i-SINAR TANPA KRITERIA:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

i-SINAR TANPA KRITERIA:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

i-SINAR TANPA KRITERIA

Kepada ahli KWSP yang ingin buat permohonan dan semakan status i-Sinar Tanpa Kriteria bermula 8 Mac 2021,sila rujuk maklumat yang dikongsi dalam artikel ini.

APA ITU i-SINAR?

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

APA ITU i-SINAR TANPA KRITERIA?

Mulai 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar akan ditambah baik iaitu:

  • Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150

APA PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMOHON i-SINAR?

Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.

Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:

  • Masih aktif
  • Milik anda
  • Bukan akaun bersama
  • Akaun bukan syarikat

Nota:

Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.

KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.

CARA PERMOHONAN i-SINAR TANPA KRITERIA

Bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pemprosesan permohonan dan pembayaran i-Sinar, Ahli KWSP amat digalakkan untuk memohon bermula 8 Mac 2021.

SEMAKAN STATUS i-SINAR TANPA KRITERIA

Anda boleh menyemak status permohonan i-Sinar anda;

  1. Melalui i-Sinar Online di kotak Semak Status Permohonan; atau
  2. Melalui i-Akaun anda di tab Pengeluaran dan semakan di Sejarah Pengeluaran.

TARIKH BAYARAN i-SINAR TANPA KRITERIA

Anda boleh menyemak status permohonan dan jangkaan tarikh bayaran akan diterima dengan melayari portal i-Sinar Online dari semasa ke semasa.

Bayaran akan dibuat mengikut kaedah bayaran yang anda pilih semasa membuat permohonan iaitu;

  • Pengkreditan Terus (DC) ke akaun bank; atau
  • Arahan Bayaran (PO) yang perlu diambil di cawangan KWSP pilihan anda setiap kali menerima bayaran. PO ini hanya boleh ditunaikan di Bank RHB.

ZAKAT i-SINAR TANPA KRITERIA

Adakah Ahli KWSP yang beragama Islam diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas Pengeluaran i-Sinar?

Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berpandangan ahli KWSP beragama Islam yang membuat pengeluaran kemudahan i-Sinar bagi tujuan perbelanjaan keperluan asas (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang, tidak diwajibkan membayar zakat ke atas pengeluaran yang dibuat.

Namun begitu, ahli KWSP beragama Islam dinasihatkan untuk menunaikan kewajipan membayar zakat ke atas semua pengeluaran simpanan KWSP (termasuk i-Sinar) yang telah sempurna milik sekiranya tidak digunakan bagi tujuan perbelanjaan keperluan asas diri sendiri serta tanggungan ataupun membayar hutang dan mencapai nisab.

Memandangkan pandemik COVID-19 ini telah menyebabkan ketidaktentuan ekonomi dan tahap kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh ahli boleh berubah dari masa ke masa, JKPS berpandangan adalah wajar untuk ahli KWSP menunggu sehingga haul sebelum membayar zakat.

Ahli juga dinasihatkan untuk merujuk pihak berkuasa zakat negeri berhubung pembayaran zakat simpanan KWSP.

Nota:

Simpanan sempurna milik merujuk kepada simpanan yang boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sekatan.

Nisab merujuk kepada paras minimum sesuatu harta yang diwajibkan zakat yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas.

Haul merujuk kepada haul zakat bagi ahli yang beragama Islam.

SOALAN LAZIM

Adakah bayaran interim sebanyak RM1000 masih dibayar?

Bayaran interim tidak lagi dibayar kerana permohonan akan diproses dengan kadar segera.

Adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan?

Tidak perlu, berdasarkan penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria, permohonan akan diproses berdasarkan kelayakan

Adakah kriteria pengurangan pendapatan terpakai untuk permohonan i-Sinar tanpa kriteria?

Tidak. Kriteria pengurangan pendapatan tidak lagi terpakai untuk permohoan i-Sinar tanpa kriteria ini.

Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan saya ‘Sedang Diproses’. Adakah saya perlu membuat permohonan semula?

Tidak. Anda tidak perlu membuat permohonan semula kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 1.

Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan memerlukan saya untuk ‘Muat Naik Dokumen Sokongan’. Adakah saya perlu memuat naik dokumen yang diperlukan?

Tidak. Anda tidak lagi perlu untuk mengemukakan dokumen sokongan kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan di Soalan 1.

Saya telah memohon i-Sinar sebelum ini dan status permohonan saya ‘Tidak Berjaya’. Adakah saya perlu membuat permohonan semula?

Anda boleh memohon semula mulai 8 Mac 2021 berdasarkan kelayakan

Bilakah tarikh akhir saya boleh memohon i-Sinar?

Tarikh akhir anda boleh memohon i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.

Bagaimanakah caranya saya boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 saya?

Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.

Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?

Anda tidak perlu membayar semula. Semua caruman baharu akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 sehingga mencukupi amaun i-Sinar yang dikeluarkan. Setelah itu, caruman anda akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya memohon i-Sinar?

Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

 

 

Tags: #APA ITU i-SINAR TANPA KRITERIA? #APA PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMOHON i-SINAR? #CARA PERMOHONAN i-SINAR TANPA KRITERIA #i-SINAR TANPA KRITERIA #SEMAKAN STATUS i-SINAR TANPA KRITERIA #TARIKH BAYARAN i-SINAR TANPA KRITERIA #ZAKAT i-SINAR TANPA KRITERIA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR BULAN MAY/MEI 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTARIKH PEMBAYARAN i-SINAR BULAN MAY/MEI 2021 Bagi membantu anda membuat semakan tarikh
    JANJI TEMU KWSP ONLINE:CARA BUAT APPOIMENT BAGI URUSAN DI KAUNTER
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinJANJI TEMU KWSP ONLINE:CARA BUAT APPOIMENT BAGI URUSAN DI KAUNTER Jika ada
    i-SINAR BULAN MEI:CHECK TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedini-SINAR BULAN MEI:CHECK TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR Bagi yang merancang perbelanjaan untuk perayaan
    CHECK BAYARAN i-SINAR TERKINI:DUIT i-SINAR DAH MASUK?
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCHECK BAYARAN i-SINAR TERKINI:DUIT i-SINAR DAH MASUK? Selepas proses pindaan pengeluaran i-Sinar
    1. author

      Mardina adam2 months ago

      I sinar kemaskinj
      (950517126458) @mardina adam

      Reply
    2. author

      MOHD NOORHAN BIN HAJI AHMAD2 months ago

      Encik saya ingin bertanya tentang bayaran bulanan i sinar bagi bulan April bila kah tarikh bayaran isinar saya tersebut maafkan saya kerana saya ingin mohon kepada encik agar dapat bayaran bulanan i sinar bulan April dgn cepat kerana saya ingin membuat bayaran bulanan rumah dan belanja makan semua keluarga saya mohon agar encik dapat membantu saya

      Reply
    3. author

      Tanalechumi Kuppan2 months ago

      I dah 8 haribulan dah buat pindahan I sinar semakan bila bole buat

      Reply
    4. author

      Mohd Amin Abdullah4 weeks ago

      Saya gagal buat pindaan.
      Sebab kod TAC.. tak mucul telefon saya.
      790215135957.mohon kemaskini

      Reply

    Leave a reply "i-SINAR TANPA KRITERIA:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS"