DIGITAL SRP: PERMOHONAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU(SRP)

DIGITAL SRP: PERMOHONAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU(SRP)

DIGITAL SRP

APA ITU DIGITAL SRP

Platform bersepadu digital yang membolehkan rakyat Malaysia membeli dan memohon pembiayaan secara dalam talian untuk rumah pertama.

Cagamas SRP Bhd menjangkakan pinjaman yang diluluskan di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP) mencapai RM12.6 bilion menjelang 2021 menerusi pelancaran Digital Skim Rumah Pertamaku (Digital SRP).

KELEBIHAN PORTAL SRP

Cagamas SRP bekerjasama dengan dua portal teknologi hartanah, Didian dan MHub untuk melancarkan platform bersepadu digital itu yang menghubungkan pembeli rumah, bank, pemaju dan ejen hartanah.

Ia menyediakan akses baharu bagi pembeli rumah kepada pemilihan meluas lebih daripada 130,000 hartanah, yang mana lebih 50 peratus layak di bawah SRP di samping bantuan daripada kira-kira 2,000 ejen merentasi lebih 300 agensi di seluruh negara.

Setakat Jun lalu, SRP yang dilancarkan sejak 2011 telah memanfaatkan kira-kira 33,000 pembeli rumah pertama, yang mana 90 peratus adalah daripada kumpulan berpendapatan rendah.

Kira-kira 71 peratus daripada permohonan diluluskan adalah dari Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Perak dan Melaka.

Saiz purata pinjaman adalah RM206,450 dengan 86 peratus pemohon yang diluluskan berumur 25 hingga 40 tahun.

SRP adalah inisiatif kerajaan untuk membantu pembeli rumah pertama yang layak untuk mendapat pembiayaan sehingga 110 peratus daripada bank yang terbabit bagi membolehkan mereka memiliki rumah tanpa perlu membuat bayaran pendahuluan.

Ia terbuka untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah bagi pemohon tunggal/individu atau RM10,000 ke bawah untuk pemohon bersama.

Mereka layak membeli hartanah sama ada di pasaran utama atau sekunder dengan nilai maksimum RM500,000.

SOALAN LAZIM SKIM RUMAH PERTAMAKU

Adakah Skim ini meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri?

Tidak, Skim ini tidak meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri.

Apakah tempoh pembiayaan maksimum?

Tempoh maksimum pembiayaan adalah 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebih daripadai 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan dan polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk skim ini?

Ya, skim ini adalah terbuka kepada kakitangan di sektor awam dan swasta, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut tentang Skim Rumah Pertamaku, sila layari laman web www.srp.com.my atau hubungi di talian 03 2262 1800.

Tags: #DIGITAL SRP: PERMOHONAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU(SRP)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN APA ITU GKP 2.0 Bantuan
    GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN Bagi anda yang ingin
    CARA KEMASKINI BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA KEMASKINI BPN 2.0 Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan
    CARA DAFTAR BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA DAFTAR BPN 2.0 Jika anda tidak pernah buat permohonan BPN pertama

    Leave a reply "DIGITAL SRP: PERMOHONAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU(SRP)"