Isi Kandungan
DAFTAR,LOGIN & RENEW SSM SECARA ONLINE
Sebelum menjalankan aktiviti perniagaan secara offline atau secara online atau atas talian, anda wajib mendaftarkan perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM.
APA ITU SSM
SSM ialah badan berkanun yang bertanggungjawan sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.
Terdapat dua cara bagi mendaftar perniagaan anda dengan SSM, anda boleh memilih untuk menggunakan cara yang mana iaitu pergi ke kaunter di mana-mana cawangan pejabat SSM di seluruh Malaysia atau mendaftar secara online.
DAFTAR SSM SECARA ONLINE
Berikut adalah cara-cara daftar SSM secara online atau atas talian :
- Layari laman web Portal ezbiz ssm https://ezbiz.ssm.com.my/
- Anda akan tiba di portal rasmi Ezbiz untuk membuat pendaftaran.
- Terdapat paparan untuk login. Tekan butang Sign Up.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Id Type, pilih jenis ID yang anda ingin masukkan. Untuk memudahkan, pilih NRIC, untuk kad pengenalan baru.
- Pada ruangan Id No, masukkan nombor kad pengenalan anda, tanpa tanda sempang. (Misalnya, 800110055014)
- Kemudian, pada ruangan Name as per IC, masukkan nama penuh anda, seperti dan WAJIB sama dengan nama yang tertera pada kad pengenalan anda.
- Tekan butang Register untuk meneruskan proses dan cara daftar SSM online
- Pada laman seterusnya, baca penerangan tentang Ezbiz.
- Untuk langkah seterusnya, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan SSM yang terdekat untuk membuat pengesahan pendaftaran akaun anda.
- Bawa kad pengenalan anda, dan anda akan diberikan thumbprint. Setelah itu, anda berjaya mengaktifkan akaun anda.
- Buka semula akaun anda. Login ke akaun anda. Kemudian, pada menu, tekan My Business Services.
- Di bawah sub-menu New Business Registration, tekan link New Business untuk mula mendaftar perniagaan anda.
- Pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan untuk diisikan. Isi kesemuanya, dan WAJIB isi pada ruangan yang bertanda (*) berwarna merah.
- Pada Name Type, pilih jenis nama perniagaan anda, sama ada PERSONAL NAME, atau TRADE NAME untuk daftar SSM online.
- Pada ruangan Business Name, masukkan nama perniagaan anda.
- Pada Business Start Date, pilih tarikh untuk anda ingin mulakan perniagaan anda.
- Pada Partnership Agreement Date, masukkan tarikh untuk sebarang partnership agreement aktif (sekiranya ada).
- Isikan di bahagian-bahagian lain seperti Registration Period, Business Info untuk info tentang bisnes anda, Status, Incubator, Is Online Seller untuk memastikan sama ada perniagaan anda jenis online seller atau tidak, dan bahagian alamat syarikat di Main Address dan juga Mailing Address untuk alamat surat-menyurat. Isi kesemuanya.
- Kemudian, tekan butang Next.
- Anda juga diminta untuk mengisi bahagian seksyen lain, iaitu Branches, Business Code, Owners sehingga ke Fees & Declaration.
- Pada seksyen Fees & Declaration, anda akan membuat pembayaran untuk pendaftaran syarikat anda. Jumlah bayaran yang tertera adalah berdasarkan pilihan-pilihan yang telah anda tetapkan untuk perniagaan anda, seperti pada Name Type dan juga Registration Period.
- Tick pada pernyataan di bawah, tanda anda bersetuju dengan terma & syarat.
- Kemudian, tekan butang Submit Payment.
- Pada laman seterusnya, anda boleh menekan PAY OVER THE COUNTER untuk membayar di kaunter di mana-mana cawangan SSM yang terdekat. Atau, tekan butang PAY ONLINE untuk membayar secara online.
- Untuk membayar secara online, anda boleh menggunakan dua cara, iaitu membayar menggunakan kad kredit/debit, atau membayar secara online banking.
- Jika anda ingin membayar secara kad kredit/debit, pada ruangan yang tertera di bawah Pay with Credit or Debit Card, masukkan maklumat yang diperlukan. Pada Cardholder Name, masukkan nama anda, sama seperti nama yang anda daftarkan untuk kad anda.
- Pada Card Number, masukkan nombor kad yang tertera di bahagian hadapan kad kredit/debit anda.
- Pada Expiration Date, masukkan tarikh luput kad debit/kredit anda. Pada MM, masukkan bulan, manakala pada YYYY, masukkan tahun. Tarikh luput ini tertera pada bahagian hadapan kad anda. (Misalnya, tertera 05/24, yang bermaksud Mei 2024)
- Pada CVV, masukkan tiga digit yang tertera pada bahagian belakang kad kredit/debit anda.
- Kemudian, tekan butang Submit Payment.
- Sekiranya anda ingin membayar menggunakan online banking, pilih mana-mana ikon bank yang tertera. Setelah klik ikon tersebut, anda akan dibawa ke laman rasmi bank tersebut. Misalnya, jika anda pilih CIMB Clicks, anda akan dibawa ke laman rasmi CIMB Clicks.
- Ikut prosedur pembayaran online banking melalui CIMB Clicks, sehingga proses pembayaran anda selesai.
- Pendaftaran perniagaan anda selesai.
LOGIN SSM ONLINE
Selepas selesai urusan pendaftaran, anda kini boleh login SSM pula.Berikut adalah cara login SSM online :
- Layari laman web rasmi SSM di https://ezbiz.ssm.com.my
- Anda kini berada di bahagian Sign In
- Masukkan USERNAME
- Masukkan PASSWORD
- Tekan ikon mata untuk melihat password yang anda taip
- Masukkan VERIFICATION CODE seperti yang terpapar
- Tekan butang Sign In
- Anda kini telah berjaya login SSM
RENEW SSM ONLINE
Pembaharuan lesen SSM dapat dijalankan secara online dan Sijil Perakuan Pendaftaran SSM akan dihantar ke email anda dalam tempoh 24 jam sahaja.
Anda perlu semak harga renew terlebih dahulu. Untuk makluman anda, jika anda lewat perbaharui lesen SSM, akan ada denda lewat renew SSM.
Bagi yang belum buat permohonan Geran Prihatin Nasional, Baca DAFTAR, LOGIN,PERMOHONAN & SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN
SENARAI HARGA RENEW SSM ONLINE
Berikut ialah harga untuk memperbaharui lesen SSM:
- Bayaran RM 60 setahun bagi perniagaan menggunakan nama tred (trade name). Contohnya ialah KekandaMemey Enterprise
- Bayaran RM60 setahun juga dikenakan bagi perkongsian
- Bayaran RM 30 setahun bagi perniagaan menggunakan nama sendiri seperti dalam MyKad pemilik
SEMAKAN SYARAT RENEW SSM
Berikut ialah syarat untuk renew lesen SSM:
- Permohonan untuk renew lesen SSM hanya boleh dilakukan oleh pemilik syarikat / bisnes atau orang yang bertanggungjawab.
- Pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat untuk jangkamasa satu (1) dan tidak melebihi lima (5) tahun untuk setiap pembaharuan.
- Perniagaan yang telah tamat melebihi 12 bulan tidak boleh diperbaharui.
- Jika lebih 12 bulan, pemilik perlu mendaftar semua perniagaan tersebut.
- Sekali lagi diingatkan, Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran.
CARA RENEW SSM ONLINE
Berikut pula adalah cara renew lesen SSM secara online :
- Layari laman web rasmi SSM di https://ezbiz.ssm.com.my
- Sila login dengan memasukkan Username dan Password
- Selepas login, sila pilih ‘Renewal by Owners’
- Akan ada paparan senarai syarikat yang telah anda daftar sebelum ini
- Senarai ini adalah melalui nombor MyKad anda
- Pilih syarikat yang anda mahu renew
- Ikut semua langkah yang tertera
- Teruskan untuk pembayaran secara online
- Selepas selesai proses renew SSM online, anda boleh muat turn dan cetak sijil secara online (BORANG E) yang telah diperbaharui
At this moment I am going to do my breakfast, once having
my breakfast coming again to read additional news.