DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN PEMANDU BAS PELANCONG/PERSIARAN

DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN PEMANDU BAS PELANCONG/PERSIARAN

BANTUAN PRIHATIN PEMANDU BAS PELANCONG/PERSIARAN

Kementerian Pengangkutan (MOT) mewujudkan portal https://prihatin.mot.gov.my/ untuk memudahkan proses pendaftaran permohonan Bantuan Prihatin Pemandu Bas Pelancong/Persiaran.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata kementerian itu prihatin dan menyedari permasalahan yang menimpa hampir 10,000 pemandu bas persiaran serta lebih 1,000 syarikat yang mempunyai bas persiaran akibat pandemik COVID-19.

BACA tentang PERMOHONAN LESEN PERUBAHAN SEMENTARA UNTUK MENGGUNAKAN BAS PERSIARAN DAN BAS SEKOLAH BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN BAS PEKERJA

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN PRIHATIN PEMANDU BAS 

Berikut adalah syarat  untuk mengisi butiran pemandu masing-masing di portal :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemandu berstatus lantikan tetap oleh Syarikat Bas Pelancongan/Persiaran (mempunyai caruman PERKESO
  • Memiliki Lesen Vokasional (PSV), Lesen E atau lesen memandu yang berkenaan yang masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Syarikat Bas Pelancongan/Persiaran memiliki lesen TOBTAB yang masih dalam tempoh sah laku dengan MOTAC pada 31 Disember 2019
  • Syarikat pelancongan yang memiliki Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan atau Perniagaan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) yang masih dalam tempoh sah laku dengan Kementerian Pelancongan
  • Mempunyai lesen kenderaan berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

Kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran dan juga pemandu pelancong,anda boleh mohon BANTUAN KHAS RM500 PEMERKASA TAMBAHAN.

SIAPA YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN? PEMANDU ATAU SYARIKAT

Permohonan ini adalah diisi oleh syarikat pelancongan

BACA : SEMAKAN & TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN e-HAILING BPN

JUMLAH BANTUAN PRIHATIN PEMANDU BAS
RM600

CARA DAFTAR
BANTUAN PRIHATIN PEMANDU BAS PELANCONG/PERSIARAN

1. Layari portal PRIHATIN MOT https://prihatin.mot.gov.my/

2.Tekan TERUSKAN

3.Tekan SETUJU

4.Masukan nombor pendaftaran syarikat, klik SEMAK

5.Kemudian DAFTAR PEMANDU
Butiran yang perlu dimuat naik di portal berkenaan merangkumi maklumat Mykad, maklumat lesen serta akaun bank pemandu.

6.Pendaftaran/permohonan SELESAI

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN PEMANDU BAS 

Syarikat diberi masa dua minggu dari 8 Mei 2020 iaitu tarikh pelancaran portal ini untuk mengisi butiran pemandu.

SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN PRIHATIN PEMANDU BAS PELANCONG/PERSIARAN

Setelah butiran pemandu diisi oleh syarikat, senarai pemandu akan disaring untuk memenuhi tiga syarat iaitu warganegara; berstatus lantikan tetap oleh syarikat bas pelancong atau persiaran (mempunyai caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pemandu juga perlu memiliki Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam atau vokasional (PSV), Lesen E atau lesen memandu yang berkenaan yang masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pemandu boleh semak pendaftaran disini https://prihatin.mot.gov.my/semakpemandu

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang makluman lanjut boleh hubungi
(i) Pertanyaan berkenaan status lesen TOBTAB Syarikat Pelancongan sila email ke [email protected]
(ii) Pertanyaan berkenaan portal dan lain-lain sila email ke [email protected]

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

Aras G, M dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali, No. 25 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

Hubungi : 03 – 2603 6600

1 thought on “DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN PEMANDU BAS PELANCONG/PERSIARAN”

Leave a Comment