DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE BALAI POLIS BAGI PERMOHONAN RENTAS NEGERI

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE BALAI POLIS BAGI PERMOHONAN RENTAS NEGERI

DOKUMEN PERMOHONAN RENTAS NEGERI

Bagi mereka yang  membuat permohonan rentas sempadan negeri untuk urusan kembali bekerja, kembali ke rumah sendiri dan lain-lain urusan menggunakan kaedah permohonan di balai polis yang berdekatan, apakah dokumen yang perlu dibawa sebelum ke balai polis? Adakah dengan sekeping surat sahaja anda dibenarkan untuk merentas negeri?

Ekoran pelaksanaan PKPB bermula 4 Mei 2020, ramai yang ingin membuat permohonan di balai polis untuk tujuan merentas negeri. Antara tujuan mereka membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Kembali bekerja/ bertugas ekoran pembukaan semula ekonomi
  • Sektor perniagaan/ ekonomi yang dibenarkan beroperasi
  • Kembali ke rumah sendiri
  • Terkandas di sesuatu tempat

MAKSUD PKPB
PKPB bermaksud Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat adalah satu langkah untuk membuka semula sektor ekonomi dan sosial dengan berhati-hati tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP oleh pihak berkuasa. Aktiviti yang melibatkan sentuhan badan  dan perhimpunan ramai tidak dibenarkan.

Ini CONTOH SURAT RASMI PERMOHONAN RENTAS NEGERI

MAKSUD KEMBALI BEKERJA/BERTUGAS

Pembukaan semula ekonomi pada 4 Mei 2020 secara tidak langsung telah membuka semula sektor pekerjaan dan ekonomi di Malaysia. Maka pekerja perlu kembali bekerja semula.

MAKSUD PERNIAGAAN BEROPERASI SEMULA

Pemilik perniagaan perlu membuat persiapan untuk membuka semula perniagaan mereka. Jadi mereka perlu bergerak ke pejabat, tempat bekerja atau kilang.

MAKSUD KEMBALI KE RUMAH/KEDIAMAN SENDIRI

Anda ingin balik ke rumah/tempat tinggal sebenar. Contoh jika rumah anda di Selangor, sekarang anda berada di Terengganu.

MAKSUD TERKANDAS

Anda terkandas di sesuatu tempat disebabkan tujuan tertentu, maka anda ingin kembali ke rumah sendiri.

SITUASI TERKINI PERMOHONAN RENTAS NEGERI

Ada yang kecewa dan tidak mampu bersabar menggunakan aplikasi Gerak Malaysia ekoran terpaksa menunggu lama untuk kelulusan. Jadi ramai yang memilih untuk membuat permohonan di balai polis berdekatan. Urusannya lebih cepat dan segera tetapi perlu mempunyai dokumen yang lengkap dan alasan yang munasabah untuk dipertimbangkan oleh pihak polis.

Jadi tidak pelik jika ramai orang mula mengunjungi balai polis untuk tujuan permohonan rentas sempadan negeri ekoran terpaksa bertugas pada hari Isnin atau 4 Mei  2020. Manakala pada 7 Mei 2020 baharu sahaja aplikasi Gerak Malaysia boleh disemak untuk diluluskan. Jadual perjalanan juga belum dikeluarkan oleh pihak polis.

SARANAN & CADANGAN BAGI PERMOHONAN RENTAS SEMPADAN NEGERI

Jika anda perlu membuat urusan perjalanan dengan segera, maka anda perlu membuat permohonan rentas sempadan negeri di balai polis berdekatan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN RENTAS SEMPADAN NEGERI DI BALAI POLIS

1.Sebelum ke balai polis berdekatan, pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh dan boleh dipertimbangkan

2.Bawa satu surat permohonan rasmi dan satu surat/ lampiran bukti berkaitan dengan urusan anda.

3.Berpakaian sopan dan beradat semasa membuat urusan.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE BALAI POLIS BAGI PERMOHONAN RENTAS NEGERI

1.Surat kebenaran bekerja/ pelepasan untuk bekerja semula.

2.Surat kebenaran operasi daripada MITI untuk pemilik perniagaan/kilang

3.Bil elektrik/air rumah sendiri atau salinan hak milik rumah ( bagi tujuan kembali ke rumah sendiri)

4.Surat/bukti anda terkandas untuk tujuan tertentu contoh hantar keluarga, kenduri,hantar anak belajar/bekerja, hadiri temuduga,ziarah keluarga sakit ( bagi mereka yang terkandas di satu tempat)

Ramai juga cari BORANG KEBENARAN RENTAS NEGERI pdf, dokumen khusus untuk rentas negeri berdasarkan situasi pasangan terpisah, urusan kesihatan, bekerja dan kecemasan seperti kematian dan yang terbaru akad nikah.

NOTA PERINGATAN

Ini adalah pandangan dan pengalaman penulis, untuk rujukan lebih tepat, sila hubungi PDRM & Majlis Keselamatan Negara.

Tags: #CARA MEMBUAT PERMOHONAN RENTAS SEMPADAN NEGERI DI BALAI POLIS #DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE BALAI POLIS BAGI PERMOHONAN RENTAS NEGERI #MAKSUD KEMBALI BEKERJA/BERTUGAS #MAKSUD KEMBALI KE RUMAH/KEDIAMAN SENDIRI #MAKSUD PERNIAGAAN BEROPERASI SEMULA #MAKSUD PKPB #MAKSUD TERKANDAS #SARANAN & CADANGAN BAGI PERMOHONAN RENTAS SEMPADAN NEGERI #SITUASI TERKINI PERMOHONAN RENTAS NEGERI

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN APA ITU GKP 2.0 Bantuan
    GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN Bagi anda yang ingin
    CARA KEMASKINI BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA KEMASKINI BPN 2.0 Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan
    CARA DAFTAR BPN 2.0
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA DAFTAR BPN 2.0 Jika anda tidak pernah buat permohonan BPN pertama
    1. author

      Marzuki bin norhusaini4 months ago

      Surat kebenaran rentas negeri permohonan untuk temuduga

      Reply

    Leave a reply "DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE BALAI POLIS BAGI PERMOHONAN RENTAS NEGERI"