DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN INSENTIF RM600 KEPADA PEMANDU BAS PERSIARAN
Kementerian Pengangkutan (MOT) mewujudkan portal https://prihatin.mot.gov.my/ untuk memudahkan proses pendaftaran permohonan INSENTIF RM600 KEPADA PEMANDU BAS PERSIARAN.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata kementerian itu prihatin dan menyedari permasalahan yang menimpa hampir 10,000 pemandu bas persiaran serta lebih 1,000 syarikat yang mempunyai bas persiaran akibat pandemik COVID-19. Bagaimana cara permohonan insentif ini?
Kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran dan juga pemandu pelancong,anda boleh mohon BANTUAN KHAS RM500 PEMERKASA TAMBAHAN.
SEMAKAN KELAYAKAN INSENTIF
Berikut adalah syarat untuk mengisi butiran pemandu masing-masing di portal :
- Warganegara Malaysia
- Pemandu berstatus lantikan tetap oleh Syarikat Bas Pelancongan/Persiaran (mempunyai caruman PERKESO
- Memiliki Lesen Vokasional (PSV), Lesen E atau lesen memandu yang berkenaan yang masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Syarikat Bas Pelancongan/Persiaran memiliki lesen TOBTAB yang masih dalam tempoh sah laku dengan MOTAC pada 31 Disember 2019
- Syarikat pelancongan yang memiliki Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan atau Perniagaan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) yang masih dalam tempoh sah laku dengan Kementerian Pelancongan
- Mempunyai lesen kenderaan berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
BACA tentang PERMOHONAN LESEN PERUBAHAN SEMENTARA UNTUK MENGGUNAKAN BAS PERSIARAN DAN BAS SEKOLAH BAGI MENJALANKAN PERKHIDMATAN BAS PEKERJA
SIAPA YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN? PEMANDU ATAU SYARIKAT
Pemandu bas tidak perlu memohon secara individu kerana syarikat pelancongan yang layak akan mendaftar di portal web yang disediakan untuk mengisi butiran pemandu bas masing-masing.
Kepada pemandu bas yang layak, boleh mula buat SEMAKAN BANTUAN PERMAI RM500
BUTIRAN/MAKLUMAT PEMANDU BAS
- maklumat Mykad
- maklumat lesen
- akaun bank pemandu
CARA DAFTAR INSENTIF RM600 KEPADA PEMANDU BAS PERSIARAN
1. Layari portal PRIHATIN MOT https://prihatin.mot.gov.my/
- Tekan TERUSKAN
- Tekan SETUJU
- Masukan nombor pendaftaran syarikat, klik SEMAK
- Kemudian DAFTAR PEMANDU
Butiran yang perlu dimuat naik di portal berkenaan merangkumi maklumat Mykad, maklumat lesen serta akaun bank pemandu.
6.Pendaftaran/permohonan SELESAI
TARIKH PERMOHONAN INSENTIF
Syarikat diberi masa dua minggu dari 8 Mei 2020 iaitu tarikh pelancaran portal ini untuk mengisi butiran pemandu.
SEMAKAN KELULUSAN INSENTIF RM600 KEPADA PEMANDU BAS PERSIARAN
Setelah butiran pemandu diisi oleh syarikat, senarai pemandu akan disaring untuk memenuhi tiga syarat iaitu warganegara; berstatus lantikan tetap oleh syarikat bas pelancong atau persiaran (mempunyai caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Pemandu juga perlu memiliki Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam atau vokasional (PSV), Lesen E atau lesen memandu yang berkenaan yang masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pemandu boleh semak pendaftaran disini https://prihatin.mot.gov.my/semakpemandu
Status kelayakan bantuan prihatin untuk pemandu bas persiaran
Senarai pemandu di bawah adalah senarai pemandu yang telah didaftarkan oleh syarikat pengendali sebelum tarikh tutup pada 23 Jun 2020. Sebarang isu pendaftaran sila rujuk dengan pihak syarikat pengendali.
SENARAI NAMA PEMANDU TIDAK LAYAK
Senarai pemandu yang layak adalah pemandu yang memenuhi semua kriteria permohonan selepas butiran disemak dan disahkan.
Syarat kelayakan kriteria permohonan merangkumi:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai caruman PERKESO oleh syarikat
- Memiliki lesen memandu berkenaan yang sah
- Syarikat perlu memiliki lesen TOBTAB dan lesen kenderaan yang sah pada 31 Disember 2019
TARIKH PEMBAYARAN INSENTIF
Dijangka pada awal bulan JUN 2020.Bayaran akan terus dimasukan ke dalam akaun bank pemandu.
SOALAN LAZIM BERGAMBAR TENTANG INSENTIF
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
Aras G, M dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali, No. 25 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Hubungi : 03 – 2603 6600
Tags: #CARA DAFTAR INSENTIF RM600 KEPADA PEMANDU BAS PERSIARAN #PERMOHONAN & SEMAKAN INSENTIF RM600 KEPADA PEMANDU BAS PERSIARAN #SEMAKAN KELAYAKAN INSENTIF RM600 KEPADA PEMANDU BAS PERSIARAN #TARIKH PEMBAYARAN INSENTIF #TARIKH PERMOHONAN INSENTIF RM600 KEPADA PEMANDU BAS PERSIARAN
Wo Chee Thong2 tahun ago
Morning Officer ,
Ref Insentif RM 600 Kepada Pemandu Bas Persiaran
Mr. Leong Kwai Weng ( IC 590903-06-5271 ) Daftar Lulus as Pemandu dari Blue Vacations Sdn Bhd
PSV No D 796451
License No 31450970
Bank Account Public Bank 4575736213 amend to Public Bank 5004360636
Soon Chui Lian2 tahun ago
Goodafternoon Sir,
How to regsiter for Bas sekolah .
Thanks
Nurshariman2 tahun ago
Kami tiada carum pekeso tak dapat one off,nasib kami pun sama ..dari bulan 1 / 2020 sampai sekarang tak kerja lagi..masih tak dapat juga..