INISIATIF GRUP PELAJAR SARAWAK MATRIKULASI: CARA PERMOHONAN I-GPS MATRIK

INISIATIF GRUP PELAJAR SARAWAK MATRIKULASI: CARA PERMOHONAN I-GPS MATRIK

INISIATIF GRUP PELAJAR SARAWAK MATRIKULASI
SARAWAK Volunteers dengan kerjasama Sarawak Disaster Management Committee (SDMC) menawarkan insiatif bantuan kepada para pelajar Sarawak yang akan mendaftar ke Pusat Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia dan W.P. Labuan yang memerlukan bantuan pengangkutan darat ke kolej masing-masing.

Inisiatif ini ditawarkan memandangkan terdapat ibubapa/penjaga yang tidak dapat menghantar anak-anak mereka untuk mendaftar kerana berdepan dengan kekangan semasa seperti perlunya mereka menjalani kuarantin wajib di Sarawak sekembalinya dari luar Semenanjung Malaysia, Sabah atau W.P. Labuan.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN INISIATIF GRUP PELAJAR SARAWAK MATRIKULASI

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

  1. Inisiatif ini terbuka untuk semua Anak Sarawak yang akan mendaftar ke Kolej Matrikulasi dibawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia dan W.P. Labuan.
  2. Terbuka hanya untuk pelajar yang akan mendaftar sendiri tanpa ditemani ibubapa/penjaga.
  3. Tiket penerbangan diurus dan ditanggung sendiri oleh pelajar.
  4. Sarawak Volunteers akan menyediakan pengangkutan dari lapangan terbang (semasa ketibaan), ke hotel penginapan (jika perlu) dan ke kolej masing-masing pada hari pendaftaran.

CARA PENDAFTARAN/PERMOHONAN I-GPS MATRIK

Pendaftaran adalah melalui link di bawah: https://bit.ly/2X5iqUh

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 Ogos 2020, jam 12 tengah hari.

Baca tentang INISIATIF GRADUAN PULANG SARAWAK iGPS RM300:PERMOHONAN & SEMAKAN

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN 

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan Sekretariat Sarawak Volunteers dengan menghubungi:

  1. Sdr. Nazmi – 013 571 7130
  2. Sdri. Eja – 014 698 3771
  3. Sdri. Khatijah – 012 847 7447

 

 

Tags: #INISIATIF GRUP PELAJAR SARAWAK MATRIKULASI: CARA PERMOHONAN I-GPS MATRIK

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    eRumah Johor 2022:DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
    eRumah Johor 2022:DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR   APA ITU eRumah
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Disember 2022)
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Disember 2022)   APA ITU ePenyata
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    DELIMa KPM 2022 (Cara Log Masuk Guna ID)
    DELIMa KPM 2022 (Cara Log Masuk Guna ID)   APA ITU DELIMa KPM

    Leave a reply "INISIATIF GRUP PELAJAR SARAWAK MATRIKULASI: CARA PERMOHONAN I-GPS MATRIK"