GERAN AUTOMASI PINTAR SAG #SMART : SEMAKAN KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

GERAN AUTOMASI PINTAR SAG #SMART : SEMAKAN KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

GERAN AUTOMASI PINTAR SAG #SMART

APA ITU SAG

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menawarkan Geran Automasi Pintar (SAG) #SMART yang menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melakukan lonjakan digital.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri, berkata ini penting bagi memastikan PKS terbabit dapat mengharungi perubahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menurutnya, SAG yang berkonsepkan pendekatan perkongsian itu membabitkan kerajaan dan PKS dengan matlamat untuk mendorong usaha pendigitalan perniagaan di Malaysia.

SAG bagi sektor perkhidmatan ini sememangnya diperlukan kerana terdapat banyak PKS yang sedaya upaya cuba untuk bertahan dalam tempoh mencabar ini.

Malah, banyak perniagaan lain juga bercadang untuk beroperasi secara digital dalam usaha mengatasi cabaran yang boleh menjejaskan operasi serta pendapatan

SYARAT KELAYAKAN GERAN AUTOMASI PINTAR SAG #SMART

SAG juga adalah inisiatif pemberian geran berdasarkan hasil, dengan syarat projek terbabit mesti mencapai faedah digitalisasi tertentu seperti peningkatan pendapatan, penjimatan kos perniagaan, pengurangan proses kitaran serta tempoh bekerja.

Antara syarat terbabit adalah perniagaan perlu diperbadankan di Malaysia, mempunyai modal berbayar sebanyak RM50,000 dan pegangan ekuiti sebanyak 51 peratus perlu dimiliki oleh rakyat tempatan.

Antara perniagaan PKS dalam sektor perkhidmatan yang layak bagi SAG itu adalah peruncitan, borong, makanan dan minuman, pelancongan, logistik, pengangkutan, pendidikan, penjagaan kesihatan, hartanah dan perkhidmatan kewangan profesional.

CARA PERMOHONAN GERAN AUTOMASI PINTAR SAG #SMART

PKS yang berminat dan terbukti memenuhi syarat boleh menghantar permohonan secara terus kepada MDEC.

Baca tentang GERAN PADANAN PENDIGITALAN PKS RM5000 BSN

SAG itu merangkumi 50 peratus daripada kos projek atau sehingga had pemberian maksimum sebanyak RM200,000, bergantung mana lebih rendah.

Oleh kerana ini geran padanan, pemohon yang berjaya perlu menyediakan baki 50 peratus kos projek.

PKS terbabit juga perlu mematuhi syarat ketat membabitkan tempoh masa projek iaitu satu hingga tiga bulan.

Menerusi proses itu, MDEC akan memastikan PKS terbabit dapat mendigitalkan perniagaan dengan segera selain mempertingkat usaha untuk mengubah operasi mereka

Pada masa sama,dapat membolehkan perniagaan menjadi lebih lestari selain membantu usahawan terbabit menemui sumber pertumbuhan, pendapatan serta pengembangan ke pasaran baharu.

Anda juga boleh sertai PROGRAM GLOW Global Online Workforce (GLOW)

Tags: #APA ITU SAG #CARA PERMOHONAN GERAN AUTOMASI PINTAR SAG #SMART #GERAN AUTOMASI PINTAR SAG #SMART #SYARAT KELAYAKAN GERAN AUTOMASI PINTAR SAG #SMART

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Disember 2022)
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Disember 2022)   APA ITU ePenyata
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    DELIMa KPM 2022 (Cara Log Masuk Guna ID)
    DELIMa KPM 2022 (Cara Log Masuk Guna ID)   APA ITU DELIMa KPM
    SPLKPM LOGIN 2022(Log Masuk  Kemaskini dan Isi  splkpm.moe.gov.my )
    SPLKPM LOGIN(Log Masuk  Kemaskini dan Isi  splkpm.moe.gov.my )   Pernah dengar SPLG KPM?Biasanya
    1. author

      Warna RS Sdn Bhd2 tahun ago

      GERAN AUTOMASI PINTAR SAG #SMART : SEMAKAN KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

      Reply

    Leave a reply "GERAN AUTOMASI PINTAR SAG #SMART : SEMAKAN KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN"