GERAN PEMASARAN DAN PROMOSI DIGITAL (GPPD) PENJANA
Geran Pemasaran dan Promosi Digital (GPPG) telah direka khas untuk membantu para penggiat industri kreatif dalam pemasaran barangan/perkhidmatan/bakat mereka di atas talian, melalui aplikasi, paparan iklan dan pengantara digital yang lain seperti Media Prima Digital, Astro atau mana-mana platform digital yang boleh diterima pakai oleh MyCV seperti berikut (tidak terhad kepada berikut):
- Tik Tok
- Snapchat
- YouTube
JUMLAH DANA
Jumlah peruntukan dana adalah terhad dan diberi dalam bentuk baucar dan pembayaran balik bagi membantu sehingga 2,000 pemohon untuk tujuan pemasaran digital.
Perincian peruntukan dana adalah seperti berikut:
Baucar bernilai RM12,000 untuk usaha pemasaran dan promosi di bawah pakej Astro
Baucar bernilai RM10,000 untuk usaha pemasaran dan promosi di bawah pakej Media Prima Digital
Pembayaran balik bagi aktiviti pemasaran dan promosi yang menggunakan platform digital seperti yang tersenarai di S2 dengan maksimum tuntutan sebanyak RM3,000
Pemohon akan menerima dana dalam bentuk baucar untuk pakej di bawah Astro dan Media Prima Digital
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Penggiat industri kreatif yang merupakan warganegara Malaysia dan berumur 16 tahun keatas;
Penggiat seni visual, seni persembahan, pemuzik, penulis manuskrip, penjahit, artis seni kulinari, artis seni tradisional, pereka seni dan pengiat-pengiat industri seni lain yang terlibat tetapi tidak terhad di dalam salah satu daripada sepuluh (10) bidang kreatif yang berikut:
- Seni Kulinari
- Seni Visual
- Seni Persembahan
- Muzik
- Sastera
- Kandungan Kreatif
- Fesyen
- Seni Tradisional dan Kebudayaan
- Rekaan
- Pendidikan Kreatif
Pemohon hendaklah mempunyai pengalaman selama sekurang-kurangnya enam bulan didalam pembangunan kerja kreatif samaada sebagai penyedia perkhidmatan luar atau penciptaan karya kreatif yang asli dan;
Pemohon hendaklah mempunyai produk/perkhidmatan/bakat yang tersedia untuk pengkomersialan selanjutnya.
TARIKH BUKA PERMOHONAN
Permohonan dibuka dari bulan Julai 2020 sehingga seluruh dana diguna pakai.
PROSES & CARA PERMOHONAN GERAN PEMASARAN DIGITAL DAN PROMOSI MYCVDILAKUKAN
Lengkapkan Borang Permohonan Geran Pemasaran dan Promosi Digital Kreatif yang boleh didapati melalui laman web MyCreative Ventures www.mycreative.com.my
Pemohon dikehendaki menyediakan maklumat seperti dinyatakan di dalam borang antaranya:
- Profail tentang pemohon – perincian mengenai individu, syarikat, persatuan dan/atau pertubuhan
- Rekod portfolio (mempunyai rekod prestasi semasa yang mencukupi)
- Rancangan Pemasaran Digital
Dokumen sokongan
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat asas seperti yang disenaraikan di S4 akan ditolak. Namun begitu, anda akan dimaklumkan melalui e-mel dan masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan yang lebih lengkap (tertakluk kepada pematuhan syarat asas).
Status permohonan akan dimaklumkan dalam masa dua minggu oleh MyCV melalui emel.
Pemohon yang berjaya perlu menandatangani surat perjanjian dengan pihak MyCV.
Pembayaran akan dibuat kepada Astro dan Media Prima Digital berdasarkan persetujuan yang dibuat.
Pemohon yang berjaya akan menerima kod baucar unik dari Astro dan Media Prima Digital untuk memulakan usaha pemasaran digital mereka.
Untuk jumlah tuntutan yang dihadkan kepada RM3,000, pihak MyCV akan membuat pembayaran setelah projek dilaksanakan dan bahan penyempurnaan diserahkan.
Bahan penyempurnaan projek seperti berikut (tidak terhad kepada berikut):
- Laporan Projek (templat akan disediakan oleh pihak MyCV)
- Ringkasan perbelanjaan projek berserta bukti perbelanjaan (resit penemeriaan, invois, baucar pembayaran, dll) (templat akan disediakan oleh pihak MyCV)
- Apa-apa pengesahan yang lain – bahan aktiviti tambahan seperti video, foto, dan jaminan yang dibuat (jika berkenaan)
Baca tentang GERAN PADANAN PENDIGITALAN PKS RM5000 BSN : CARA & BORANG PERMOHONAN
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang pertanyaan hendaklah dihantarkan kepada [email protected] atau temujanji boleh dibuat untuk membincangkan permohonan anda.
Tags: #GERAN PEMASARAN DAN PROMOSI DIGITAL #PROSES & CARA PERMOHONAN GERAN PEMASARAN DIGITAL DAN PROMOSI MYCVDILAKUKAN