GURU MARA GRED DG41 2024(PERMOHONAN JAWATAN KOSONG mara.gov.my)

GURU MARA GRED DG41(PERMOHONAN JAWATAN KOSONG mara.gov.my)

GURU MARA GRED DG41

Kepada anda berminat untuk jadi cikgu MARA/MRSM,semestinya anda ingin mengetahui cara membuat permohonan. Melalui artikel ini, anda dikongsikan maklumat jawatan kosong Guru MARA gred DG41 dan juga cara membuat permohonan, semoga membantu

 

TARIKH PERMOHONAN GURU MARA GRED DG41

Tarikh permohonan dibuka mulai 16 Ogos 2023 hingga 31 Ogos 2023.

 

GAJI GURU MARA GRED DG41

Gaji bermula dari RM2,188 sehingga maksimum RM9,522.

Bagi individu yang memiliki ciri-ciri seperti berikut adalah dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA;

Berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif & inovatif serta komited ke arah menerajui kecemerlangan pendidikan dalam mengangkat martabat bangsa.

 

JAWATAN KOSONG GURU MARA 2023

Jawatan kosong ini terbuka kepada calon-calon yang berkelayakan untuk mengajar subjek berikut:

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bimbingan & Kaunseling
  4. Biologi
  5. Fizik
  6. Kimia
  7. Geografi
  8. Logistik
  9. Matematik
  10. Media
  11. Pendidikan Islam
  12. Pendidikan Islam (Tahfiz)
  13. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  14. Pengajian Makanan / Bioteknologi Makanan
  15. Pengurusan Perniagaan
  16. Prinsip Akaun / Perakaunan
  17. Reka Bentuk Teknologi
  18. Sains Komputer
  19. Seni Persembahan
  20. Seni Reka Grafik

 

SYARAT LANTIKAN GURU MARA

Syarat lantikan ke jawatan kosong Guru MARA 2023  adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sihat fizikal dan mental
  3. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  4. Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu (1) mata pelajaran lain serta lulus bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  5. Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) / Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam bidang / subjek berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan
  6. Bagi pemohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz) perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
  7. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat
  8. Mendapatkan surat pengiktirafan Sijil / Diploma / Ijazah dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dibawa semasa menghadiri temuduga yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
  9. Aktif dalam kegiatan Kokurikulom
  10. Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon)
  11. Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain
  12. Bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah / penyalahgunaan dadah / ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
  13. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan sekiranya berjaya.

 

CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG GURU MARA GRED DG41

Taraf jawatan yang ditawarkan berstatus kontrak / tetap.

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara online di portal rasmi MARA di pautan https://apps.mara.gov.my/vacancy/
  2. Hanya permohonan yang menepati syarat lantikan sahaja akan diproses.
  3. Sekiranya layak, anda akan dipanggil ke ujian penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre).
  4. Tarikh tutup permohonan pada (Akan Dikemaskini)

NOTA: Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumatmaklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.

 

KAEDAH PELAKSANAAN GURUMARA

  1. Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat yang ditetapkan sahaja akan diproses;
  2. Permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kriteria yang ditetapkan, mengikut kelayakan pengkhususan ijazah yang menepati bidang / subjek yang dipohon;
  3. Permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre);
  4. Pemohon yang lulus proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre) akan ditawarkan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41. Mereka hendaklah setuju dan patuh dengan syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran berserta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia;
  5. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan yang akan dikendalikan oleh MARA bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan;
  6. Hanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 yang telah menamatkan dengan jayanya Program Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan dan memperolehi ikhtisas pendidikan sahaja akan diperakukan untuk dipertimbangkan pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41; dan
  7. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel ke [email protected]

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut permohonan Guru Mara, sila rujuk iklan permohonan di pautan https://apps.mara.gov.my/vacancy/iklan/iklan_12apr22.pdf

 

ARTIKEL LAIN

TESP MARA (Permohonan & Semakan Status Tajaan)

Leave a Comment