Azman Bin Rahim, gunakan nama Azman untuk kedua-dua First Name dan Last Name.
- Pada ruangan untuk Restaurant Address, masukkan alamat penuh restoran/kedai makan/gerai/warung anda.
- Pada ruangan City, masukkan nama bandar tempat anda menjalankan perniagaan anda.
- Pada ruangan Postal Code, masukkan juga poskod untuk tempat anda menjalankan perniagaan anda.
- Pada State, pilih negeri yang tertera untuk tempat anda beroperasi.
- Pada ruangan Facebook Page/Company Website, masukkan sekiranya ada, laman Facebook rasmi atau laman web rasmi untuk perniagaan anda.
- Pada Business Type, pilih jenis perniagaan anda untuk daftar GrabFood Merchant
- Pilihan adalah sama ada Sole Proprietorship untuk perniagaan milikan tunggal, Partnership untuk perniagaan perkongsian, atau Company sekiranya perniagaan anda adalah sebuah syarikat.
- Pada ruangan Company Name (SSM), masukkan nama perniagaan anda mengikut pendaftaran anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Pada ruangan Company Registration Number (SSM), masukkan nombor pendaftaran perniagaan anda, juga mengikut pendaftaran anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Pada ruangan Number of Outlets, masukkan jumlah cawangan perniagaan anda yang masih aktif.
- Pada ruangan Do you have in-house delivery services?, pilih sama ada YES atau NO, untuk mengesahkan sama ada perniagaan anda mempunyai perkhidmatan penghantaran makanan tersendiri dan tidak menggunakan pihak ketiga untuk melakukan penghantaran.
- Tick pada kotak reCAPTCHA di bawah.
- Kemudian, tekan butang SUBMIT.
- Pendaftaran anda berjaya.
MUAT TURUN APLIKASI GRABFOOD MERCHANT
1.Klik disini untuk download aplikasi GrabFood Merchant
LOGIN GRABFOOD MERCHANT
1.Pilih aplikasi Google dan log masuk dengan Gmail
2.Masukkan e-mel dan kata laluan anda
3.Setelah berjaya log masuk, buka aplikasi GrabFood Merchant
4.Log masuk dengan Google dan pilih e-mel anda untuk log masuk.
5.Klik di sini untuk melihat cara menggunakan aplikasi GrabFood Merchant.
6.Klik di sini untuk melakukan ujian pengesahan, anda akan menerima SMS dari kami setelah anda lulus ujian maka restoran anda akan berada dalam talian di aplikasi Grab dalam masa 3 hari bekerja.
MENU GRABFOOD UNTUK RESTORAN/KEDAI MAKAN
Setelah anda melakukan pendaftaran, pihak Grab akan menghubungi anda untuk langkah seterusnya untuk menyempurnakan pendaftaran anda. Antaranya, anda akan diminta untuk menghantar menu anda yang terbaru dan lengkap, serta tandatangan kontrak dengan Grab.
MUAT TURUN SURAT PELEPASAN UNTUK COD BARANG DALAM TEMPOH PKP
Pihak Grab akan menyebarkan maklumat tentang perniagaan anda di laman mereka. Anda juga akan menerima tablet dari Grab untuk urusan perniagaan.Jika masih lagi belum terima apa-apa panggilan dari Grab, anda boleh hubungi mereka untuk mengetahui status permohonan di sini.
KADAR FEE GRABFOOD MERCHANT
*Akan dikemaskini.
Tags: #APA ITU GRABFOOD MERCHANT MALAYSIA #CARA DAFTAR GRABFOOD MERCHANT #DAFTAR & LOGIN GRABFOOD MERCHANT #KADAR FEE GRABFOOD MERCHANT #LOGIN GRABFOOD MERCHANT #MUAT TURUN APLIKASI GRABFOOD MERCHANT #SEMAKAN KELAYAKAN DAFTAR GRABFOOD MERCHANT #SENARAI LOKASI OPERASI GRABFOOD MERCHANT
chin yu tak10 months ago
selamat pagi…..saya nak tanya yang minta PSU dengan saya tidak dapat lagi terima bulan april dan mei dengan bayaran…cuma saya nak check atau bila…boleh didapat dengan terima saya…sekiar terima.
roww grup2 months ago
GRABFOOD MERCHANT AZAM LEE