GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
APA ITU GKP 2.0
Bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Jika berminat untuk mohon,anda perlu melalui proses ini iaitu PERMOHONAN BARU,DAFTAR & LOGIN GKP 2.0.
SEMAKAN KELAYAKAN MEMOHON GKP 2.0
Memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Rujuk SEMAKAN STATUS KELAYAKAN GKP
NILAI/KADAR BANTUAN GKP
Jumlah nilai bantuan GKP adalah RM3,000 secara one-off.
CARA PERMOHONAN GKP 2.0
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.
Senang lagi, rujuk jer TUTORIAL PERMOHONAN GKP 2.0
TARIKH BUKA PERMOHONAN GKP
Permohonan dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan).
Tak sabar dah nak buat SEMAKAN BPN 2.0?Kini anda boleh mula buat semakan Harap-harap layak ler
TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020.
Tercari-cari cara log masuk ePerolehan online?
Nak belajar camna nak daftar,log masuk & semakan tender eperolehan?
TARIKH PEMBAYARAN GKP
Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.
Untuk lebih jelas,baca tentang TARIKH PEMBAYARAN/KEPUTUSAN PERMOHONAN GKP 2.0 RM3000
SOALAN LAZIM GKP
Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon GKP ?
Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.
Nak tahu cara permohonan i-SINAR KWSP(AKAUN 1) ONLINE bermula bulan Disember 2020
Bilakah tarikh pembayaran GKP akan dibuat?
Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.
Bagaimanakah kaedah bayaran GKP dilaksanakan?
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pem ohon yang didaftarkan pada permohonan GKP . Akaun bank mestilah aktif.
Ada Akaun Bank – Berjaya Kredit dan akan dikredit ke akaun bank
Adakah semakan kelayakan GKP akan dibuat dengan manamana Agensi Kerajaan?
Ya.
Tags: #APA ITU GKP 2.0 #CARA PERMOHONAN GKP 2.0 #GKP 2.0:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN #SEMAKAN KELAYAKAN MEMOHON GKP 2.0 #SOALAN LAZIM GKP 2.0 #TARIKH PEMBAYARAN GKP 2.0
Senahanak lamau5 months ago
S
Krisnhammal5 months ago
Nak buat permohonan baru untuk ibu tunggal
hashim abdul ghani5 months ago
status kelayakan
hashim abdul ghani5 months ago
borang untuk memohom GKP 2.0
Shamsul hanifa bin Ahmad5 months ago
Memohon bpn baru
ROSMIZA JUSOH5 months ago
SAYA INGIN MEMOHON BARU BPN NI MACAM MANA
Masulini bin Jamaludun5 months ago
GTP 2.0
Noor5 months ago
Saya ingin memohon GKP ini macam mana ye?Sya memerlukan modal untuk berniaga blk dan UTK Sya renew SSM Sya yg tamat tempoh tu?
MASLINA BINTI MISKAN5 months ago
Jika permohonan saya sebelum ini di tolak, bolehkah saya memohon lagi
Noorosfazela othman5 months ago
Saya penah mohon dan dpt bantuan gkp nie…boleh mohon lg ke? Ke kepada yang siapa2 yang x dapat lg
Mawardi5 months ago
GKP2.0 cara permohonan sebab website yang lama tidak boleh, tertera permohonan sudah tamat tempoh
Shaniza safiai5 months ago
Sy dh dapat gkp yg dulu… So yg gkp 2.0 ni blh mohon ker..
NOR IDAYU BINTI AHMAD5 months ago
Pasa 2 ni dpt ke
Naili5 months ago
Adakah nombor pendaftaran ssm dan lesen perniagaan benda yg sama?
YAP KEAM MING5 months ago
Saya sudah menerima gkp yang dulu, GKP 2.0 kali ini boleh mohon lagi ?
Quah Goay Hoon4 months ago
Pemohonan saya Lulus tapi saya bagi salah account no, jadi duit tak dapat masuk account saya untuk 1.0. macam bana saya boleh tukarkan.
MUHAMMAD BIN ASBOLLAH4 months ago
saya MUHAMMAD BIN ASBOLLAH
SAYA MAU TAU PEMOHONAN SAYA BOLE LULUS KA,,
SEBAB LESEN SAYA GUNA KONGSI DENGAN MERTUA…saya mohon PERMOHONAN Gkp SAYA LULUS,, SAYA NAK BUAT LESEN SENDIRI
Mohdhasbullah jangok3 months ago
Permohonan diterima .adakah permohonan tu d luluskan
FATIN SUHAILA YUSRI3 months ago
Sedihnyaa pertma kali rakan kongsi dapat .. sy tak dpt.. yg kli kedua pun sama buat permohonan still xdapt.. 😭😭😭😭