Geran VOC JPJ No(Cetak Copy Road Tax)

Bagaimanakah cara untuk cetak Geran VOC yang terkini?

Untuk maklumanmSijil Pemilikan Kenderaan Geran VOC mempunyai Reka Bentuk Baru.

JPJ telah memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) dengan reka bentuk baru bagi tahun 2024. Ini merupakan kali kedua JPJ melakukan kemaskini sejak 2016.

Sijil Pemilikan Kenderaan adalah dokumen penting bagi setiap pemilik kenderaan di Malaysia. Dokumen ini menunjukkan pemilik sah kenderaan tersebut. Tanpa sijil ini, anda mungkin menghadapi kesulitan seperti dalam pembaharuan cukai jalan, pemindahan milik kenderaan, atau mendapatkan perlindungan insurans yang sesuai.

Ciri-Ciri Reka Bentuk Baharu Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Reka bentuk baru VOC dilengkapi dengan watermark logo JPJ untuk mengelakkan pemalsuan. Bagi pemilik sijil lama, sijil sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar.

Pelaksanaan VOC

Bagi pemilik kenderaan lama yang belum menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC), anda boleh ke pejabat cawangan JPJ untuk bantuan menukar dari RC kepada VOC.

Tujuan pelaksanaan VOC ini adalah untuk memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui transaksi atas talian agar urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. VOC masih merupakan perakuan pendaftaran di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memuatkan butiran pemilik dan kenderaan.

Cara Dapatkan Geran VOC

Untuk kenderaan baharu:

  • VOC dikeluarkan oleh JPJ semasa pendaftaran kenderaan di pejabat JPJ atau pusat khidmat JPJ yang diluluskan.

Untuk pemindahan pemilikan kenderaan terpakai:

  • Pemilik baharu perlu mengisi Borang JPJ K1 dan VOC baharu akan dikeluarkan atas nama pemilik baharu.

Untuk menggantikan VOC yang hilang/rosak:

  • Lengkapkan Borang JPJ K3, kemukakan dokumen sokongan seperti lesen memandu dan laporan polis (jika hilang), serta bayar bayaran pemprosesan yang ditetapkan. VOC baharu akan dikeluarkan dalam tempoh tertentu.

Semakan dalam talian:

JPJ menyediakan perkhidmatan semakan VOC dan pemilikan kenderaan secara dalam talian melalui aplikasi MySikap atau laman web MySikap JPJ.

Untuk maklumat lanjut, layari akaun media sosial JPJ di Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Artikel Lain > HARGA ROADTAX JPJ(CUKAI JALAN)

Leave a Comment