e-TUNAI BELIA RAHMAH (Cara Claim Kredit eWallet RM200)

e-TUNAI BELIA RAHMAH (Cara Claim Kredit eWallet RM200)

e-TUNAI BELIA RAHMAH

Terkini, kepada para belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun, Kerajaan telah memperkenalkan program eBelia Tunai Rahmah iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eBelia eWallet  2023. Bagaimana cara untuk penebusan ebelia eWallet ini? Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU e-TUNAI BELIA RAHMAH

Program ini  merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 dan bertujuan untuk:

  • Meringankan beban kewangan belia;
  • Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan
  • Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN e-TUNAI BELIA RAHMAH

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk permohonan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun

 

JUMLAH BAYARAN e-TUNAI BELIA RAHMAH

Bayaran sebanyak RM200 secara one-off ke dalam akaun e-wallet yang terlibat

 

TARIKH PERMOHONAN e-TUNAI BELIA RAHMAH

  • Program ini dijangka akan bermula pada *Akan Dikemaskini

 

eWALLLET TERLIBAT PROGRAM e-TUNAI BELIA RAHMAH

Berikut adalah merupakan antara eWallet yang terlibat dalam program ini:

  • BigPay
  • GrabPay
  • ShopeePay
  • Touch ‘n Go eWallet

NOTA: Penyedia perkhidmatan e-Wallet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.

 

CARA PENEBUSAN e-TUNAI BELIA RAHMAH

Berikut adalah merupakan cara permohonan:

  1. Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
    • Buka salah satu aplikasi Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat seperti BigPayGrabPayShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet
    • Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
    • Di aplikasi etunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eTunai Belia Rahmah dan tekan “Hantar”
    • Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
  2. Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula

NOTA: Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eTunai  yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.

 

TEMPOH PENEBUSAN KREDIT eTUNAI BELIA RAHMAH

Kredit eTunai Belia Rahmah serta manfaat padanan dari penyedia perkhidmatan etunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga *Akan Dikemaskini

NOTA: Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eTunai  yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai eTunai Belia Rahmah ini, sila layari pautan https://budget.mof.gov.my/

35 thoughts on “e-TUNAI BELIA RAHMAH (Cara Claim Kredit eWallet RM200)”

Leave a Comment