INISIATIF GRADUAN PULANG SARAWAK iGPS RM300:PERMOHONAN & SEMAKAN
APA ITU iGPS
Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (iGPS) untuk pelajar Sarawak yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan diteruskan pada tahun 2020.
Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman sambil menambah pelajar terbabit boleh mengemukakan permohonan mendapatkan subsidi berkenaan mengikut terma dan syarat dikemukakan.
JUMLAH BANTUAN iGPS
RM300 (2 kali permohonan) setahun.
Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (iGPS) untuk pelajar Sarawak yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan diteruskan pada tahun 2020.
Baca tentang PERMOHONAN INSENTIF ENDOWMENT FUND SARAWAK(EFS) RM1,000
Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman sambil menambah pelajar terbabit boleh mengemukakan permohonan mendapatkan subsidi berkenaan mengikut terma dan syarat dikemukakan.
LAPORAN INISIATIF GRADUAN PULANG SARAWAK iGPS RM300 2019
Pada tahun 2019 katanya, semasa program itu dilancarkan sekretariat sukarelawan Sarawak menerima lebih 27,639 permohonan daripada pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan.
Menurutnya daripada jumlah itu, 19,184 permohonan diluluskan dan sudah menerima subsidi iGPS berjumlah RM300 bagi setiap permohonan.
Manakala 1,038 permohonan masih dalam proses kaji semula mengikut syarat dan terma iGPS.
Kepada anak kelahiran Sarawak yang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma bagi sesi Akedemik 2020/2021. Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) telah pun di buka.
Kerajaan negeri Sarawak telah membelanjakan sekitar RM1 juta untuk menyediakan subsidi tambang penerbangan bagi anak-anak Sarawak yang melanjutkan pengajian mereka di luar Sarawak.
Subsidi ini bagi mengurangkan beban ditanggung pelajar kita yang menuntut di Sarawak untuk balik ke kampung halaman setiap kali musim perayaan.
SYARAT KELAYAKAN iGPS 2020
antara syarat dan terma mendapatkan subsidi iGPS ialah permohon mesti rakyat Sarawak berumur 18 tahun dan ke atas ketika penerbangan, pelajar sepenuh masa di mana-mana IPT di Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan
TERMA & SYARAT PERMOHONAN
- Nilai subsidi adalah sebanyak RM300 seorang untuk satu perjalanan dari semenanjung Malaysia,Sabah & Wilayah Labuan ke Sarawak.
- Seorang pemohon hanya boleh memohon sebanyak dua kali sahaja setahun
- Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerbangan.
DOKUMEN YANG DIPERLU DISERTAKAN
- Borang permohonan yang lengkap disi
- Salinan Kad Pengenalan Diri
- Surat Pengesahan Pelajar Sepenuh Masa yang terkini daripada IPT pemohon
- Salinan Pas Masuk (Boarding Pass) & Tiket penerbangan sebagai bukti perjalanan.
CARA PERMOHONAN iGPS
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di pautan laman web YAYASAN SARAWAK atau dengan menggunakan mobile app Yayasan Sarawak Student App di Apple App Store (iOS) atau Google Play Store (Android).
Ikuti langkah/cara permohonan yang disediakan
MAKLUMAT LANJUT
Pemohon boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai iGPS, dengan melayari laman Facebook ‘Sarawak Volunteers’.
SEBARANG PERMOHONAN YANG LEWAT DAN TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DILAYAN.
SETIAP PERMOHONAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.
PIHAK SARAWAK VOLUNTEERS BERHAK UNTUK MENGUBAH TERMA DAN SYARAT TANPA PERLU MEMBERI NOTIS AWAL.
Tags: #INISIATIF GRADUAN PULANG SARAWAK(iGPS) RM300 #PERMOHONAN & SEMAKAN INISIATIF GRADUAN PULANG SARAWAK(iGPS) RM300
Voon Wun sing3 tahun ago
Tolong bawakan saya balik Sarawak..
Paun Anak Gindal3 tahun ago
Tolong bawakan saya balik kampung halaman saya.