i-Lestari KWSP : CARA MOHON & TARIKH AHLI MENERIMA BAYARAN

i-Lestari KWSP : CARA MOHON & TARIKH AHLI MENERIMA BAYARAN

i-Lestari KWSP : CARA MOHON & TARIKH AHLI MENERIMA BAYARAN

i-Lestari KWSP : CARA MOHON & TARIKH AHLI MENERIMA BAYARAN

Sejak berlaku penularan wabak Covid-19 di seluruh Malaysia, ramai pihak yang terkesan daripada segi ekonomi. Jadi kerajaan Malaysia telah memberi satu kemudahan kewangan kepada rakyat Malaysia untuk membuat pengeluaran KWSP melalui skim pengeluaran yang dikenali i-Lestari KWSP untuk tangani masalah kewangan yang dihadapi oleh rakyat.

Konsep Am Pengeluaran i-Lestari

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

a)Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.

b)Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

c)Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di para (b)

Situasi :

a)Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.

b)Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.

c)Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Tempoh Kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari

Pihak KWSP telah menetapkan tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Syarat Kelayakan Ahli Untuk Memohon Pengeluaran i-Lestari

  • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  • Berumur di bawah 55 tahun; dan
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Amaun Yang Boleh Dikeluarkan

  • Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.
  • Namun jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

i-Lestari KWSP : CARA MOHON & TARIKH AHLI MENERIMA BAYARAN

Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:

a)Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)

b)Secara e-mel yang dialamatkan kepada: [email protected]; atau

c)Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

*(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

 

Tarikh Ahli KWSP Menerima Bayaran i-Lestari

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Untuk Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke : [email protected] atau hubungi 03-8922 6000.Layari Portal KWSP untuk info terkini.

Tags: #Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari #i-Lestari KWSP : CARA MOHON & TARIKH AHLI MENERIMA BAYARAN #Tarikh Ahli KWSP Menerima Bayaran i-Lestari #Tempoh Kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    1. author

      Russ Meharry11 months ago

      Quick and easy.

      Reply
    2. author

      Suriati binti tunggal8 months ago

      Cek fasa 3 .saya Suriati binti tunggal.ingin membuat temu janji online .pada tarikh 21/12/2020

      Reply

    Leave a reply "i-Lestari KWSP : CARA MOHON & TARIKH AHLI MENERIMA BAYARAN"