DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN PENJANA KERJAYA PERKESO
APA ITU PENJANA KERJAYA?
PenjanaKerjaya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.
Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini melalui National Employment Services, PERKESO.
Sila rujuk PENJAYAKERJAYA PERKESO 2021
SENARAI INSENTIF PENJANA KERJAYA
PenjanaKerjaya yang disediakan adalah seperti kategori berikut:
MyApprentice
Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil pencari kerja tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan sekolah dan graduan.
HireMalaysia
Terdapat tiga kategori:
- Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan di bawah umur 40 tahun;
- Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan berumur 40 tahun dan ke atas; dan
- Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan mudah terjejas termasuk golongan kurang upaya (OKU), dan peserta Program Return to Work PERKESO
*Nota: Umur pencari kerja adalah berdasarkan pada tarikh lahir semasa permohonan
Bantuan Mobiliti (Mobility Assistance)
Bayaran one-off kepada pekerja yang berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja; Baca cara mohon BANTUAN MOBILITI PENJANA PERKESO
Program Latihan
Menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling) termasuk program place and train yang berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.
Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) melonggarkan beberapa syarat di bawah Program Subsidi Upah (PSU).
Ini termasuk mengurangkan waktu kerja atau gaji sedia ada dengan persetujuan antara majikan dan pekerja.
Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)
PERKESO akan memperluaskan liputan dan memfokuskan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) untuk pekerja yang bersetuju cuti tanpa gaji khusus kepada perniagaan yang dilarang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta sektor berkaitan pelancongan seperti syarikat penerbangan dan pengusaha hotel.
Program Insentif Pengambilan Pekerja /Penjana Kerjaya
Perkeso juga akan melaksanakan Program Insentif Pengambilan Pekerja atau Penjana Kerjaya membabitkan peruntukan RM1.5 bilion yang dapat memberi manfaat kepada 300,000 pencari kerja.
Insentif pengambilan pekerja antara RM600 hingga RM1,000 akan diberikan kepada majikan sekiranya mereka menggaji perantis, penganggur termasuk golongan yang kurang diwakili seperti orang kurang upaya (OKU) dan tenaga kerja berusia.
Program ini merangkumi penyediaan peluang latihan kepada pencari kerja termasuk bukan pencarum Perkeso dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
Di bawah program ini, pencari kerja yang perlu berpindah ke negeri lain untuk menerima tawaran kerja, akan diberikan elaun mobiliti
Portal MyFutureJobs Perkeso
Bagi membantu pencari kerja dan melancarkan padanan pekerjaan, pihaknya akan memanfaatkan Perkhidmatan Pekerjaan Negara, MyFutureJobs yang saling berkait dengan fungsi pengurusan kes yang membolehkan Kaunselor Kerjaya Perkeso menyediakan sokongan individu untuk pencari kerja terutama golongan yang mudah terjejas.
Portal MyFutureJobs Perkeso adalah percuma untuk semua pencari kerja dan majikan yang dibangunkan berdasarkan kerangka Perkhidmatan Pekerjaan Awam mengikut definisi Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Perkhidmatan Pekerjaan Negara merangkumi penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya, kaunseling mendalam bagi golongan yang mengalami kesulitan, bantuan mobiliti, bantuan kewangan untuk kehilangan pekerjaan dan program pasaran buruh aktif.
TARIKH PELAKSANAAN INISIATIF PENJANA
Semua inisiatif ini akan dilaksanakan mulai 15 Jun 2020.
DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN PENJANA KERJAYA PERKESO
Pengemaskinian insentif pengambilan pekerja akan dimuat naik ke www.penjanakerjaya.perkeso.gov.my.
Insentif pengambilan pekerja antara RM600 hingga RM1,000 akan diberikan kepada majikan sekiranya mereka menggaji perantis, penganggur termasuk golongan yang kurang diwakili seperti orang kurang upaya (OKU) dan tenaga kerja berusia.
Hi, bagaimana cara utk register ni?
“DAFTAR PERMOHONAN & SEMAKAN PENJANA KERJAYA PERKESO”
Saya adalah pencarum perkeso bermula 1988 hingga 2018 dan Pada September 2018 saya telah ditransfer ke cawangan diluar negara( kemboja.) setelah 2 tahun bekerja disana saya telah ditamat kan perhidmatan pada Akhir bulan febuary 2020. Adakah saya layak mendapatkan bantuan ini atau adakah bantuan lain untuk saya
DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN PENJANA KERJAYA PERKESO
Daftar pemohon & semakan penjana kerjaya perkeso
DAFTAR, PEMOHON & SEMAKAN PENJANA KERJAYA PERKESO
DAFTAR,PERMOHONANAN&SEMAKAN PENJANA KERJAYA PERKESO’
daftar permohonan penjana kerjaya perkeso & program latihan penjana kerjaya.
Saya adalah warga bujang yang berumur dlm 31 tahun ingin memohon bantuan dari menteri sarawak sebanyak Rm. 500.00 ringgit
Excellent post! We are linking to this great content on our website. Keep up the great writing.
DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN PENJANA KERJAYA PERKESO
“DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN PENJANA KERJAYA PERKESO”
Utk semak nama lulus ke tak
daftar permohonan semakan kerjaya perkeso
Daftar permohonan semakan kerjaya perkeso
Untuk semak nama lulus atau tidak
DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN PENJANA KERJAYA PERKESO