BORANG PERMOHONAN TENTERA LAUT(Semakan Pengambilan TLDM)

BORANG PERMOHONAN TENTERA LAUT(Semakan Pengambilan TLDM)

TENTERA LAUT TLDM

Kepada anda yang ingin yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat sebagai anggota atau pegawai Tentera Laut, disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan dan semakan pengambilan TLDM.

 

APA ITU TENTERA LAUT

Tentera laut (bahasa Inggeris :Navy) merupakan sebuah pasukan ketenteraan sesebuah negara yang secara prinsipnya ditugaskan untuk peperangan laut dan pertempuran amfibia; contohnya, operasi-operasi tempur di tasik atau laut dan fungsi-fungsi yang berkaitan.

SYARAT KELAYAKAN TENTERA LAUT TLDM

Pengambilan Tentera Laut  ini menekankan beberapa syarat iaitu:

  1. Semua calon lelaki berwarganegara Malaysia
  2. Umur – 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 31 Mei 2022
  3. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta
  4. Taraf perkahwinan – Bujang
  5. Pemohon mestiklah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana
  6. Sihat tubuh badan
  7. Body Mass Index BMi mesti melepasi julat yang ditetapkan. Berat badan, ketingian (tinggi) dan juga ukuran dada, mata tidak rabun mestilah berada pada tahap yang telah pun ditetapkan

 

TEMPOH PERMOHONAN TENTERA LAUT TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuka pengambilan Perajurit Muda TLDM secara atas talian.

 

GAJI / ELAUN / KEISTIMEWAAN TENTERA LAUT TLDM

Pengambilan TLDM menawarkan :

  1. Gaji permulaan: RM1,774.00 , Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200
  2. Kenaikan Tahunan: Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat
  3. Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan)
    • Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan
  4. Keistimewaan
    • Rawatan perubatan dan pergigian
    • Pakaian seragam
    • Waren perjalanan tahunan
    • Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
    • Caruman Lembaga Tabung Angkatan tentera
    • Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

 

BORANG PERMOHONAN PENGAMBILAN TENTERA LAUT TLDM

Muat turun borang permohonan pada pautan di bawah:

 

CARA PENGISIAN BORANG PERMOHONAN TENTERA LAUT 

Berikut adalah merupakan cara pengisian borang permohonan tersebut

  1. Sila isi semua soalan yang terdapat di dalam borang ini.
  2. Gunakan huruf besar semasa mengisi borang ini kecuali e-mel.
  3. Sediakan dokumen berikut untuk proses pendaftaran:
    • Kad pengenalan pemohon.
    • Sijil kelahiran pemohon.
    • Sijil kelayakan akademik pemohon (SPM, SVM dan Diploma).
    • Kad pengenalan bapa.
    • Sijil kelahiran bapa.
    • Kad pengenalan ibu.
    • Sijil kelahiran ibu.
    • Sijil kematian bapa (jika berkaitan).
    • Sijil kematian ibu (jika berkaitan).
    • Sijil cerai ibubapa (jika berkaitan).
  4. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan benar.
  5. Tiada kompromi ke atas penipuan maklumat.
  6. Permohonan yang dibuat akan disemak oleh tldm.
  7. Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel dan sms.
  8. Keputusan yang dibuat oleh TLDM adalah muktamad.

 

LOKASI PENGAMBILAN TENTERA LAUT 

Berikut adalah merupakan lokasi pengambilan tentera lalut diraja malaysia iaitu:

  • Zon Tengah
    • Kem Sendayan Negeri Sembilan
    • Markas 11 Briged Kem Sungai Buloh Selangor
    • MSS Kem Mahkota Kluang
    • Sekolah Menengah Teknik Melaka
    • Markas 12 Briged Kem Wardieburn Kuala Lumpur KL
  • Zon Sabah
    • KD Sri Sandakan Sabah
    • KD Sri Kota Kinabalu Sabah
  • Zon Sarawak
    • Pangkalan Udara Kuching Sarawak
    • 20 RAMD Kem Sri Miri Sarawak

 

CARA SEMAKAN PENGAMBILAN TENTERA LAUT TLDM

Anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan Tentera Laut, sila rujuk  Laman Facebook Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN SPA ONLINE (Check Tarikh Ujian)

2 thoughts on “BORANG PERMOHONAN TENTERA LAUT(Semakan Pengambilan TLDM)”

Leave a Comment