FAEDAH EX-GRATIA KEMATIAN PENJAWAT AWAM 2020

"<yoastmark


FAEDAH EX-GRATIA KEMATIAN PENJAWAT AWAM 2020

Tujuan Faedah Ex-Gratia Kematian Penjawat Awam 2020 adalah untuk  membantu meringankan beban waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.

Kerajaan akan memperkenalkan:

Pertama : Diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150 ribu;

Kedua : Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.

Baca tentang : https://kekandamemey.com/bantuan-bina-dan-baiki-rumah-2020.html

SOALAN JAWAPAN

1.Apakah Ex-Gratia Kematian?

Ex-Gratia Kematian adalah pemberian Kerajaan kepada tanggungan

penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan

2.Apakah tujuan pemberian Ex-Gratia Kematian?

Bagi membantu tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh tidak lebih 240 bulan perkhidmatan.

3.Siapakah yang layak diberikan Ex-Gratia Kematian?

Penjawat Awam sama ada sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen atau Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Penjawat Awam ini merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

 

4.Siapakah yang layak menerima Ex-Gratia Kematian?

Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada balu/ duda/ anak/ ibu/ bapa yang layak. Walau bagaimanapun, Ex-Gratia Kematian ini tidak diberikan kepada kes-kes kematian yang disahkan akibat daripada membunuh diri.

5.Berapakah jumlah pemberian Ex-Gratia Kematian?

Pemberian Ex-Gratia Kematian adalah berasaskan kepada tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira seperti berikut:

Tempoh Perkhidmatan (Bulan) Pembayaran Ex-Gratia Kematian (RM)

  • ≤ 60 150,000
  • 61 hingga 120 100,000
  • 121 hingga 180 75,000
  • 181 hingga 240 50,000

6.Bagaimana pembayaran Ex-Gratia Kematian dibuat?

Pembayaran Ex-Gratia Kematian dibuat secara sekaligus kepada waris yang layak.

7.Adakah Ex-Gratia Kematian menggantikan Ex-Gratia Terbitan/ ExGratia Bencana Kerja?

Tidak. Ex-Gratia Kematian adalah tambahan kepada faedah persaraan yang sedia ada.

 8.Adakah waris pegawai perlu memohon bagi pemberian Ex-Gratia Kematian?

Pemberian Ex-Gratia Kematian kepada penjawat awam yang memilih skim pencen akan diproses bersekali dengan permohonan faedah persaraan terbitan.

Bagi penjawat awam yang memilih Skim KWSP, permohonan perlu dikemukakan oleh Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Tatacara permohonan dan borang berkait

Untuk lebih jelas, rujuk disini : http://www.jpapencen.gov.my/

 

 

Tags: #FAEDAH EX-GRATIA KEMATIAN PENJAWAT AWAM 2020 #penjawat awam #Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) #SOALAN JAWAPAN Ex-Gratia Kematian #waris

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini terdapat
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin bina
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
    PENDAFTARAN SPRN(TEDUH):CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu milik

    Leave a reply "FAEDAH EX-GRATIA KEMATIAN PENJAWAT AWAM 2020"