i-SINAR TANPA SYARAT:CARA MOHON,KEMASKINI & SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Kepada semua ahli KWSP,anda kini boleh mohon pengeluaran i-SINAR TANPA SYARAT,apakah maksud pengeluaran tanpa syarat?
MAKSUD PENGELUARAN i-SINAR TANPA SYARAT
Maksudnya permohonan anda akan diluluskan secara automatik tanpa syarat & kriteria dan kategori yang diumumkan sebelum ini.
Berdasrkan kenyataan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berkata pemansuhan tersebut adalah berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.
Dah semak ker korang dapat berapa ribu dividen KWSP 2020? Rujuk CARA BUAT SEMAKAN DIVIDEN KWSP EPF 2020
CIRI-CIRI PENGELUARAN i-SINAR TANPA SYARAT
Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.
Jika nak tukar nombor telefon(Tac) KWSP,rujuk KEMASKINI NO TELEFON KWSP
MAKSUD TERTAKLUK KEPADA BAKI YANG SEDIA ADA
Ia bermaksud ahli KWSP boleh membuat pengeluaran berdasarkan baki dalam akaun 1 KWSP ahli.
Berikut adalah contoh pengeluaran i-Sinar tanpa syarat:
Pencarum yang memiliki simpanan RM100,000 dan ke bawah – boleh melakukan pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan, dengan bayaran pertama maksimum adalah sekitar RM5,000
Pencarum yang memiliki simpanan melebihi RM100,000 – boleh melakukan pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka, jumlah pengeluaran maksimum adalah RM60,000. Pembayaran turut akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum adalah RM10,000.
Sebelum buat pengeluaran i-Sinar, jom buat Semakan Penyata Akaun KWSP dengan cara paling mudah & cepat.
SITUASI PENGELUARAN i-SINAR TANPA SYARAT
SITUASI A: PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN
Bagi situasi ini, bayaran i-Sinar berjalan seperti biasa berdasarkan jadual pembayaran i-Sinar
SITUASI B:PERMOHONAN SEDANG DIPROSES
Bagi situasi ini pula,anda tidak perlu lakukan apa-apa,hanya tunggu makluman pihak KWSP dan buat semakan status kelulusan i-Sinar bermula 8 Mac 2021
SITUASI C:BELUM BUAT PERMOHONAN i-SINAR
Bagi situasi belum buat permohonan i-SINAR,anda hanya boleh membuat permohonan i-Sinar pada portal i-Sinar pada 8 Mac 2021.
Bermula 1 Mac 2021, dah boleh isi e-filing,Sila rujuk CARA ISI e-Filing tahun 2021
SYARAT & KRITERIA I-SINAR TANPA SYARAT
Berikut adalah syarat & kriteria i-Sinar tanpa syarat:
SOALAN LAZIM
Kenapa syarat pengeluaran i-Sinar dimansuhkan?
Ekoran desakan dan keperluan ahli KWSP berdasarkan situasi ekonomi semasa.
Apa kebaikan pengeluaran iSinar tanpa syarat?
Permohonan diluluskan secara automatik.Berdasarkan syarat permohonan kategori 2,ahli KWSP perlu tunjukan bukti pengurangan pendapatan,berikut adalah contoh dokumen diperlukan:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
- Notis berhenti kerja yang diberikan majikan
- Surat pemotongan elaun
- Surat pemotongan tuntutan kerja lebih masa (OT claim)
Jika ahli gagal tunjuk dokumen diatas,ahli KWSP perlu dokumen sokongan seperti:
- Penyata bank
- Surat pengesahan majikan
Jika situasi tanpa syarat,permohonan i-Sinar diberi kelulusan secara automatik
Bilakah tarikh pelaksanaan iSinar tanpa syarat?
Dijangka bermula 8 Mac 2021
Macam mana cara mohon iSinar tanpa syarat?
Sila rujuk pada portal i-Sinar KWSP
Perlu ke kemaskini permohonan i-Sinar yang diproses?
Akan dimaklumkan pada portal i-Sinar KWSP.
Bilahkah tarikh semakan kelulusan iSinar tanpa syarat boleh dibuat?
21 hari selepas ahli buat permohonan i-Sinar.
Bilakah tarikh bayaran iSinar tanpa syarat?
Selepas 21 hari permohonan bayaran iSinar akan diproses.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Perkara lanjut berhubung permohonan iSinar tanpa syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh pihak KWSP.
Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848
Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP 03-89226000.
Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.
Tags: #Apa kebaikan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat? #Bilahkah tarikh semakan kelulusan iSinar tanpa syarat boleh dibuat? #Bilakah tarikh bayaran iSinar tanpa syarat? #Bilakah tarikh pelaksanaan i-Sinar tanpa syarat? #CARA MOHON i-SINAR TANPA SYARAT #CIRI-CIRI PENGELUARAN i-SINAR TANPA SYARAT #i-SINAR TANPA SYARAT #KEMASKINI i-SINAR TANPA SYARAT #Kenapa syarat pengeluaran i-Sinar dimansuhkan? #Macam mana cara mohon i-Sinar tanpa syarat? #MAKSUD PENGELUARAN i-SINAR TANPA SYARAT #MAKSUD TERTAKLUK KEPADA BAKI YANG SEDIA ADA #Perlu ke kemaskini permohonan i-Sinar yang diproses? #SEMAKAN STATUS i-SINAR TANPA SYARAT #SITUASI A: PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN #SITUASI B:PERMOHONAN SEDANG DIPROSES #SITUASI C:BELUM BUAT PERMOHONAN i-SINAR #SITUASI PENGELUARAN i-SINAR TANPA SYARAT #SYARAT & KRITERIA I-SINAR TANPA SYARAT
Aaron2 tahun ago
Do I have to kemaskini my bpr…
kamarulaini bte sayon2 tahun ago
saya ingin bertanya?kalau saya dlm proses apply i sinar tapi ingin tukar jumlah mcm mana yea?
Vijiah nathan a/l viljan2 tahun ago
Saya vijiah nathan i siner daftar
Satu bulan saja . Sekarang nak daftar boleh ke
Nur Karmila2 tahun ago
saya ingin bertanya , knapa ya akaun 1 tidak mencukupi untuk pengeluaran , saya x prnah buat apa ii pengeluaran sblum ini , ini yang ptma kali nak buat permohonan .
rosemma bt ibrahim2 tahun ago
dokumen tidak lengkap.,kena serta dokumen ke
Azman2 tahun ago
Knp saya punya tdk pandai masuk 😭
Noor Burhanuddin2 tahun ago
Sy noor burhanuddin ape sye msh boleh nk mohon
MADIHI BIN MERDAN2 tahun ago
Cara mohon i-sinar tanpa syarat
Kudin2 tahun ago
Sy dah dpt i sinar sblm ni..skrg mcm mne nk thu kita nk mohon yg tanpa syarat.kne isi mne2 web kwsp ke
Ukhti Lina2 tahun ago
Saya nak tanya,sy dh apply ,tpi dlm proses,saya nk tukar jumlah prmohonan macam mana ya,
muhamad hairi bin kamarudin2 tahun ago
Bagus juga buat mcm ni sekurang2 nya kurang beban rakyat masa covid 19 ni
Mohd fadzil Bin mohd zain1 tahun ago
Assalammualaikum saya nak tanya..saya ada mohon i sinar tapi ada silap masa isi borang tentang jumlah…yg pertama saya isi seribu bukan lima ribu silap kat situ…untuk seterunya macam mana ye.
Shalini a/p gunasagaran1 tahun ago
Macam mama nak tukar jumlah i -sinar
Rosmadi saimam1 tahun ago
Saya nak kemaskini NO FON dan E-mail
Muhamad azli bin azman1 tahun ago
Kemaskini no taliphone 01140358148 kepada 01126003416
Zarina binti Hashim1 tahun ago
Mahu memohon balik i-sinar macamana yer?
Kemi BT bakri1 tahun ago
Saya mahu kemaskini no tlp .perlukah
Maslina maspuan1 tahun ago
Saya nk tye knp i sinar saya expired..perlu daftar semula ke..
Oliver anak gerinang1 tahun ago
Mohon kemaskini pengeluaran akaun 2 sebanyak rm1000
Oliver anak gerinang1 tahun ago
Boleh kh sya keluarkan i lestari akaun 2 sya sebanyak rm1000?
MOHD NOORHAN BIN HAJI AHMAD1 tahun ago
Saya juga ingin bertanya kepada tuan tentang bayaran i.sinar ketegori ke2 adakah layak untuk saya mohon bantuannya itu adalah yang pertama i.sinar pertama kali saya lulus….so sekarang ni yang kedua pula automatic kah saya boleh dapat dan berapa banyak wang ringgit dan saya blh keluar kan kerana untuk saya membuat pembayaran tanah lot untuk saya dirikan sebuah rumah… rumah saya sekarang ni sewa dan reput tunggu saat rebah ke bumi sahaja… harap harap tuan dapat membantu saya dalam keadaan yang tidak dapat dinafikan bahawa saya telah pun menjadi orang yang paling susah ok asalamualaikum
Mohd Nasir Yaacob1 tahun ago
Bagaimana untuk memohon i-sinar tanpa syarat,?
MOHD FAIRUL BIN MOHAMAD KHANI1 tahun ago
assalamualaikum…saya mahu kemaskini kan amun pengeluaran k1 …. masa untuk tarik jumlah i sinar… saya dapat tarik 4k sahaja
Ruuba1 tahun ago
Boleh tak kemaskini ? Saya dah apply and lulus tapi saya nak tambah duit lagi buat keluaran.. Boleh ke? Macam mana caranya tolong ajar ?
Asna Nur Asyhifaa1 tahun ago
Macam mana saya nak mohon i sinar sekali lagi ye?
Auliah1 tahun ago
Macam mana nak tukar jumlah i -sinar?
Yunus bin jurup1 tahun ago
Memohon i sinar
Ijan1 tahun ago
Hari tu kata dah diluluskan tengok tak Masuk pun dalam bank duit tu sampai sekarang
Lieq shing ning1 tahun ago
Petang,yang sudah pernah buat permohonan isinar sebelum ini…adakah 08.03 boleh buat permohonan semula
Akma1 tahun ago
Macam nak mohon balik I-sinar ye
Asman bin amin1 tahun ago
Macam nak mohon balik I-sinar ye,mksud nye prmohonan yg lepas trsalah dn tak mncukupi
Hasliza1 tahun ago
Mcm mn nak tukar amaun pengeluaran i sinar tiap2bulan
Gie1 tahun ago
Saya dah pernah apply isinar dan dah lulus . Boleh ke saya mohon lagi semula untuk pengeluaran?
Kharisman1 tahun ago
Saya da dapat bayatan i sinar..
Bole ka saya membuat permohonan lagi..
nurul farhana1 tahun ago
Askum..saya nak tanye adakah saya perlu buat pertukaran amaun sekali lagi…sbbnye seblum nie saya dah buat pertukaran amaun di kaunter kwsp..pada 7.01.2021..
GHAYATHERY1 tahun ago
Saya vijiah nathan i siner daftar
Satu bulan saja . Sekarang nak daftar boleh ke
Muhammad syafiq1 tahun ago
Pendaftaran
Mohdrazi1 tahun ago
Nak cek on9 guna ic number mcm mana???
Salni hajah1 tahun ago
Saya tersilap amaun sepatutnya rm3500 bukan rm150,macam cara saya tambah amaun
Mohd Danial hakim1 tahun ago
Assalamualaikum tuan saya pun belum dapat bantuan KWSP bulan ni
[email protected] bin seman1 tahun ago
Sy xthu status sy mcmne.mhon lulus
Suzy1 tahun ago
Saya nak bertanya saya sudh mengeluarkan isnar katagori 1..saya masih boleh lagi ke memohon ii sinar tanpa syarat ni??
MOHD RAHIM BIN AHMAD1 tahun ago
No ic 840714035603
Mohamad ismail1 tahun ago
Saya sudah mengeluarkan isinar katagori 1…,,, boleh atau tidaksekiranya synk mohon ii sinar tanpa syarat ni..?
Zaharah1 tahun ago
Saya ingin membuat permohonan iSinar tetapi tidak boleh..ruangan utk klik “klik disini saya bukan robot” x berfungsi..
Ain1 tahun ago
Saya nak tanya knp saya punya status expired tapi ,sy check dkt isinar dilulus kan kena tggu lps 3 hri berkerja ..tpi duit smpai skrg xmsuk masuk knp ye?
saadat adam1 tahun ago
bulan mei 2021 duit i sinar rm500 belum masuk akaun saya..tarikh dikreditkan pada 11 mei tapi tak masuk sampai 18 mei…dikatakan pembayaran dari 11 sehingga 15…kenapa selepas 15 pun tiada pembayaran..
Muhammad Salleh bin mazlan1 tahun ago
Belum pernah memohon
Abdul Nasir bin unding1 tahun ago
Pernah sudah memohon