DUIT BKM FASA 1 (Tarikh Bayaran & Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia)

DUIT BKM FASA 1 (Tarikh Bayaran & Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia)

DUIT BKM

Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Seperti yang telah diwar-warkan, pembayaran fasa 1 BKM akan akan dilaksanakan selepas tamat tempoh pengemaskinian/permohonan. Berikut dikongsikan pembayaran BKM fasa 1 dan semakan status pembayaran, semoga membantu

 

KADAR BAYARAN DUIT BKM

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

Kategori Bantuan

 

Pendapatan

 

Bilangan Anak / Nilai Bantuan
01-2≥3
Isi Rumah

 

RM2,500 dan ke bawahRM1,000RM1,500RM2,000
RM2,501 – RM5,000RM400RM600RM800
Warga Emas Bujang / Tiada PasanganRM5,000 dan ke bawahRM600
BujangRM2,500 dan ke bawahRM350

 

 

SEMAKAN PEMBAYARAN DUIT BKM FASA 1

Berikut adalah membuat semakan status bayaran BKM anda:

  1. Layari laman web rasmi BKM di sini: http://bkm.hasil.gov.my/
  2. Masukkan no kad pengenalan anda
  3. Masukkan kod catcha yang tertera
  4. Tekan semak
  5. Status pembayaran BKM anda akan terpapar.

 

TARIKH BAYARAN DUIT BKM FASA 1

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa:

  • Fasa 1 : Bulan 28 Mac 2022
  • Fasa 2 : Bulan Jun 2022
  • Fasa 3 : Bulan September 2022
  • Fasa 4 : Bulan Disember 2022

 

CARA PEMBAYARAN PEMBAYARAN DUIT BKM FASA 1

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

  1. Ada akaun bank:
    • Berjaya kredit
      • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
      • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
    • Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)
      • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
      • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
  2.  Tiada akaun bank
    • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
    • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM

 

SOALAN LAZIM BKM

Jika akaun bank dalam sistem salah/ tidak aktif , bagaimana cara pembayaran?

Jika akaun bank salah/ atau tidak aktif. Pembayaran akan gagal. Dan kaedah secara tunai pembayaran akan digunakan.

 

Bagaimana cara pembayaran duit BKM?

Secara kredit terus ke akaun dan secara tunai.

 

Bilakah tarikh tutup pengemaskinian/permohonan BKM?

TARIKH TUTUP PERMOHONAN BKM 2022 adalah pada 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

 

 

 

15 thoughts on “DUIT BKM FASA 1 (Tarikh Bayaran & Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia)”

  1. Saya kemaskini maklumat saya…sepatutnya name suami Aje Sebb name bsh suami permohon nye…tp saya kemaskini juga maklumat suami…tp kedua2 Kemaskini bpr..macamana ye…perlu ke saya buat pembatalan permohonan isteri tu ye

    Balas
  2. Kenapa saya kol pihak KWSP tak jawap fon saya nak tanya berkenaan i sinar yg sepatutnya dah masuk .masuk pada bulan kedua kawan kawan saya yg satu tarikh dengan saya semua dah di bayar.

    Balas
  3. Pemohonan sy utk bpr dah lulus tpi knapa sy xdpt bayaran ny?sy xfhm la dah lulus tpi bayaran ditanguhkn knapa blh mcm tu?sy nk kna tgu smpai bila bru blh dapat?

    Balas
  4. Pemohonan sy utk bpr dah lulus tpi knapa sy masih xdpt bayaran ny?sy xfhm la dah lulus tpi bayaran ditanguhkn knapa blh mcm tu?sy nk kna tgu smpai bila bru blh dapat? Dgn sape sy blh hubungi?

    Balas
  5. Maaf bertanya..Boleh tahu…bila pembayaran fasa ke tiga ya..sebab total baru dpt rm 700..dan ada balance 1100??

    Balas

Leave a Comment