GERAN KHAS RM3000 DANA PKS MIKRO

GERAN KHAS RM3000 DANA PKS MIKRO

GERAN KHAS RM3000 DANA PKS MIKRO
Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri pada 6 april 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”. Antara yang diberi perhatian adalah Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang mana akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

APA ITU GERAN KHAS?
Adalah satu pemberian tunai one off sebanyak RM3000 000 untuk setiap syarikat mikro yang mana akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara untuk menghadapi kesan penularan wabak Covid-19 kepada ekonomi di Malaysia.

Mengikut tafsiran maksud perkataan Geran/dana adalah sejumlah wang yang boleh anda pohon untuk membiayai projek anda. Berbeza dari pinjaman, anda tidak perlu membayar kembali geran/dana tersebut

Anda perlukan pinjaman TEKUN tanpa kadar faedah? Baca LANGKAH PERMOHONAN ONLINE CBRM TEKUN NASIONAL

SYARAT PERMOHONAN GERAN KHAS

  • PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini.
  • Ada lesen Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)
  • Daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

APA ITU DAFTAR PERNIAGAAN DENGAN LHDN?

Jika anda menjalankan perniagaan,sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, anda haruslah mendaftarkan diri untuk untuk membayar cukai. Anda boleh mendaftar perniagaan dengan LHDN secara online.

Siapakah yang perlu untuk mendaftarkan income tax mereka? Ini kerana bukan semua orang wajib untuk membayar cukai pendapatan ini. Golongan pertama ialah individu yang memperoleh pendapatan. Kedua, mereka yang menjalankan perniagaan tidak kiralah perniagaan secara online ataupun offline. Dan ketiga, syarikat yang baru memulakan perniagaan.

TERKINI : CARA MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN

Untuk proses pendaftaran dengan LHDN, ada dua dokumen penting yang diperlukan: Pertama ialah kad pengenalan. Kedua pula ialah sijil pendaftaran perniagaan (SSM).

Untuk setiap permohanan baru, pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui edaftar. Setelah semuanya selesai, anda akan mendapat nombor rujukan fail cukai dari pihak LHDN. Seterusnya, jika anda hendak membuat e-filling, anda boleh request nombor pin untuk e-filling melalui telefon, fax, surat atau pun anda boleh pergi terus ke kaunter LHDN yang berhampiran. Pilih sahaja kaedah yang senang untuk anda.

APA ITU LESEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN(PBT)?

Sebenarnya ramai kurang faham apa sebenarnya lesen dari majlis daerah. Pihak majlis daerah memang ada lesen yang dikeluarkan oleh pihak majlis daerah dan sebenarnya semua kedai atau orang yang hendak berniaga hendaklah berdaftar dengan majlis daerah walaupun jualan pakai motor roda tiga.Berikut adalah jenis-jenis lesen PBT :

1) LESEN BENTUK KOMPOSIT

– Dikeluarkan kepada peniaga yang ada kedai, bangunan tetap

– Contohnya  jual kasut, kedai baju, etc

– pihak Majlis bandaran akan keluarkan lesen ini apabila melihat premis kedai tersebut.

 

2) LESEN KEPADA PENIAGA BERGERAK

-lesen bergerak ini adalah peniaga yang menjaja secara bergerak gunakan Van, motor roda tiga,lori.

-biasanya motor roda tiga/ van2/ lori yang bergerak menjual barangan

-syarat kena cucuk kesihatan bagi yang berniaga makanan

 

3) LESEN PENJAJA STATIK

– lesen dikeluarkan kepada peniaga yang statik

– kedai makan yang dikhaskan oleh pihak majlis perbandaran

 

4) LESEN GERAI TEPI JALAN

– lesen diberikan kepada peniaga yang menjual ditepi-tepi jalan gunakan stol yang diluluskan oleh majlis perbandaran

– jual burger, pisang goreng, paw, etc

– kena cucuk kesihatan bagi yang berniaga makanan

5) LESEN IKLAN PERNIAGAAN

– lesen ini dikeluarkan pada perniagaan yang ingin pamerkan iklan di kedai seperti

kedai sukan maya, kedai rm 2, etc

APA ITU DAFTAR PERNIAGAAN DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA(SSM)?

Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).

Rakyat Malaysia perlu membuat pendaftaran perniagaan dengan SSM jika terlibat dengan perniagaan yang disebut di atas. Rujuk disini untuk maklumat lanjut.

TARIKH BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN

MAKLUMAT BERKAITAN GERAN KHAS RM3000 DANA PKS MIKRO

CARA MEMOHON GERAN KHAS PKS MIKRO
Berdasarkan maklum Perdana Menteri, Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.  Jadi sama-sama kita tunggu maklumat terbaru.

1.PKS akan dipilih oleh agensi kerajaan dan PKS tak perlu memohon.

2.PKS boleh memohon tetapi kemungkinan besar yang PKS yang telah tersenarai dalam kategori layak akan diluluskan

KADAR JUMLAH GERAN KHAS PRIHATIN

RM3000 bagi setiap syarikat mikro.

CARA PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN

Akan dikreditkan ke dalam akaun syarikat mikro.

TARIKH BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN

Akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Tags: #APA ITU DAFTAR PERNIAGAAN DENGAN LHDN #APA ITU DAFTAR PERNIAGAAN DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA(SSM) #APA ITU GERAN KHAS? #APA ITU LESEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN(PBT) #CARA MEMOHON GERAN KHAS PKS MIKRO #GERAN KHAS RM3000 DANA PKS MIKRO #SYARAT PERMOHONAN GERAN KHAS #TARIKH BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
    PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE   Maklumat terkini tentang
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)
    iSEJAHTERA (CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)   APA ITU SISTEM iSEJAHTERA
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN)
    CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN) Jika
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ
    CUTI MALAYSIA PENJAWAT AWAM:CARA BUAT TEMPAHAN & SENARAI PAKEJ   Tourism Malaysia hari
    1. author

      wan kalthum bt mohd nor1 year ago

      Assalamualaikum.
      Kenapa ye saya x bole masuk untuk mendaftar GKP ni.
      Dah letak ic no tp di bahagian poskod & bandar x lepas2. Kata follow ic tapi msh x lepas jugak.
      Minta bantuan dr pihak tuan.

      Reply

    Leave a reply "GERAN KHAS RM3000 DANA PKS MIKRO"