CAGARAN KWSP UNTUK PINJAMAN BANK (Permohonan & Kesan Cagar)

CAGARAN KWSP UNTUK PINJAMAN BANK (Permohonan & Kesan Cagar)

CAGARAN KWSP PINJAMAN BANK

Kepada pencarum KWSP, Kerajaan telah memperkenalkan satu kaedah baharu iaitu untuk membenarkan urusan cagaran bank menggunakan wang caruman KWSP. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonon serta cagaran, semoga membantu.

 

APA ITU CAGARAN KWSP BANK

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan badan berkanun yang menguruskan wang simpanan caruman majikan dan pekerja untuk pengeluaran hari tua.  Cagaran KWSP ini bermaksud pencarum dibenarkan untuk membuat cagaran bank dengan menggunakan wang simpanan yang terdapat di dalam akaun KWSP pencarum. Kaedah ini diperusulkan menerusi Belanjawan 2023 kepada semua rakyat bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

 

TUJUAN CAGARAN KWSP DIPERKENALKAN

  • Kerajaan memperkenalkan kaedah cagaran KWSP ini sebagai langkah untuk memudahkan pencarum KWSP yang mempunyai hutang atau komitmen dengan institusi bank. Kaedah ini dipilih sebagai pendekatan untuk membantu meringakan beban kewangan pemiutang.
  • Dengan ekonomi yang semakin terjejas serta inflasi yang berlaku, kaedah ini dianggap kaedah yang terbaik kepada masyarakat. Pendana Menteri menjelaskan ianya merupakan salah satu cara untuk mengelakkan berlakunya pengeluaran KWSP secara one-off.
  • Hal ini kerana pengeluaran secara one-off ini dapat menjejaskan ekonomi dan kewangan negara secara tidak langsung. Kaedah cagaran KWSP ini dipilih oleh kerajaan kerana tidak berlakunya pengeluaran caruman melainkan pencarum yang memohon cagaran KWSP gagal untuk membayar hutang bank dengan baik. Tambahan pula, kaedah ini diperkenalkan untuk memberi ruang kepada pencarum yang terdesak dan tidak mempunyai simpanan lain untuk membayar hutang bank.

 

FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2)

  • Kemuduhan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan
  • Simpanan dalah akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun

 

SYARAT KELAYAKAN CAGARAN KWSP BANK

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diettapkan iaitu:

  1. Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 Tahun
  2. Warganegara Malaysia
  3. Permohonana adalah sekali sahaja
  4. Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan
  5. Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 Bulan) bermula dari tarikh perlaksanaan yang akan dimaklumkan kelak
  6. Amaun simpanan minimum RM3,000 dalan Akaun 2 KWSP
  7. Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000
  8. Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli
  9. memenuhi terma dan syarat yang ditetaplan oleh institusi perbankan yang dimohon

 

TARIKH PERLAKSANAAN CAGARAN KWSP BANK

Pencarum KWSP boleh membuat pinjaman bank mulai 7 April 2023

 

PROSUDER SEBELUM PERMOHONAN CAGARAN KWSP BANK

Untuk memastikan kelancaran urusan, pastikan anda:

  1. Semak kelayakan awal melalui akaun 2 KWSP
  2. Buat permohonan melalui bank yang mengambil bahagian
  3. Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal di cawangan KWSP atau KLios di UTC berdekatan untuk menerima TAC bagi tujuan semakan kelayakan

 

CARA PERMOHONAN CAGARAN KWSP BANK

Bagi membuat permohonan ini, hanya individu pencarum yang memenuhi syarat kelayakan sahaja dibenarkan menggunakan caruman mereka sebagai cagaran bagi tujuan pembiayaian kewangan.  Berikut adalah merupakan Prosedur permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian iaitu:

  1. Membuat semakan awal kelayakan dalam akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian
  2. Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan
  3. Membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

 

KESAN CAGARAN KWSP PINJAMAN BANK

Permohonan pengeluaran wang caruman KWSP pastinya mempunyai risiko terhadap pencarum. Dana caruman tersebut hakikatnya dicarum dan disimpan untuk pengeluaran hari tua setiap pencarum.

  • Jika wang ini digunakan sebelum masanya, secara tidak langsung akan menjejaskan kelangsungan hidup pencarum pada masa akan datang. Pastinya, pencarum yang memohon cagaran KWSP akan berdepan dengan risiko yang minimal.
  • Ini kerana ianya akan terjejas jika pencarum gagal melunaskan hutang mereka dengan pihak institusi bank. Hal ini akan menjejaskan caruman pencarum KWSP.
  • Walaupun kaedah ini dilihat sebagai kaedah yang membantu meringankan beban pencarum, namun kesannya bakal dirasa oleh pencarum apabila pencarum melepasi tempoh persaraan.
  • Wang caruman yang bakal diterima mungkin tidak mampu menampung kos sara hidup pada masa kini, bahkan pada masa akan datang.
  • Walaubagaimanapun, pihak kerajaan menjamin bahawa cagaran KWSP ini hanya memberikan risiko yang rendah kepada pemohon atau pencarum.

Nota: Anda boleh merujuk pada soalan lazim dibawah untuk mengetahui lebih terperinci

 

SOALAN LAZIM (FAQ) CAGARAN KWSP BANK

Adakah Simpanan EPF Berkurang Jika Lulus Cagaraan Kwsp Pada Bank?

  • Secara amnya, wang caruman KWSP pencarum yang digunakan sebagai cagaraan tidak akan berubah jika pencarum memohon untuk melakukan cagaran menggunakan wang KWSP.
  • Walaubagaimanapun, ianya juga memberi impak negatif kepada pencarum kerana ianya diibaratkan sebagai pencarum membayar hutang dengan membuat hutang di agensi lain.

Adakah Cagaran Bercanggah Dengan Akta EPF?

  • Kaedah secara kolateral iaitu kaedah menggunakan wang caruman KWSP sebagai wang cagaraan kepada pinjaman bank bagi melunaskan komitmen dan hutang bank.
  • Sepertimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyatakan bahawa kaedah kolateral dengan membenarkan pengeluaran caruman KWSP sebagai cagaraan bank tidak bercanggah dengan Akta KWSP 1991. (SUMBER: https://www.kwsp.gov.my)
  • Semua aspek telah diteliti dengan baik secara menyeluruh tanpa mengetepikan kewujudan Seksyen 51 Akta KWSP 1991.
  • Tambahan pula, cadangan ini telah diperkukuhkan lagi dengan persetujuan pakar ekonomi dan nasihat daripada Peguam Negara bagi membenarkan permohonan cagaran KWSP ini.

Adakan Dividen Dikira Berdasar Jumlah Asal Walaupun Lulus Kwsp Cagaran Bank?

  • Kaedah pemberian dividen pencarum adalah masih tertakluk pada jumlah caruman asal pencarum. Permohonan cagaran KWSP tidak akan menjejaskan penerimaan dividen tahunan pencarum.
  • Sebagai contoh, jumlah asal caruman pencarum KWSP yang memohon cagaran KWSP ialah RM100,000, maka dividen yang bakal diterima oleh pencarum adalah berdasarkan jumlah ini. Ianya tidak dikira berdasarkan jumlah caruman selepas cagaran dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment