INISIATIF JANJI TEMU ONLINE KWSP SEPANJANG PKPB

INISIATIF JANJI TEMU ONLINE KWSP SEPANJANG PKPB

INISIATIF JANJI TEMU ONLINE KWSP SEPANJANG PKPB

Bagi anda yang ada keperluan untuk menyelesaikan urusan di  kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), KWSP menawarkan INISIATIF JANJI TEMU ONLINE KWSP SEPANJANG PKPB untuk perkhidmatan tertentu.

APA ITU JANJI TEMU ONLINE KWSP

Janji Temu Online adalah platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih oleh Ahli.

PERKHIDMATAN YANG TERSENARAI DALAM JANJI TEMU ONLINE

Perkhidmatan kaunter yang boleh dibuat melalui Janji Temu Online adalah seperti berikut:

(a) Pengeluaran Umur 50 tahun

(b) Pengeluaran Umur 55 tahun

(c) Pengeluaran Umur 60 tahun

(d) Pengeluaran Kesihatan

Selain pengeluaran di atas, Ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian (i-Akaun Ahli) untuk membuat permohonan pengeluaran dengan melayari kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals.

Majikan juga tidak dibenarkan untuk hadir di cawangan kerana semua perkhidmatan boleh dilakukan dengan menghubungi pegawai Khidmat Nasihat Majikan masing-masing selain semua ahli dikehendaki mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial yang ditetapkan ketika hadir di cawangan.

Anda telah buat SEMAKAN PENERIMAAN BAYARAN i-LESTARI KWSP

MAKLUMAT JANJI TEMU ONLINE KWSP

a)Operasi Kaunter Perkhidmatan KWSP

Kaunter Perkhidmatan KWSP akan beroperasi mulai hari Rabu, 6 Mei 2020 berkonsepkan janji temu yang boleh dimohon melalui www.kwsp.gov.my dan klik pada pautan Janji Temu Online.

b)Waktu operasi kaunter

9.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja.

c)Penutupan awal operasi kaunter

Waktu penutupan awal operasi kaunter adalah kerana KWSP menekankan perkhidmatan penting kepada ahli di samping menyahut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia agar mematuhi saranan penjarakan sosial serta meminimumkan sentuhan secara terus.

Tempoh untuk membuat permohonan melalui Janji Temu Online

Ahli KWSP boleh memohon melalui Janji Temu Online seawal-awalnya 14 hari bekerja dan selewat-lewatnya 1 hari bekerja (24 jam)* sebelum tarikh yang ditetapkan, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu tersebut.

Contoh situasi :

Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa, tarikh paling awal yang Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP adalah pada hari Rabu atau pada hari-hari selepasnya, bergantung kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan masa yang ingin dipohon.

PANDUAN UNTUK PENGGUNA MEMBUAT PERMOHONAN JANJI TEMU ONLINE

Baca disini untuk mendapatkan panduan untuk membuat janji temu online. Mudah sahaja. Baca dengan teliti sebelum membuat permohonan janji temu online.

Ahli disarankan untuk memilih cawangan KWSP yang berhampiran dengan tempat tinggal. Klik pautan untuk mendapatkan alamat cawangan KWSP.

 

Tags: #INISIATIF JANJI TEMU ONLINE KWSP SEPANJANG PKPB #PANDUAN UNTUK PENGGUNA MEMBUAT PERMOHONAN JANJI TEMU ONLINE

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    KEMPEN E-DAGANG PENJANA : CARA DAFTAR & SENARAI MANFAAT UNTUK USAHAWAN PKS
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinKEMPEN E-DAGANG PENJANA : CARA DAFTAR & SENARAI MANFAAT UNTUK USAHAWAN PKS
    BANCI 2020/eCENSUS : CARA DAFTAR,LOG MASUK & JAWAB SOALAN SELIDIK ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANCI 2020/eCENSUS : CARA DAFTAR,LOG MASUK & JAWAB SOALAN SELIDIK ONLINE APA
    SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPiM PENJANA : CARA PERMOHONAN ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPiM PENJANA : CARA PERMOHONAN ONLINE APA ITU
    TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 : CARA & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 : CARA & BORANG PERMOHONAN APA

    Leave a reply "INISIATIF JANJI TEMU ONLINE KWSP SEPANJANG PKPB"