DAFTAR PROGRAM 100 GO DIGITAL UNTUK USAHAWAN PKS

DAFTAR PROGRAM 100 GO DIGITAL UNTUK USAHAWAN PKS

DAFTAR PROGRAM 100 GO DIGITAL

Program 100 Go Digital yang dilancarkan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Ia dilancarkan untuk  memberi pendedahan dan kemahiran pemasaran digital kepada usahawan IKS.

APA ITU PROGRAM 100 GO DIGITAL

100 Go Digital adalah inisiatif untuk membolehkan perniagaan tradisional Malaysia di sektor utama bergerak menuju digitalisasi, meningkatkan kecekapan dan pengalaman pelanggan.

Anda juga boleh sertai PROGRAM GLOW di bawah MDEC

Program 100 Go Digital menyediakan pendekatan langkah demi langkah yang disokong oleh rakan kongsi pelbagai disiplin yang akan menyediakan bantuan secara mendalam yang akan membantu peniaga mengintegrasikan dan membiasakan diri dengan teknologi digital terkini hari ini.

SASARAN PROGRAM 100 GO DIGITAL

PKS di Malaysia

DAFTAR PROGRAM 100 GO DIGITAL

KELEBIHAN PROGRAM 100 GO DIGITAL

Senarai kelebihan Program 100 GO DIGITAL  untuk perniagaan:

  1. Pelajari kemahiran digital baru.
  2. Meningkatkan pengalaman pelanggan.
  3. Meningkatkan kecekapan perniagaan.
  4. Dapatkan pasaran baru.
  5. Berpotensi untuk mengurangkan kos operasi.
  6. Promosi percuma untuk perniagaan.

Perniagaan akan dibantu mengikut tahap dan kesediaan penggunaan digital mereka

Bukan itu sahaja, ia mudah digunakan, malah memberi kesenangan kepada penduduk setempat dan pelancong dalam serta luar negara untuk membeli produk yang dijual tanpa perlu membawa wang.

Dengan kemudahan disediakan MDEC ini, perniagaan  lebih mudah kerana banyak pilihan disediakan termasuk GrabPay, Touch & Go dan WeChat Pay terutama membabitkan pelancong dari luar negara.

Peniaga juga dapat memeriksa transaksi kemasukan wang dengan mudah menggunakan peranti

Dengan aplikasi pembayaran dalam talian yang disediakan seperti Boost, GrabPay, MaybankQR, Touch & Go, e-dompet dan banyak lagi, ia memudahkan transaksi pembayaran menggunakan telefon pintar, sekali gus menjimatkan masa.

CARA DAFTAR PROGRAM 100 GO DIGITAL

Klik disini untuk daftar Program 100 GO DIGITAL

 

1 thought on “DAFTAR PROGRAM 100 GO DIGITAL UNTUK USAHAWAN PKS”

Leave a Comment