CARA BUAT DUIT DENGAN JAWAB SURVEY (Kaji Selidik Online)

CARA BUAT DUIT DENGAN JAWAB SURVEY (Kaji Selidik Online)

BUAT DUIT JAWAB SURVEY

Kepada anda yang ingin mencari pendapatan sampingan, anda boleh cuba menjawab kaji selidik secara online. Disini kami akan kongsikan antara platform yang boleh buat duit dengan hanya jawab survey, semoga membantu.

 

APA ITU SURVEY

Survey atau Kaji selidik dalam talian atau tinjauan online ini adalah salah satu tempat terbaik untuk sesiapa sahaja dan untuk anda diluar sana yang berminat nak menjana duit hanya dengan duduk di rumah. Terdapat banyak syarikat kaji selidik di seluruh dunia yang boleh anda sertai untuk mendapatkan bayaran.

 

GANJARAN JAWAB SURVEY

Ganjaran pulangan sangat menarik setelah anda berjaya melengkapkan kaji selidik antaranya adalah seperti berikut:

  • Ganjaran tunai
  • Baucar hadiah
  • Kupon

 

KADAR PENDAPATAN JAWAB SURVEY

Anda boleh menjana sehingga $ 100 hingga $ 1000 sebulan dengan mudah dengan jawab survey online menggunakan komputer riba atau telefon pintar anda

 

WEBSITE JAWAB SURVEY BOLEH DUIT

Berikut adalah merupakan antara beberapa platform atau website yang anda boleh cuba buat duit dengan jawab survey iaitu:

WEBSITELANGKAH-LANGKAH
SwagBucks
  • Swagbucks adalah salah satu laman web program ganjaran yang paling dipercayai dan popular. Terdapat 4 cara anda dapat memperoleh ganjaran dan wang tunai di Swagbucks dan salah satunya adalah dengan menjawab tinjauan.
  • Anda boleh dapatkan ganjaran dalam bentuk SB (Swagbucks) untuk setiap kaji selidik yang anda jawab. Anda kemudian boleh menebus SB anda untuk baucar hadiah atau Cashout terus ke akaun paypal anda.
  • Pastikan anda mendafar dengan e-mel anda yang sah. Anda boleh memperoleh sehingga 70 SB untuk menjawab tinjauan setiap hari dan kemudian menebus ganjaran ke bank melalui akaun PayPal anda.
Toluna
  • Toluna dikendalikan oleh syarikat pemasaran dan penyelidikan digital Toluna Group- UK. Ia juga salah satu tempat terbaik untuk mendapatkan duit percuma tanpa modal dengan menjawab kaji selidik online mudah. Hanya jawab survey ringkas dapat bayaran dalam USD!
  • Tinjauan atau survey ini biasanya berlangsung selama 15-20 minit dan setelah selesai melengkapkan kaji selidik, anda akan memperoleh kad hadiah, baucar, atau wang tunai jika anda berjaya melengkapkan kaji selidik di laman ini.
iSurveyWorld
  • iSurveyWorld adalah salah satu tempat terbaik dimana anda bolah buat duit dengan menjawab survey online. iSurveyWorld membayar anda wang tunai sebagai balasan bagi setiap tinjauan yang anda lakukan. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan menjadi sebahagian daripada komuniti mereka.
  • Anda memperoleh $ 5.00 USD percuma semasa mendaftar dengan iSurveyWorld dan seterusnya bolen mula menjana pendapatan dengan menjawab survey.
  • Sebaik sahaja anda mencapai baki pembayaran minimum iaitu $10.00 USD, anda boleh keluarkan ke akaun bank anda melalui akaun PayPal anda.
InboxDollars
  • InboxDollars adalah laman web program ganjaran berasaskan wang tunai dan komuniti terkenal untuk mengambil tinjauan dalam talian.
  • Sebaik anda selesai mendaftar, anda akan mendapat bonus $ 5.00 USD di akaun anda. Perlu anda ingat! Setiap tinjauan perlu diselesaikan dalam jangka waktu yang ditentukan, biasanya survey yang mengambil masa yang lama mahal bayarannya.
  • Anda perlu mengumpul sekurang-kurangnya minimum$ 30.00 USD agar layak mendapat pembayaran tunai ke akaun Paypal anda.
iPoll
  • iPoll adalah laman tinjauan antarabangsa yang terkenal. Laman web ini telah membantu ramai orang di seluruh dunia untuk menjana pendapatan tambahan. Hanya jawab survey online dapat duit percuma.
  • Daftar sekarang dan dapatkan $ 5.00 USD dengan cepat di akaun anda. Minimum pembayaran adalah $ 25.00 USD ke akaun PayPal anda.
ySense
  • ySense merupakan laman ganjaran dalam talian dimana anda boleh dapatkan duit percuma dengan melengkapkan tugasan-tugasan mudah di laman tersebut.
  • Bagi setiap tugasan yang anda lengkapkan anda akan diberi ganjaran dalam duit USD. Anda boleh keluarkan duit ini bila-bila masa ke akaun bank simpanan anda apabila anda mencapai minimum RM40.00 atau $10.00 USD melalui akaun PayPal anda
Google Opinion Rewards
  • Google Opinion Rewards adalah aplikasi rasmi yang dilancarkan oleh Google. Melalui aplikasi ini, Anda mesti mengisi soalan survey tentang membeli-belah dan melancong. Soalan survey yang ditanya juga sangat mudah, seperti tentang rancangan perjalanan atau memilih tempat melancong terbaik.
  • Untuk mendapatkan mata, Anda tidak boleh cuai/menipu dalam mengisi soalan survey. Kerana, hasil survey yang Anda isi disahkan oleh Google. Apabila pengesahan selesai, maka Anda akan mendapat mata yang boleh ditukar dengan dollar.
  • Tetapi, Anda tidak dapat memperoleh mata setiap hari dari aplikasi ini, sebab survey tidak selalu tersedia setiap hari. Anda perlu bersabar jika ingin menjana pendapatan melalui aplikasi ini.

 

CARA JAWAB SURVEY UNTUK DAPAT DUIT

Disini kami akan kongsikan contoh menjawab servey di website Google Opinion Rewards iaitu:

  1. Layari website Google Opinion Rewards
  2. Klik Next di bahagian bawah dan klik Get Started
  3. Sila login menggunakan akaun Google Anda.
  4. Pada paparan utama klik di bahagian garis tiga dan klik pada My Tasks
  5. Sila masukkan Negara, Postcode, Umur, Gender dan Languages dan Klik Complete
  6. Setelah itu aplikasi Google Opinion Rewards akan setup profil Anda, klik OK.
  7. Sila jawab beberapa soalan. Klik Hantar.
  8. Setelah selesai jawab survey, sila klik butang Close.
  9. Anda boleh lihat baki keseluruhan yang di berikan oleh Google Opinion Rewards di bahagian Google Play Balances.
  10. Anda boleh jawab survey baru untuk menambah baki Anda.

ARTIKEL BERKAITAN

Leave a Comment