KWSP i-CITRA:PERMOHONAN BARU & SEMAK STATUS PENGELUARAN RM5000

KWSP i-CITRA:PERMOHONAN BARU & SEMAK STATUS PENGELUARAN RM5000

KWSP i-CITRA

 

Anda ingin tahu bagaimana untuk memohon pengeluaran KWSP i-Citra berjumlah RM5,000 yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini?

Adakah anda jelas dan faham bagaimakah pelaksanaannya?

Melalui portal rasmi i-Citra,pihak KWSP memberi penerangan dan penjelasan kepada ahli yang berminat untuk membuat pengeluaran.

BAGAIMANAKAH CARA BAYARAN KWSP i-CITRA?

  • Perlu diingatkan bayaran i-Citra bukanlah bayaran RM5,000 sekali gus.
  • Ianya merupakan bayaran RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada baki akaun simpanan ahli (minimum RM50).
  • Bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dari akaun 2 terlebih dahulu.
  • Sekiranya tidak mencukupi barulah simpanan akaun 1 akan digunakan.

 

CONTOH SITUASI PENGELUARAN ICITRA

Berikut adalah contoh situasi pengeluaran iCitra:

i-CITRA

i-CITRA

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN iCITRA?

  • Anda layak memohon pengeluaran i-Citra sekiranya memenuhi dua syarat di bawah:
  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
  • Sekiranya anda anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen, anda masih layak memohon i-Citra.
  • Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

 

TERBARU! Kerajaan baharu sahaja memperkenalkan BAKUL PRIHATIN NEGARA JKM bermula 15 Julai 2021 boleh mohon.

BERAPAKAH HAD PENGELUARAN ICITRA?

Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.

Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.

Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.

Bayaran minimum adalah RM50

Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1

Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)

PERMOHONAN PENGELUARAN ICITRA

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021 melalui pautan icitra.kwsp.gov.my.

Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

TARIKH BAYARAN ICITRA

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

BAGAIMANAKAH CARA BUAT SEMAKAN JUMLAH SIMPANAN KWSP?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

i-Akaun (Ahli)

Aplikasi mudah alih i-Akaun

Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut mengenai kemudahan i-CITRA , sila hubungi pihak KWSP di talian Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848 atau melayari laman web rasmi KWSP iaitu https://www.kwsp.gov.my/

Artikel lain i-CITRA KWSP

>CARA TUKAR NO HP KWSP (Update Mobile Phone Number)

>PERMOHONAN BARU ICITRA KWSP

>PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN iCITRA KWSP ONLINE

> Cara Login iCITRA KWSP

> CONTOH SOALAN KESELAMATAN ICITRA :CARA JAWAB DENGAN BETUL
>KESILAPAN PERMOHONAN ICITRA: SENARAI KESILAPAN SEMASA BUAT PERMOHONAN

> iCITRA ONLINE(Mohon Online)
>Bagaimana cara permohonan iCITRA?
>CARA APPLY i-CITRA(Register Online)
>Bila duit iCITRA masuk bank?
> Macam mana nak Semakan Bayaran iCITRA?

9 thoughts on “KWSP i-CITRA:PERMOHONAN BARU & SEMAK STATUS PENGELUARAN RM5000”

  1. Nak permohonan semak status sy..sy dapat pengeluaran rm5000 ni..sy perlukan,banyak nak di bayar rmh sewa nak bayar takda duit belanja dah.pening..0198275443

    Balas

Leave a Comment