DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELULUSAN RUMAH SELANGORKU 2020

DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELULUSAN RUMAH SELANGORKU 2020

RUMAH SELANGORKU 2020

APA ITU RUMAH SELANGORKU

Skim ini merupakan perumahan yang khas dari kerajaan negeri Selangor untuk orang Selangor.

Di bawah skim ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Ia dikendalikan  oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), iaitu organisasi perumahan negeri itu sendiri.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RUMAH SELANGORKU 2020

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon rumah Selangorku :

  • Berumur lebih dari 18 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk Selangor
  • Belum lagi memiliki hartanah
  • Pendapatan isi rumah maksimum sebanyak RM10,000
  • Satu permohonan saja untuk setiap isi rumah
  • Pemohon perseorangan dengan tanggungan boleh memohon

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN RUMAH SELANGORKU

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
  • Penyata KWSP (jika ada)
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

SENARAI HARGA & JENIS RUMAH SELANGORKU

Jenis unit dan saiz rumah yang ada pada Rumah Selangorku terdiri daripada pelbagai pilihan, tapi semuanya bergantung pada tahap pendapatan pemohon masing-masing.

Secara purata, harga rumah di bawah skim ini adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit . Ia juga bergantung kepada :

  • Jenis,
  • Keluasan (antara 700 kaki persegi (kp) hingga 1000 kaki persegi (kp) bergantung kepada jenis rumah.)
  • lokasi
  • kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

Kalau nak tengok senarai jenis Rumah Selangorku secara lanjut, boleh rujuk Dasar Rumah Selangorku 

DAFTAR RUMAH SELANGORKU

Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

Sila tonton video ini untuk melihat cara daftar Rumah Selangorku


LOG MASUK RUMAH SELANGORKU

Selepas daftar, anda boleh log masuk  menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

BACA : DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2020

PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

  • Pemohon boleh membuat permohonan secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
  • Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki. Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka.
  • Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku.
  • Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah Selangorku yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

  • Pergi ke laman web https://ehartanah.lphs.gov.my/index.php?opt=stcheck_idcheck
  • Pilih tab ‘Semak Status’
  • Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.
  • Klik butang ‘Semak’
  • Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Permohonan Berjaya / Tidak Berjaya
  • Proses pemilihan adalah berdasarkan sistem merit.

Bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA,

Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah Selangorku yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.

Jika permohonan tidak berjaya, pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas 2 tahun.

Bagi permohonan yang BERJAYA,

Pemohon yang layak akan dihubungi oleh pihak pemaju berkenaan melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon.

Pemohon perlu mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS.

Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.

Pemohon yang menolak tawaran rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama 2 tahun.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai skim ini sila hubungi LPHS di talian 03-55102122 / 2177 atau e-mel terus ke [email protected]

*Peringatan penting:

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak pernah melantik mana-mana orang perseorangan, persatuan, pertubuhan mahupun syarikat untuk bertindak sebagai ejen bagi urusan permohonan dan penawaran Rumah Selangorku.

LPHS akan mengambil tindakan penguatkuasaan dengan menghalang urusan pengeluaran hakmilik strata ke atas rumah yang didapati dimiliki atau dibeli tanpa melalui kelulusan LPHS.

Tags: #APA ITU RUMAH SELANGORKU #DAFTAR RUMAH SELANGORKU #LOG MASUK RUMAH SELANGORKU #PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU #RUMAH SELANGORKU 2020 #SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU #SENARAI HARGA & JENIS RUMAH SELANGORKU

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    TARIKH PERTUKARAN GURU 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTARIKH PERTUKARAN GURU 2021 APA ITU eGTUKAR? eGTukar merupakan salah satu modul
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP APA ITU ePenyata Gaji ANM? ePenyata
    PENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG APA ITU PROGRAM SARINGAN PRIHATIN MYEG? Program
    STATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSTATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK Ramai yang tengah cari maklumat tentang

    Leave a reply "DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELULUSAN RUMAH SELANGORKU 2020"