i-LESTARI ONLINE : PERMOHONAN DAN SEMAK STATUS PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

i-LESTARI ONLINE : PERMOHONAN DAN SEMAK STATUS PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

i-LESTARI ONLINE

Terbaru,permohonan dan semak status pengeluaran akaun 2 KWSP boleh dibuat secara online di portal rasmi ilestari.kwsp.gov.my.

KONSEP AM PENGELUARAN i-LESTARI

  • Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.
  • Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  • Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)

Contoh Situasi :

  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

TEMPOH PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Jika pembayaran i-Lestari anda gagal, baca KEMASKINI MAKLUMAT PEMBAYARAN i-LESTARI GAGAL DIKREDITKAN

*(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

SEMAKAN KELAYAKAN PENGELUARAN i-LESTARI

  • Pencarum yang layak memohon i-Lestari adalah terdiri daripada mereka yang memenuhi kriteria berikut :
  • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  • Berumur di bawah 55 tahun; dan
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

JUMLAH YANG BOLEH DIKELUARKAN

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Namun jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

TARIKH BAYARAN PENGELUARAN i-LESTARI

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI

  • Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
  • Secara e-mel yang dialamatkan kepada: [email protected]; atau
  • Secara hantaran pos kepada alamat : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI MELALUI LAMAN i-LESTARI ONLINE

1.Layari laman https://ilestari.kwsp.gov.my/

2.Cari dan tekan PERMOHONAN BAHARU

3.Isi maklumat borang permohonan

4.Tandakan Perakuan Pemohon

5.Tandakan reCAPTCHA

6.Tekan HANTAR

7.Permohonan anda berjaya dihantar untuk di proses

CARA SEMAK PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI MELALUI LAMAN  i-LESTARI ONLINE

1.Isi nombor KAD PENGENALAN dengan betul

2.Isi nombor telefon dengan betul

3.Tandakan reCAPTCHA

4.Tekan SEMAK

TUTORIAL PERMOHONAN BARU i-LESTARI

Berikut adalah  9 langkah untuk membuat permohonan baru i-Lestari :

i-LESTARI ONLINE i-LESTARI ONLINE i-LESTARI ONLINE

TUTORIAL SEMAKAN PERMOHONAN  i-LESTARI

Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan. Berikut adalah  3 langkah untuk membuat semakan permohonan i-Lestari :

i-LESTARI ONLINE
Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan. Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah e-mel dan pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses. Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah e-mel dan pos sahaja.

Untuk info lanjut, baca FAQ yang disediakan oleh KWSP.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke : [email protected] atau hubungi 03-8922 6000 Atau layari portal rasmi https://ilestari.kwsp.gov.my

Tags: #CARA PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI MELALUI LAMAN i-LESTARI ONLINE #CARA SEMAK PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI MELALUI LAMAN  i-LESTARI ONLINE #i-LESTARI ONLINE : PERMOHONAN DAN SEMAK STATUS PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP #TUTORIAL PERMOHONAN BARU i-LESTARI #TUTORIAL SEMAKAN PERMOHONAN  i-LESTARI

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan
    GERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinGERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET) APA
    SEMAKAN BANTUAN RISDA 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSEMAKAN BANTUAN RISDA 2021   Industri getah adalah antara sumber pendapatan negara.Pelbagai
    PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK 2021:CARA & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinPINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK 2021:CARA & BORANG PERMOHONAN APA ITU PINJAMAN TABUNG

    Leave a reply "i-LESTARI ONLINE : PERMOHONAN DAN SEMAK STATUS PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP"