CARA AKTIFKAN LAZPAYLATER(Bayaran Secara Ansuran Di Lazada)

CARA AKTIFKAN LAZPAYLATER(Bayaran Secara Ansuran Di Lazada)

CARA AKTIFKAN LAZPAYLATER

Pembelian secara online pada masa sekarang amat menggalakkan. Antara platform yang paling digemari adalah Lazada. Kini Lazada telah menawarkan servis baharu buy-now-pay-later (BNPL) yang dikenali sebagai LazPayLater. Pengguna boleh menggunakan amaun yang diberikan dan akan membayarnya semula di kemudian hari. Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda aktifkan dahulu servis ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara aktifkan LazPayLater, semoga membantu.

 

APA ITU LAZPAYLATER

LazPayLater merupakan servis pembayaran secara ansuran. Pilihan akan diberikan bagi pembayaran secara sekaligus di bulan seterusmya ataupun secara ansuran untuk tempoh dua atau tiga bulan mengikut keselesaan pengguna.

 

KADAR FAEDAH LAZPAYLATER

Pengguna mempunyai pilihan untuk menangguhkan pembayaran bagi pembelian mereka selama 30 hari tanpa sebarang faedah. Terdapat juga pilihan pelan ansuran yang bermula daripada 3, 6 dan 12 bulan. Ansuran bulanan ini akan dikenakan sedikit bayaran ditetapkan kepada 1.5%.

 

HAD LIMIT LAZPAYLATER

Pada masa kini, Lazada mengenakan had limit kredit kepada pengguna sehingga RM4,000 sahaja.

 

CARA AKTIFKAN LAZPAYLATER

Kepada anda yang ingin aktifkan servis buy-now-pay-later (BNPL) Lazada ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Lazada di handphone anda
  2. Pada menu utama klik pada Account
  3. Seterusnya pada bahagian Wallet, klik pada Active LazPayLater Credit
  4. Tick pada terma dan syarat dan klik pada Apply for LazPayLater
  5. Masukkan kod yang diterima melalui SMS dan klik Confirm
  6. Kemudian anda dikehendaki untuk mengambil gambar MyKad dan juga gambar Selfie
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat
  8. Seterusnya masukkan6 digit no PIN anda dan sahkan sekali lagi no PIN tersebut dan klik Submit
  9. Selesai, tunggu sehingga pengesahan anda berjaya

NOTA: Pengguna juga boleh menyemak status permohonan di dalam halaman Lazada Wallet tetapi diingatkan bahawa tempoh pengesahan mengambil masa sehingga 24 jam.

 

CARA GUNA  LAZPAYLATER

Setelah anda berjaya aktifkan, berikut adalah cara gunanya:

  1. Buka aplikasi Lazada di handphone anda
  2. Pilih barangan yang anda inginkan kemudian klik pada Chechout
  3. Pada kaedah pembayaran pilih LazPayLater
  4. Kemudian pilih pelan ansuran bayaran yang anda ingin kemudian klik Place Order
  5. Masukkan No PIN anda
  6. Setelah selesai proses bayaran, akan tertera status pembelian tersebut.
  7. Selesai, anda Cuma mmebuat pembayaran pada tiap bulan secara ansuran yang anda pilih.

 

CARA PEMBAYARAN LAZPAYLATER

Untuk membayar semula LazPayLater, pelbagai cara boleh digunakan seperti:

  • Lazada Wallet
  • Perbankan atas talian (FPX)
  • Kad kredit dan debit
  • Touch ‘n Go (TNG) eWallet
  • Boost e-wallet.


CARA SEMAK STATUS BIL LAZPAYLATER

Anda boleh melihat pernyataan bil daripada daripada LazPayLater dengan menekan butang View Details yang terdapat dalam akaun LazPayLater.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai LazPayLater, anda boleh melayari website rasmi LAZADA di pautan https://www.lazada.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

Cara Daftar Lazada Wallet (Aktifkan & Semakan Baucar)

5 thoughts on “CARA AKTIFKAN LAZPAYLATER(Bayaran Secara Ansuran Di Lazada)”

  1. Aku dh 2x apply.. mcm lahanat asyik kena reject jer.. lepas tu dia gatal dok hantar notification suh daftar.. lepas daftar klik je enter terus dia kata anda x layak.. mak dia hijau!! Boleh jalan lah 😤🤬

    Balas

Leave a Comment