ePrasekolah KPM: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN & RAYUAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2021

ePrasekolah KPM: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN & RAYUAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2021

ePrasekolah KPM

Permohonan ke prasekolah tahun 2021 telah dibuka!.Permohonan / pendaftaran boleh dibuat secara online melalui sistem ePrasekolah KPM.

Semakan status penempatan bagi tahun 1 dan prasekolah bagi sesi persekolahan 2021 boleh dibuat mulai 5 Ogos 2020 di portal rasmi eprasekolah.moe.gov.my

Manakala semakan status kemasukan murid tahun 1 pula boleh dibuat melalui portal public.moe.gov.my bermula 1 Ogos lepas.

Baca tentang DELIMa KPM : ID,LOG MASUK & CARA GUNA

MAKSUD STATUS PERMOHONAN EPRASEKOLAH

Berikut adalah senarai huraian status permohonan adalah seperti berikut:

Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah.

Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah.

Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon.

Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN EPRASEKOLAH

Semak keputusan permohonan melalui sekolah yang dipohon.Seperti yang dimaklumkan, semakan status permohonan prasekolah 2020 boleh dibuat secara online atau manual.

Tarikh rasmi semakan keputusan permohonan eprasekolah adalah 5 Ogos 2020 (tertakluk kepada pindaan).

RAYUAN PERMOHONAN EPRASEKOLAH

Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh membuat rayuan semula melalui portal rasmi ePrasekolah dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.

Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.

Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2020 (tertakluk kepada pindaan).

Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sekiranya anda perlukan bantuan ketika proses permohonan, sila hubungi pegawai bertugas di talian:

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)

Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)

Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

Atau anda juga boleh menghubungi kami melalui emel di alamat [email protected]

Tags: #CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN EPRASEKOLAH #ePrasekolah KPM #MAKSUD STATUS PERMOHONAN EPRASEKOLAH #RAYUAN PERMOHONAN EPRASEKOLAH #SEMAKAN STATUS PERMOHONAN & RAYUAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2021

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE Maklumat terkini tentang
    BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER Kepada yang telah membuat permohonan GKP
    CHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP) Berdasarkan situasi sekarang,ramai ahli KWSP
    SEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER Kepada yang telah membuat permohona

    Leave a reply "ePrasekolah KPM: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN & RAYUAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2021"