e-BAZAR : SISTEM BAZAR RAMADAN ONLINE

e-BAZAR : SISTEM BAZAR RAMADAN ONLINE

e-BAZAR : SISTEM BAZAR RAMADAN ONLINE

Sudah ramai usahawan dan majlis penbandaran tempatan yang telah mengambil inisiatif mewujudkan e-bazar bagi membantu peniaga kecil di seluruh negara menjual produk mereka sepanjang Ramadan nanti.

Usaha ini bertujuan meringankan beban peniaga kecil susulan keputusan kerajaan negeri membatalkan bazar Ramadan tahun ini. e-bazar dikenali sebagai ‘Bazar Ramadan Online  diwujudkan untuk menghubungkan peniaga dengan pelanggan secara dalam talian.

APA ITU e-BAZAR?

Satu platform perniagaan yang diwujudkan untuk melaksanakan urusan jual beli secara atas talian pada bulan Ramadan bagi mengantikan platform fizikal yang sedia ada ekoran penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

CONTOH APLIKASI YANG BOLEH DIGUNAKAN e-BAZAR SISTEM BAZAR RAMADAN ONLINE

  • Telegram
  • Wassup
  • Facebook /Facebook Group
  • Website/ Minisite

CONTOH PRODUK YANG SESUAI DIJUAL DI e-BAZAR (SISTEM BAZAR RAMADAN ONLINE)

  • kuih muih
  • makanan bermasak
  • minuman

CONTOH INISIATIF PERSATUAN/INDIVIDU YANG MEMBANGUNKAN e-BAZAR(SISTEM BAZAR RAMADAN ONLINE)

1.Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) akan membangunkan platform e-bazar Ramadan kepada ahlinya bagi memberi peluang mereka berniaga dalam talian sebagai persediaan susulan penularan wabak coronavirus (COVID-19).

Sebuah laman web akan dibangunkan bagi proses jual beli melalui e-bazar Ramadan itu yang mempunyai rangkaian dengan syarikat logistik.

2. Usaha secara persendirian turut dilaksanakan oleh peniaga di sesuatu kawasan dengan mewujudkan rangkaian e-bazar melalui laman sosial Facebook dan WhatsApp

DATA BERKAITAN BAZAR RAMADAN

1.Beberapa negeri antaranya Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendiri mengambil inisiatif membatalkan operasi bazar Ramadan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

 

2.Secara keseluruhan lebih 100,000 peniaga bazaar di seluruh negara terjejas ekoran wabak COVID-19 kerana tidak dapat menjalankan perniagaan dengan kehilangan pendapatan dijangka membabitkan sekurang-kurangnya RM50 juta.

 

PANDUAN BERNIAGA e-BAZAR(SISTEM BAZAR RAMADAN ONLINE)

Berikut adalah panduan untuk peniaga bazar Ramadan memulakan proses mendigitalkan perniagaan masing-masing.

PANDUAN 1: JENAMA PRODUK SECARA DIGITAL  

Jika masih tiada jenama, pastikan peniaga bazar Ramadan mula mereka cipta jenama supaya mereka lebih mudah dikenali dalam dunia digital.

Komponen seperti domain website dan nama pengguna media sosial adalah amat penting dalam menguatkan jenama masing-masing.

Contohnya, kalau mereka berniaga ayam bakar, pastikan ia mempunyai jenama seperti ayam bakar “Pak Cik Ali  Panas” dan membina laman web dengan nama seperti “www.pakabupanas.com”.

PANDUAN 2: BELAJAR KONSEP e-DAGANG

E-dagang sangat penting untuk memastikan jualan dapat diselesaikan secara dalam talian.Komponen-komponen penting seperti gambar, diskripsi produk, harga, penghantaran dan sebagainya wajib dipelajari oleh peniaga bazar Ramadan.

E-dagang juga memastikan peniaga bazar Ramadan boleh terus menjual dan mempromosi produk masing-masing terus kepada pelanggan.Peniaga bazar Ramadan boleh menggunakan pelbagai platform e-dagang sama ada percuma mahupun yang berbayar.

PANDUAN 3:BANGUNKAN PAYMENT GATEWAY

Payment Gateway atau gerbang bayaran sangat penting terutamanya apabila pelanggan sudah berminat untuk membeli produk yang ditawarkan di laman web masing-masing dan sudah mahu membuat pembayaran.

PANDUAN 4: KHIDMAT PENGHANTARAN

Rakan penghantaran tempatan ada banyak di seluruh Malaysia, antaranya Delyva, Getrunner, Pos Malaysia, dan GD Express.Sekiranya jualan peniaga bazar Ramadan adalah makanan basah, maka mereka perlu tahu memilih sistem penghantaran yang menggunakan motosikal sesuai dengan kawasan masing-masing.

 

Sekiranya pula peniaga bazar Ramadan menjual barang-barang kering atau sudah siap seperti baju Melayu, sampin, baju kurung, tudung, songkok dan sebagainya mereka perlu kenal sistem penghantaran seperti Pos Malaysia, GD Express dan pelbagai lagi sistem penghantaran tempatan yang lain.

Dengan adanya system penghantaran ini pastinya memudahkan peniaga bazar Ramadan menghantar produk kepada pelanggan masing-masing.

PANDUAN 5: MAKSIMUMKAN MEDIA SOSIAL

Antara sosial media sosial yang popular adalah seperti Facebook, Facebook Page WhatsApp, Telegram, Instagram dan pelbagai lagi media sosial yang mungkin sudah sering digunakan oleh peniaga bazar Ramadan.

Peniaga bazar Ramadan perlu belajar bagaimana untuk mempromosi dan membuat iklan sama ada secara percuma atau berbayar dengan menggunakan teknik copywriting iklan yang baik dan menarik perhatian bakal pembeli.

Isi kandungan sosial media sangat penting dalam memastikan semua kandungan tersebut menarik perhatian pembaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk masing-masing sepanjang bulan Ramadan.Pastikan isi kandungan Media Sosial tersebut berbentuk sosial dan bukanlah terlalu berbentuk perniagaan atau jualan sahaja.

 

 

Tags: #APA ITU e-BAZAR? #CONTOH APLIKASI YANG BOLEH DIGUNAKAN e-BAZAR SISTEM BAZAR RAMADAN ONLINE #CONTOH PRODUK YANG SESUAI DIJUAL DI e-BAZAR (SISTEM BAZAR RAMADAN ONLINE) #e-BAZAR : SISTEM BAZAR RAMADAN ONLINE #PANDUAN BERNIAGA e-BAZAR(SISTEM BAZAR RAMADAN ONLINE)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu
    RUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinRUMAH MESRA RAKYAT 2021:DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN  Program Rumah Mesra Rakyat(RMR)
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang

    Leave a reply "e-BAZAR : SISTEM BAZAR RAMADAN ONLINE"