i-SINAR BULAN MEI:CHECK TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR

i-SINAR BULAN MEI:CHECK TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR

i-SINAR BULAN MEI

Bagi yang merancang perbelanjaan untuk perayaan Aidilfitri pada awal bulan Mei/May 2021,sudah tentu anda sedang menunggu tarikh pembayaran i-Sinar untuk bulan Mei.

Berdasarkan makluman awal,pembayaran akan dibuat sebelum 16 Mei 2021 secara berperingkat. Dijangka pihak KWSP akan membuat pengumuman tentang perubahan tarikh pembayaran i-Sinar bulan Mei sempena dengan hari raya Aidilfitri 2021.

Bila duit BPR Fasa 2 masuk?

Ahli juga perlu sedia maklum tentang keperluan memilik i-Akaun KWSP untuk memudahkan urusan anda membuat semakan tarikh pembayaran i-Sinar atau i-Lestari KWSP.

INFO PENTING TENTANG PEMBAYARAN i-SINAR

Berikut adalah info penting tentang pembayaran i-Sinar yang ahli KWSP perlu tahu:

  • Pembayaran i-Sinar bagi bulan April yang masih belum dikreditkan ke dalam akaun pencarum akan dilaksanakan secara peringkat sehingga 16 Mei 2021
  • Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa satu hingga lima hari bekerja bergantung kepada prosedur bank pencarum.
  • Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank anda.

Tarikh Bayaran BPR Fasa 2  terkini sebelum Hari Raya.

Kenapa bayaran i-Sinar lambat masuk?

Kita sedia maklum bahawa terdapat kategori bagi permohonan i-Sinar sebelum ini.Antaranya kategori 1,kategori 2,Interim i-Sinar dan yang terkini i-Sinar Tanpa Kriteria, cara membaca jadual tarikh pembayaran masih sama dan mengikut formula dibawa.

Korang dah semak ker kelayakan Skim MySalam?

Anda layak menerima manfaat Penyakit kritikal sebanyak RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari jika terkena Covid-19,dikuarantin KKM

boleh CHECK MySALAM 2021

CARA MEMBACA JADUAL TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR KWSP

a)Semak tarikh pembayaran akaun anda

Anda telah menerima pembayaran i-Sinar bulan terkini(Januari/Februari) ?Cuba semak tarikh pembayaran i-Sinar  pada bulan Januari melalui i-akaun kwsp/ guna portal i-Sinar

Anda akan jumpa tarikh pembayaran kali pertama pada bulan Januari 2021.

Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan pembayaran i-Sinar ,berikut adalah cara untuk membuat semakan :

SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR KWSP MELALUI i-AKAUN KWSP

Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang membuat pengeluaran i-Sinar melalui i-Akaun :

1.Pastikan anda mempunyai i-Akaun untuk log masuk menggunakan id dan password.

2.Lihat di bahagian ‘Withrawal’,

3.Tekan Withrawal History

4.Sila pilih i-SINAR & Klik perkataan i-SINAR

5.Dipaparkan maklumat bayaran i-Sinar

MAKSUD TARIKH MULA BAYARAN BERULANG

Ia bermaksud bayaran i-Sinar anda bermula pada tarikh yang dipaparkan dan bayaran bulanan seterusnya juga pada tarikh yang sama.

MAKSUD TARIKH AKHIR BAYARAN BERULANG

Ia bermaksud bayaran i-Sinar anda akhir  adalah pada tarikh yang dipaparkan

*Mungkin ada sedikit kelewatan jika tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu/Ahad/Cuti Umum

SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR KWSP MELALUI PORTAL i-SINAR KWSP

Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang menggunakan portal i-Sinar. Bagi anda yang guna portal i-Sinar boleh disemak di portal tersebut dan akan dipaparkan tarikh bayaran anda.

SEMAKAN MELALUI SMS PIHAK KWSP

Bagi anda yang telah dikreditkan ke akaun bank akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada PIHAK KWSP

CARA MEMBACA JADUAL TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR

Tarikh pembayaran kali pertama pada bulan Januari 2021 boleh dijadikan panduan untuk bayaran bulan seterusnya.

Contohnya, jika bayaran bulan pertama pada 5 Januari 2021,maka bayaran bulan kedua,ketiga,keempat,kelima dan keenam juga pada 5 hari bulan setiap bulan.

Siapa je yang layak Bantuan Tambahan RM500 Pemerkasa?

Jika bayaran i-Sinar bulan April jatuh pada 9/4/2021(Jumaat),maka bayaran i-Sinar bulan Mei jatuh pada 11/5/2021(Selasa)

berdasarkan maklumkan terkini pihak KWSP,bayaran mula dikreditkan bermula 3/5/2021 sehingga 11/5/2021.

Ia dibayar secara berperingkat dan bergantung kepada bank pula menyelesaikan pembayaran kepada penerima.

Biasanya ia mengambil masa 1 hingga ke 5 hari untuk proses pembayaran.

SOALAN LAZIM

Macam mana nak check tarikh pembayaran i-Sinar bulan Mei dengan tepat?

KWSP juga memaklumkan status pembayaran terkini boleh diperolehi melalui i-Akaun (ahli)

Apakah talian hotline i-Sinar?

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Hotline Khas i-Sinar iaitu 03-89224848.

Apa maksud status i-Sinar expired?

i-Sinar expired bermaksud i-Sinar anda telah luput. Ia bermakna tiada lagi bayaran bulanan i-Sinar.

Kenapa duit i-Sinar belum masuk?

Proses pengkreditan ke akaun ahli KWSP mengambil masa sehingga 5 hari bekerja.

Adakah mungkin duit i-Sinar masuk selepas waktu bekerja?

Ya,duit i-Sinar mungkin masuk ke akaun bank sehingga jam 10 malam.

Adakah duit i-Sinar bulan Mei masuk sebelum raya?

Kemungkinan besar masuk sebelum raya,akan dimaklumkan kelak oleh KWSP.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk keterangan lanjut tentang i-SINAR BULAN MEI, sila layari ke laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

17 thoughts on “i-SINAR BULAN MEI:CHECK TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR”

  1. ada tak cara untuk semak tarikh dan kelayakan sebab untuk rm500 saya hanya dapat 5 bulan sahaja
    untuk 10 k lulus tapi tarikh bayaran macam mana nak semak

    Balas
  2. Sehingga hari ini bayaran bulan Mei,,,belum saya terima…apakah status sebenar saya…..KWSP pening kepala

    Balas

Leave a Comment