KURSUS ONLINE PERCUMA (Permohonan & Dapat Sijil)

KURSUS ONLINE PERCUMA (Permohonan & Dapat Sijil)

KURSUS ONLINE PERCUMA

Pada masa kini, untuk mendapat peluang pekerjaan amatlah sukar terutamanya kepada para belia dan graduan baharu kerena pengurangan tawaran pekerjaan. Tetapi seharusnya peningkatan latihan diperlukan untuk  bagi memudahkan anda untuk mendapatkan tawaran pekerjaan. Disini kami akan kongsikan kepada anda kursus kemahiran online percuma, semoga membantu.

 

TUJUAN KURSUS LATIHAN DIPERLUKAN

Ini adalah bagi peningkatan pengetahuan anda dalam bidang:

  • Kemahiran (upskilling)
  • Latihan semula (reskilling)
  • Silang kemahiran (cross-skilling)

 

KURSUS ONLINE PERCUMA e-LATIH

e-Latih merupakan platform e-learning PERCUMA atas talian dan merupakan salah satu inisiatif kerajaan dibawah Kementerian Sumber Manusia untuk membantu rakyat Malaysia menambah ilmu pengetahuan & kemahiran secara atas talian dikala pandemik melanda.

Kelebihan Portal e-Latih

  • Terbuka kepada SEMUA peringkat umur
  • Terdapat LEBIH 1,000 kursus atas talian ditawarkan
  • Akses TANPA HAD & PERCUMA
  • Pembelajaran SEPANJANG HAYAT
  • Disertakan SIJIL selepas tamat kursus

Cara Daftar e-Latih

  • SIGN UP melalui portal e-latih – https://elatih.hrdcorp.gov.my/
  • Isikan maklumat pada bahagian Account Information & Personal Information
  • Create Account

Kursus Tersedia di e-Latih

  • Terdapat pelbagai kategori kursus yang dibuka untuk pendaftaran di portal e-LATiH yang boleh dijadikan sebagai medium untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang seperti pembangunan peribadi, pengurusan projek, kepimpinan, pemasaran & inovasi, pengaturcaraan, pendigitalan, kemahiran kewangan, bahasa, komunikasi dan banyak lagi.

Cara Permohonan Kursus di e-Latih

  • PILIH kursus di halaman utama portal e-LATiH
  • Klik ENROL NOW untuk mendaftar
  • Klik WATCH NOW & tonton ceramah sampai habis, atau
  • TANDAKAN BOOKMARKS untuk sertai kursus di kemudian hari

Cara Dapatkan Sijil di e-Latih

  • Setelah selesai ikuti ceramah, barulah sijil akan diberikan. Kesemua sijil yang korang dah dapat korang boleh tengok di bahagian dashboard portal e-LATiH secara percuma

 

PLATROM KURSUS ONLINE PERCUMA

Terdapat juga beberapa paltform percuma yang anda boleh ikuti antaranya:

SENARAI KURSUS ONLINE PERCUMAPAUTAN
United States Institute of Pece free online courses with free certificateshttps://scholarshipscorner.website/
Asian Development Bank free online courses with free certificateshttps://elearning-adbi.org/
King’s College London free online courses with free certificateshttps://www.kcl.ac.uk/
Google Free Digital Marketing Course with free certificateshttps://learndigital.withgoogle.com/
World Health Organization free online courses with free certificateshttps://openwho.org/
Google Analytics Academy free online courses with free certificateshttps://analytics.google.com/analytics/academy/
UNICEF free online courses with free certificateshttps://agora.unicef.org/
Creating Digital Content free online program with free certificateshttps://www.futurelearn.com/programs

 

KURSUS ONLINE PERCUMA PENJAWAT AWAM

Kepada para penjawat awam yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam bidang perkhidmatan yang diceburi, anda boleh mengikuti kursus secara online menerusi pautan berikut:

  • DTIMS (Digital Training Information & Management Systems)
  • EPSA (e-Pembelajaran Sektor Awam)
  • INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara)

ARTIKEL BERKAITAN:

SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (Permohonan Semakan Kursus Induksi SLDN)

CARA BUKA & DAFTAR AKAUN JOBSTREET (Cari Kerja Kosong Gaji Menarik)

Leave a Comment