DISKAUN SAMAN PDRM 50 PERATUS(PORTAL/APLIKASI MyBAYAR SAMAN)

DISKAUN SAMAN PDRM 50 PERATUS(PORTAL/APLIKASI MyBAYAR SAMAN)

DISKAUN SAMAN

PDRM Malaysia telah menawarkan pengurangan / diskaunsaman sebanyak 50 peratus.Semua jenis saman diberi diskaun saman 50% kecuali seperti berikut:

  • Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
  • Saman status No Compound (NC) Tahun 2018 / 2019 / 2020 & 2021
  • Saman status bicara mahkamah (m)
  • Saman Berkaitan Kesalahan M / Lori
  • Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q Tahun 2020 / 2021
  • Smana menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020 / 2021
  • Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020 / 2021
  • Saman potong di garisan berkembar tahun 2020 /2021
  • Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021

*Tertakluk kepada terma dan syarat

DISKAUN SAMAN 50 PERATUS (PORTAL MyBAYAR SAMAN)

Sempena pelancaran Portal MyBayar Saman yang dilancarkan pada  25 Mac 2021, semua pengguna boleh menikmati diskaun 50% melalui pembayaran online di portal tersebut.

Kempen pengurangan saman PDRM 50% ini berlangsung dari 25 Mac hingga 11 April 2021.

Sila daftar sebagai pengguna dan buat bayaran secara online di laman web MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my

CARA DAFTAR MYBAYAR SAMAN & SAMAN DISKAUN 50 PERATUS

  1. Layari Portal MyBayar
  2. Tekan butang Daftar
  3. Isikan maklumat peribadi dengan betul
  4. Kemudian, pemohon akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit
  5. Log Masuk dengan No. Kad Pengenalan dan Kata laluan yang didaftarkan
  6. Butiran saman akan dipaparkan
  7. Tekan butang Bayar di butiran saman
  8. Semak semula jumlah dan butiran saman yang ingin dibayar
  9. Pilih mod pembayaran dan tekan butang Bayar
  10. Pembayaran berjaya dan selesai

SOALAN LAZIM

Adakah semua jenis kompaun saman diberikan diskaun 50 peratus?

Semua jenis kompaun saman akan diberikan diskaun 50 peratus sehingga 11 April ini kecuali enam kesalahan utama iaitu antaranya memotong garis kembar, memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju yang ditetapkan di lebuh raya, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak berhenti di lampu isyarat.

Macam mana nak dapat diskaun 50 peratus?

Tawaran ini diberikan kepada mereka menerusi pendaftaran portal dan aplikasi MyBayar Saman bagi memberi kemudahan melunaskan kompaun saman trafik secara dalam talian.

Berapa lama tempoh diskaun ini diberikan?

Bermula  25 Mac hingga 11 April 2021.

 

 

Tags: #Adakah semua jenis kompaun saman diberikan diskaun 50 peratus? #Berapa lama tempoh diskaun saman ini diberikan? #CARA DAFTAR MYBAYAR SAMAN & SAMAN DISKAUN 50 PERATUS #CARA DAFTAR MYBAYAR SAMAN & SAMAN DISKAUN 50% #DISKAUN SAMAN 50 PERATUS (PORTAL MyBAYAR SAMAN) #DISKAUN SAMAN PDRM #DISKAUN SAMAN PDRM 50% #Macam mana nak dapat diskaun 50 peratus?

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    MyBAYAR SAMAN PDRM:CARA DAFTAR & CHECK SAMAN(aplikasi & portal)
    MyBAYAR SAMAN PDRM:CARA DAFTAR & CHECK SAMAN(aplikasi & portal) Terbaru Polis Diraja Malaysia
    1. author

      MOHD SABRI BIN MUSTALA6 months ago

      St 8759 u

      Reply
    2. author

      MOHD SABRI BIN MUSTALA6 months ago

      960917125189

      Reply

    Leave a reply "DISKAUN SAMAN PDRM 50 PERATUS(PORTAL/APLIKASI MyBAYAR SAMAN)"