i-SINAR KATEGORI 1:CARA & TARIKH PERMOHONAN
APA ITU i-SINAR KATEGORI 1?
Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor normol,yang bekerja sendiri,yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig,yang sudah lama tidak mencarum,yang hilang pekerjaan,suri rumah yang diberi notis cuti tanpa gaji
Kriteria bagi Kategori adalah seperti berikut
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan atau
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurang gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020
Bagi kategori ini:
- Tiada dokumen sokongan diperlukan
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP
- Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21Disember 2020
- Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021
CARA MOHON i-SINAR KATEGORI 1
KWSP sangat prihatin kepada ahli yang layak membuat pengeluaran i-SINAR KWSP,maka KWSP telah melancarkan portal khas untuk memudahkan ahli membuat pengeluaran akaun 1 secara online sahaja.
- Sila layari https://isinar.kwsp.gov.my/
- Klik PERMOHONAN i-SINAR
- Lengkapkan maklumat yang diminta( nombor telefon terkini,nama bank,nombor akaun terkini)
- Tidak perlu muat turun dokumen sokongan
- Sila semak sebelum buat pengesahan
- Klik HANTAR
JUMLAH KELAYAKAN i-SINAR
Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ada pertanyaan tentang i-Sinar,Sila hubungi TALIAN TELEFON i-SINAR dibuka 8 pagi- 8 malam.
Sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.Lawati Facebook rasmi KWSP untuk makluman terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/
Tags: #APA ITU i-SINAR KATEGORI 1? #CARA MOHON i-SINAR KATEGORI 1 #i-SINAR KATEGORI 1
SITi HASEANi BINTI MOKHTAR2 tahun ago
Sekarang ini saya suri rumahtangga sepenuh masa boleh ke mohon i sinar.
Muhamad salleh bin shariff2 tahun ago
I sinar kwsp akaun 1
Jamatul adawiah binti mohd diñ2 tahun ago
i sinar
Muhammad shah bin idris2 tahun ago
I sinar kwsp akaun 1
Molby Manggak Abak War2 tahun ago
Sampai bila tarikh tutup permohonan?
Mohd fairus2 tahun ago
Bila tarikh tutup permohanan i-sinar?
Josephine jenai2 tahun ago
Adakah boleh lagi kalau saya memohon pada 5haribulan januari ini ? Dan bila tarikh permohonan kategori 1 tutup?
Hanim1 tahun ago
Boleh k saya mohon sinar kotegeri 1 masih boleh mohon k
Markjack9191 tahun ago
Saya dh tidak pakai number telefon dkt I lestari…. Saya nk mohon tak boleh sila tolong