i-AKAUN KWSP:CARA DAFTAR,SEMAK PENYATA & PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP
Bagi memudahkan akses simpanan KWSP ahli,KWSP telah memperkenalkan i-Akaun KWSP Online untuk semua ahli.
Melalui i-Akaun ini, kita boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.
Kepada yang ingin mohon BPR,sila rujuk CARA KEMASKINI BPR 2021
Terdapat banyak jenis pengeluaran akaun 1 & 2 KWSP yang dibenarkan kepada ahli, terkini cadangan pengeluaran RM10,000 daripada KWSP untuk membantu melegakan beban kewangan ahli masih diperingkat cadangan.
Bagi memudahkan urusan anda, lebih baik anda daftar i-Akaun KWSP.Berikut adalah cara untuk mendaftar i-Akaun KWSP online:
Berminat nak keluarkan duit AKAUN 1 KWSP? Baca CARA PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP RM500 SEBULAN
APA ITU i-AKAUN KWSP?
Kemudahan yang membantu ahli KWSP menguruskan akaun dengan lebih mudah.
Antara kelebihan yang bakal diperolehi oleh ahli adalah boleh melakukan semua urusan ini secara atas talian atau online sahaja:
- Kemaskini profil peribadi
- Semak status penamaan
- Semak kelayakan pengeluaran
- Daftar simpanan shariah
- Semak penyata KWSP
- Semak rekod caruman
CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP ONLINE
Sebelum mengakses, anda perlu dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat / kios KWSP berdekatan.
Ahli KWSP boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat [email protected] berserta dokumen sokongan seperti berikut:
- Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel
- Lampiran MyKad (depan dan belakang)
- Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
- Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
- Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
- Salinan Buku / Penyata Akaun Bank Simpanan / Semasa yang aktif milik Ahli
- Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun boleh dimuat turun melalui imej di bawah ini.
Untuk makluman, jika pengesahan berjaya, anda akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli).
Kemudian anda hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.
Anda perlu membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.
CARA AKTIFKAN i-AKAUN KWSP ONLINE
- Layari kwsp.gov.my
- pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun. *Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS
- Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.*Jika ID Pengguna tidak terpilih, ID sementara akan digunakan
- Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
- Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.
Jika anda ingin buat pengeluaran i-Lestari KWSP,rujuk disini
Jika anda ingin belajar cara baca jadual pembayaran i-lestari, rujuk disini
Jika anda ada masalah pembayaran i-Lestari KWSP,rujuk CEK JURUBANK KWSP
SEMAK PENYATA i-AKAUN KWSP
Ahli KWSP yang ingin membuat semakan penyata akaun kwsp,boleh rujuk disini
PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP
Berikut adalah senarai jenis permohonan pengeluaran KWSP
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.Lawati Facebook rasmi KWSP untuk makluman terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/
Tags: #APA ITU i-AKAUN KWSP? #CARA AKTIFKAN i-AKAUN KWSP ONLINE #CARA DAFTAR i-AKAUN KWSP ONLINE #PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP #SEMAK PENYATA i-AKAUN KWSP
ROBIATUL ADAWIYAH BINTI ZULLKIFLE4 months ago
SEMAK PENYATA
Mukhalid3 months ago
DAFTAR I-AKAUN KWSP
Mukhalid3 months ago
SEMAK PENYATA
Lister anak buau3 months ago
Semak penyata akaun 2
Tengku3 months ago
Daftar i-akaun1kwsp
ARDEY BIN MOHD SAH2 months ago
PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP
Mohammad nur fitri bin kharudin2 months ago
Semak penyata
Ling hua ung2 weeks ago
Pengeluaran kwsp i akaun kategori 1
NUR IMAN ALYA BT ABDULLAH2 weeks ago
tukar nombor telefon & daftar i-sinar
rush lakai summo2 weeks ago
tukar no telofon n daftar i-sinar