GERAN KHAS PRIHATIN RM3000 PKS :PERMOHONAN & SEMAKAN ONLINE
Jika anda gagal dalam permohonan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) dan memiliki SSM, anda boleh membuat permohonan GERAN KHAS PRIHATIN RM3000 PKS atau GKP
APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN RM3000 PKS?
Bantuan ini akan diberikan secara one-off kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meringankan beban kewangan terjejas akibat COVID-19.
Permohonan telah pun dibuka bermula 1 Mei 2020 dan akan ditutup 15 Mei 2020.
Keputusan permohonan boleh disemak bermula Jun nanti.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN GKP
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi memohon bantuan GKP.
- Warganegara Malaysia
- Jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000
- Pekerja kurang daripada 5 orang (tidak termasuk pemilik)
- Berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 31 Disember 2019
- Masih aktif menjalankan perniagaan
- Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF
PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN
Permohonan Geran Khas Prihatin boleh dibuat secara online melalui portal khas https://gkp.hasil.gov.my
Perlu diingatkan tarikh akhir permohonan adalah pada 15 Mei 2020.
Permohonan secara ONLINE sahaja, manual tidak akan diterima.
Keputusan permohonan akan dibuat pada minggu pertama bulan Jun 2020.
Tarikh pembayaran GKP berkemungkinan akan dibuat pada bulan Jun (tarikh rasmi akan dikemaskini).
Sekiranya anda telah berdaftar dengan SSM namun belum mendaftar dengan LHDNM, anda masih layak memohon bantuan ini.
SILA MUAT BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPN ONLINE
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.
SOALAN LAZIM
Berapakah nilai Geran Khas PRIHATIN?
Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.
Bilakah tarikh pembayaran Geran Khas PRIHATIN akan dibuat?
Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.
Bagaimanakah kaedah bayaran Geran Khas PRIHATIN dilaksanakan?
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.
CONTOH SITUASI
SSM saya telah tamat tempoh semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PK), adakah saya layak memohon Geran Khas Prihatin(GKP)?
Anda perlu hidupkan semula SSM, kemudian daftar & buat permohonan Geran Khas Prihatin(GKP) secepat mungkin.
Tags: #APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN RM3000 PKS? #GERAN KHAS PRIHATIN RM3000 PKS #GERAN KHAS PRIHATIN RM3000 PKS :PERMOHONAN & SEMAKAN ONLINE #PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN GKP
Gary Tan8 months ago
saya seorang perniaga dalam bidang pelancongan yang memohon bantuan geran prihatin. keputusan diketahui tidak lulus sebab tiada jualan. saya amat kecewa dengah keputusan dan alasan LHDN bagi. sebab bidang pelancongan amat perlu pertolongan . tapi tidak apa apa bantuan.
Raj and singh7 months ago
Saya pemadu teksi. Saya take dapat bantuan rm 3000. Justru macam mana boleh saya nak moon bantuan in Terima kasih.
Muniandy Rajagopal6 months ago
Saya tidak dapat APA bantuan Dan in&in dapat bantuan RM 3000
rosly6 months ago
permohonan telah ditutup…bila akan dibuka semula permohonan gpk yang tercicir?harap beri peluang kepada yang belum mohon…
Sivam a/l arumugham1 month ago
SAROJA SM TRADING