GKP RM3000 UNTUK PERNIAGAAN MIKRO & PKS

GKP RM3000 UNTUK  PERNIAGAAN MIKRO & PKS

GKP RM3000 UNTUK PERNIAGAAN MIKRO & PKS

Permohonan Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro dan Perusahaan Kecil Sederhana  akan dibuka mulai 1 Mei 2020, proses permohonan akan diselaraskan dan diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) pada laman Facebook LHDN petang tadi. Namun demikian, Portal GKP masih belum dapat dibuka.  Bermula 1 Mei 2020, kerajaan akan membuka permohonan GERAN KHAS PRIHATIN(GKP) secara atas talian melalui PORTAL GKP.

APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN(GKP)

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19. Adakah anda tahu CARA UNTUK MEMOHON GKP?

JUMLAH GERAN KHAS PRIHATIN

Jumlah Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

BACA : APA ITU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)?

SEMAKAN KELAYAKAN  GERAN KHAS PRIHATIN

Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan

Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

– Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan

– Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan

Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan

Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan

Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian  Kewangan Malaysia

GKP RM3000 UNTUK  PERNIAGAAN MIKRO & PKS

TARIKH PEMBAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN

Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

BILA AGAKNYA KITA AKAN MULA BEKERJA SEMULA? BACA TARIKH MULA BEKERJA PENJAWAT  AWAM & SWASTA SELEPAS PKP

KAEDAH BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN  

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

CARA MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.

ADAKAH PKS MIKRO LAYAK MENDAPAT MANFAAT GERAN KHAS PRIHATIN JIKA TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN?

“ Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon Geran Khas PRIHATIN? “

Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon

Tags: #ADAKAH PKS MIKRO LAYAK MENDAPAT MANFAAT GERAN KHAS PRIHATIN JIKA TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN? #APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN(GKP)? #GKP RM3000 UNTUK  PERNIAGAAN MIKRO & PKS #TIDAK DAFTAR LHDN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    1. author

      Ahmad Nordin bin bahatin1 year ago

      Saya ingin membuat permohonan PKS

      Reply
    2. author

      Saadiah Binti Abdul Rahim1 year ago

      Saya ingin membuat permohonan pks

      Reply
    3. author

      Toh CS1 year ago

      Untuk Partnership, tiap tiap ahli kongsi boleh buat permohonan atau cuma satu orang sahaja yang dapat ?

      Reply

    Leave a reply "GKP RM3000 UNTUK PERNIAGAAN MIKRO & PKS"