PERMOHONAN HADIAH GALAKAN IPT (HGipt) ANAK SARAWAK

PERMOHONAN HADIAH GALAKAN IPT (HGipt) ANAK SARAWAK

HADIAH GALAKAN IPT

Kepada anak-anak negeri Sarawak yang telah melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) digalakkan memohon Hadiah Galakan Ke IPT (HGipt) menerusi Yayasan Sarawak. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

TUJUAN HGipt

Matlamat utama pelaksanaan HGipt adalah untuk membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.

 

SASARAN HGipt

Sasaran utama pelaksanaan HGipt adalah pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga B40 di Sarawak.

 

KADAR BANTUAN HGipt

Kadar pemberian HGipt adalah bergantung kepada kategori berikut:

  • Pengajian Dalam Sarawak: RM1,000.00
  • Pengajian Luar Sarawak : RM1,500.00

 

TARIKH PERMOHONAN HGipt

Permohonan bagi HGipt dibuka sepanjang tahun dan tidak mempunyai tarikh tutup permohonan.

 

SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN HGipt

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan anak Jati Sarawak.
  • Permohonan terbuka kepada pelajar untuk semester 1 sahaja.
  • Pemohon mestilah mengikuti pengajian sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching dan UCTS Sibu.
  • Ibubapa atau penjaga pelajar mestilah mempunyai pendapatan perkapita RM1,500.00 dan ke bawah.
  • Permohonan hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan.

 

CARA PERMOHONAN HGipt

Kepada pemohoan yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari laman web: Permohonan Atas Talian.
  2. Masukkan no. kad pengenalan pemohon dan klik butang ‘Next.’
  3. Masukkan maklumat-maklumat berikut untuk pendaftaran
    •  No. telefon bimbit
    • Emel
    • Kata lalaun
    • Pengesahan Kata Lalaun
    • Pentunjuk Kata lalaun
    • Soalan Keselamatan
    • Jawapan Keselamatan
  4. Tandakan ‘/’ pada kotak ‘I have read, understood and agree to Yayasan Sarawak’s Privacy Policy.’
  5. Masukkan captcha yang dipaparkan dan klik butang ‘Register.’
  6. Login untuk membuat permohonan.
  7. Klik hantar apabila selesai mengisi maklumat permohonan. Salinan dokumen yang dikehendaki perlulah dihantar ke Yayasan Sarawak.

 

PERMOHONAN JANJI TEMU PERKHIDMATAN DI YAYASAN SARAWAK

Bagi memudahkan urusan anda di Pejabat Yayasan Sarawak, seharusnya anda membuat atur janji temu terlebih dahulu di pautan:

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut mengenai Hadiah Galakan IPT (HgIPT), anda boleh merujuk melalui saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

BANTUAN BAITULMAL KAMEK (Permohonan & Semakan Tabung Baitulmal Sarawak tbs.org.my)

 

Leave a Comment