EPSA 2020 : DAFTAR,LOGIN & SENARAI KURSUS
APA ITU EPSA
EPSA ialah kependekan untuk E-Pembelajaran Sektor Awam yang disediakan oleh INTAN. Bagi kakitangan kerajaan, anda digalakkan untuk terus buat pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat. Jadi, mesti perlu tahu bagaimana cara login EPSA dan daftar untuk menggunakannya.
CARA DAFTAR EPSA
Sebelum boleh login EPSA, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.
Berikut ialah langkah untuk daftar EPSA.
- Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
- Lihat di bahagian atas kanan
- Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
- Pilih Bahasa Melayu
- Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
- Tekan butang Daftar di bahagian atas kanan
- Sila ambil perhatian bahawa mana-mana pengguna yang ingin mendaftar dalam sistem EPSA dikehendaki menggunakan e-mel rasmi jabatan. Jika pengguna tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan, pengguna perlu memuat naik surat pengesahan yang telah disahkan oleh penyelia.
- Sila muat turun Surat Pengesahan Majikan jika perlu untuk daftar EPSA
- Jika anda tidak perlukan Surat Pengesahan Majikan, teruskan pendaftaran untuk pengguna baharu
- Pilih pengenalan diri samada MyKad atau Tentera/Polis
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Tentera/Polis
- Masukkan nama penuh mengikut Kad Pengenalan
- Masukk email rasmi
- Tekan butang Daftar pada papan kekunci
- Anda akan menerima pautan untuk mengaktifkan akaun melalui email yang telah didaftarkan
- Link tersebut perlu diaktifkan dalam masa 24 jam sebelum ia luput
- Anda dikehendaki untuk mengaktifkan akaun dengan kadar segera untuk mengelakkan sebaran kesulitan
CARA LOGIN EPSA
Setelah selesai proses daftar EPSA, berikut ialah cara untuk login EPSA pula.
- Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
- Lihat di bahagian atas kanan
- Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
- Pilih Bahasa Melayu
- Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
- Klik Log Masuk
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan / Tentera / Polis di ruangan yang diberikan
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk untuk login EPSA
- Kini anda sudah berjaya masuk ke dalam EPSA
- Jika anda terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan
- Sila ambil maklum bahawa akaun anda akan dikunci selama 6 minit sekiranya gagal memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang betul sebanya tiga (3) kali berturut-turut
guru-guru yang ingin mohon pertukaran sekolah antara daerah atau negeri boleh buat permohonan EGTUKAR bermula 15 Februari sehingga 28 Mac 2021
KALI PERTAMA MASUK EPSA
Apabila anda berjaya Log Masuk EPSA buat pertama kali, sistem akan memaparkan borang soal selidik. Anda perlu lengkap borang soal selidik yang mengandungi tiga (3) skrin.
Anda boleh sahaja tekan butang Langkau untuk tidak menjawab soal selidik ini.
Walau bagaimanapun, borang ini akan dipaparkan semula setiap kali anda login EPSA, sehingga anda selesai menjawab kesemuanya sekali.
EPSA GURU KPM
Golongan guru juga digalakkan untuk memanfaatkan EPSA atas tujuan melengkapkan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan yang juga dipanggil SPLKPM. Ini adalah sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan kursus dan latihan.
Adakah korang tahu tentang DELIMa KPM? Ini cara CARA GUNA DELIMa KPM
SENARAI KURSUS EPSA
Boleh rujuk disini https://demo.epsa.gov.my/senarai-kursus-pdf
KURSUS LANGGANAN EPSA
KURSUS LANGGANAN EPSA AKAN TAMAT PADA 14 JULAI 2020.
Untuk makluman semua. Terdapat lebih 40 kursus langganan di dalam laman web EPSA yang akan tamat langganan pada 14 Julai 2020.
Untuk cara melihat kursus langganan tersebut. Anda boleh melihat pada gambar yang dilampirkan.
- Log in ID dan masuk ke laman web EPSA
- Apabila masuk ke Dashboard. Klik Course Catalog
- Apabila masuk ke Course Catalog. Pilih Subscription
- Hanya senarai kursus di bawah pilihan Subscription ini sahaja yang akan tamat pada 14 Julai 2020.
Senarai kursus lain di bawah pilihan Ministry/Agency masih aktif dan boleh di akses seperti biasa.
Laman web EPSA masih diteruskan seperti biasa. Hanya senarai kursus langganan sahaja ditamatkan. BUKAN laman web EPSA yang akan ditutup. Harap maklum.
Jangan panik. Anda boleh terus menggunakan laman web EPSA dengan tenang.
Jika anda ada memilih kursus di bawah pilihan Subscription. Anda diminta untuk selesaikan kursus pada hari ini. Jana terus sijil. Kerana selepas jam 12 tengah malam kursus di bawah Subscription akan terus ditamatkan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Hubungi Pegawai EPSA di talian 03-2084 7689
Tags: #APA ITU EPSA #CARA DAFTAR EPSA #CARA LOGIN EPSA #EPSA GURU KPM #KALI PERTAMA MASUK EPSA #KURSUS LANGGANAN EPSA #SENARAI KURSUS EPSA