GAGAL KREDIT GKP 1.0:KEMASKINI AKAUN SEBELUM 14 NOVEMBER

GAGAL KREDIT GKP 1.0:KEMASKINI AKAUN SEBELUM 14 NOVEMBER

GAGAL KREDIT GKP 1.0

Untuk makluman kepada pemohon Geran Khas Prihatin(GKP) 1.0 yang GAGAL KREDIT GKP 1.0,pemohon dikendaki buat kemaskini akaun sebelum 14 November 2020.

APA MAKSUD GAGAL KREDIT GKP 1.0?

Pemohon Geran Khas Prihatin 1.0 yang lulus tetapi status pembayaran adalah Gagal Kredit GKP.

CARA KEMASKINI AKAUN GERAN KHAS PRIHATIN(GKP)

Pemohon tersebut boleh mengemas kini semula maklumat akaun bank di menu kemas kini akaun bank pada portal GKP di https://gkp.hasil.gov.my

APA YANG PERLU DIKEMASKINI DALAM AKAUN GKP?

GUNAKAN NOMBOR AKAUN SIMPANAN PERIBADI

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  memaklumkan agar pemohon yang Gagal Kredit GKP perlu memastikan akaun bank yang dikemas kini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.

Mereka juga boleh memberikan nombor akaun semasa peribadi dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank selain daripada akaun bank yang telah didaftarkan pada permohonan GKP 1.0 sebelum ini, pemohon dikehendaki untuk membuat pengesahan dengan pihak bank berkaitan status aktif akaun bank tersebut dan akaun bank itu adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).

Rujuk RAYUAN GKP 2.0 DIBUKA 7 HINGGA 21 DISEMBER 2020

CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN GKP

Berikut adalah cara mengemaskini maklumat akaun bank melalui portal GKP:

  1. Pergi ke laman web https://gkp.hasil.gov.my
  2. Klik ‘Log Masuk’ di bahagian kanan atas.
  3. Isikan nombor kad pengenalan.
  4. Sahkan kod keselamatan.
  5. Isikan kata laluan.
  6. Kemaskini maklumat akaun bank yang betul.

TARIKH PEMBAYARAN SEMULA GKP 1.0 BAGI PEMOHON GAGAL KREDIT

Tarikh pembayaran semula ke akaun bank yang telah dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

SOALAN LAZIM GKP GAGAL KREDIT

Saya lulus GKP 1.0,tetapi duit belum masuk,apa yang perlu saya lakukan?

Sila login GKP dan kemaskini maklumat akaun.

Bila tarikh bayaran terbaru jika saya telah kemaskini akaun GKP?

Akan dimaklumkan oleh pihak LHDNM

Baca MAKSUD STATUS GERAN KHAS PRIHATIN

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika perlu info berkaitan Geran Khas Prihatin (GKP) boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 (Luar Negara) serta di HASiL Live Chat.

Jika ada  pertanyaan, boleh e-emel melalui e-mel [email protected] untuk tindakan selanjutnya.

Jika ada sebarang masalah sila isikan maklum balas di portal rasmi LHDNM turut disediakan di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

 

Tags: #APA MAKSUD GAGAL KREDIT GKP 1.0? #APA YANG PERLU DIKEMASKINI DALAM AKAUN GKP? #CARA KEMASKINI AKAUN GERAN KHAS PRIHATIN(GKP) #CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN GKP #GAGAL KREDIT GKP 1.0:KEMASKINI AKAUN SEBELUM 14 NOVEMBER #GUNAKAN NOMBOR AKAUN SIMPANAN PERIBADI #SOALAN LAZIM GKP GAGAL KREDIT #TARIKH PEMBAYARAN SEMULA GKP 1.0 BAGI PEMOHON GAGAL KREDIT

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE   Maklumat terkini tentang
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)   APA ITU SISTEM iSEJAHTERA
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN)
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN) Jika
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ   Tourism Malaysia hari
    1. author

      Fenny Bonar11 months ago

      GAGAL KREDIT GKP 1.0: KEMASKINI AKAUN SEBELUM 14 NOVEMBER

      Reply
    2. author

      Elvina Maspira Joni11 months ago

      GAGAL KREDIT GKP 1.0:KEMASKINI AKAUN SEBELUM 14 NOBEMBER

      Reply

    Leave a reply "GAGAL KREDIT GKP 1.0:KEMASKINI AKAUN SEBELUM 14 NOVEMBER"