DAFTAR SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI PERKESO

DAFTAR SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI PERKESO

SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI PERKESO

APA ITU SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI PERKESO

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti berikut:

  • Pengangkutan Barangan dan Makanan
  • Perniagaan Online
  • Pertanian
  • Teknologi Maklumat
  • Penternakan
  • Pemprosesan Data
  • Perhutanan
  • Ejen
  • Perikanan
  • Perkhidmatan Profesional
  • Makanan
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Pembuatan
  • Kesenian
  • Pembinaan
  • Perkhidmatan Isi Rumah
  • Penjaja
  • Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan
  • Premis Penginapan

Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.

Baca tentang SISTEM INSURANS PEKERJAAN(SIP)

PERLINDUNGAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI

Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.

Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Jangan lupa mohon BANTUAN PROGRAM INSAN JOHOR PENIAGA B40 & M40,terdapat lima pakej bantuan ditawarkan, iaitu Pakej Jahitan, Pakej Automotif, Pakej Agro, Pakej Gunting Rambut Lelaki, Pakej Makanan dan Minuman.

Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

KELAYAKAN

Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur;

Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Salinan kad pengenalan

Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

PEMBAYARAN CARUMAN

Pembayaran caruman secara tahunan atau bulanan.

Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO

Kaedah online melalui perbankan internet di https://matrix.perkeso.gov.my/. (Untuk panduan sila pilih butang ‘Bantuan’).

Panduan Pembayaran Caruman Secara Online – Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

Bagi menggalakkan perlindungan keselamatan sosial kepada semua, Perkeso akan melaksanakan program Geran Padanan untuk pekerja Ekonomi Gig dengan peruntukan sebanyak RM50 juta yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 pekerja.

Dalam program ini, dana padanan pada nisbah 70:30 atau kira-kira RM162.96 bagi setiap pekerja akan disediakan untuk perlindungan daripada bencana kerja selama satu tahun di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

FAEDAH – FAEDAH YANG DISEDIAKAN

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Faedah Pendidikan

CARA DAFTAR SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI PERKESO

Pendaftaran boleh dibuat dengan menggunakan sistem MATRIX.

MATRIX ialah satu projek yang inovatif yang diusahakan oleh PERKESO (PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL).

Ia membenarkan Pekerja Sendiri untuk mendaftar dan menyemak status caruman mereka, dan membenarkan Pekerja Sendiri untuk membuat caruman dan pembayaran atas talian.

Tengo video untuk untuk daftar dan buat bayaran caruman.


SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO PENJANA

Geran sejumlah RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan bagi platform ekonomi gig untuk mencarum bagi pekerjanya di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO

Tags: #APA ITU SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI PERKESO #CARA DAFTAR SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI PERKESO #DAFTAR SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI PERKESO #MATRIX PERKESO #PERLINDUNGAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI #SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO PENJANA #SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI PERKESO

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3:JANGAN LAKUKAN KESILAPAN INI SEMASA PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN RAYUAN BSH FASA 3: JANGAN LAKUKAN KESILAPAN INI SEMASA PERMOHONAN RAYUAN
    MyFutureAgro: PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinMyFutureAgro: PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN Programme ini bertujuan untuk
    PERMOHONAN BSH MAHASISWA 2020 RM100 SEBULAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BSH MAHASISWA 2020 RM100 SEBULAN Bagi Tahun 2020, Permohonan BSH Mahasiswa
    BORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN : INSENTIF KEPADA WARIS PENJAWAT AWAM
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBORANG PERMOHONAN EX-GRATIA KEMATIAN : INSENTIF KEPADA WARIS PENJAWAT AWAM Kerajaan Malaysia

    Leave a reply "DAFTAR SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI PERKESO"