INISIATIF KERAJAAN NEGERI TANGANI COVID-19

INISIATIF KERAJAAN NEGERI TANGANI COVID-19

INISIATIF KERAJAAN NEGERI TANGANI COVID-19

INISIATIF KERAJAAN JOHOR TANGANI COVID-19

Kerajaan negeri mengumumkan beberapa inisiatif yang boleh meringankan impak ekonomi dihadapi masyarakat sebagai langkah keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.

DATA TERKINI PEJABAT KESIHATAN JOHOR
laporan yang dikeluarkan oleh pejabat kesihatan Johor menyatakan, terdapat 88 pesakit positif COVID-19 dan sehingga jam 12 malam tadi, angka itu meningkat kepada 101 pesakit yang positif.


1.BANTUAN RM1000 PESAKIT COVID-19 DI JOHOR

Bantuan one-off yang akan diberikan termasuk sejumlah RM1,000 kepada semua pesakit yang positif COVID-19 di negeri Johor.

2.ONE-OFF RM20,000 KEPADA WAKIL RAKYAT & ADUN

Kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberi peruntukan one-off berjumlah RM20,000 kepada 56 wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Sebagai tanda takziah kerajaan negeri, sebanyak RM2,000 akan disampaikan kepada setiap waris mangsa yang meninggal dunia akibat COVID-19.

3. BANTUAN SEGERA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Majlis Agama Islam Negeri Johor akan mempertimbangkan bantuan segera bagi kategori asnaf yang terkesan dengan COVID-19.

4. INISIATIF  PENGECUALIAN BAYARAN SEWA PREMISKerajaan negeri akan memberi insentif pengecualian bayaran sewa premis kepada 10,371 peniaga bermula April hingga Disember 2020 iaitu antaranya peniaga yang menyewa premis milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pasar awam.

5.PENIAGA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA(PKS)

Peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di 151 premis milik kerajaan negeri yang diuruskan contohnya Perbadanan Usahawan Negeri Johor juga akan diberi kelonggaran dan insentif yang sepatutnya.

6. INISIATIF KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI YAG BERSTATUS PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Bagi kakitangan kerajaan negeri yang berstatus pekerja sambilan harian gaji mereka akan dikira sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

INISIATIF KERAJAAN NEGERI SEMBILAN  TANGANI COVID-19

1. GAJI PENJAWAT AWAM DI NEGERI SEMBILAN PADA 20 MAC 2020

Bayaran gaji penjawat awam di Negeri Sembilan akan diawalkan kepada 20 Mac ini

2. BAYARAN BANTUAN AM JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT(JKM) DIPERCEPATKAN

Bayaran bantuan am Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dipercepatkan supaya dapat dibelanjakan untuk kegunaan harian.

3. LANJUTAN TEMPOH AKHIR BAYARAN CUKAI TANAH

Kerajaan negeri juga bersetuju melanjutkan tempoh akhir bayaran cukai tanah daripada 31 Mei kepada 31 Julai ini tanpa dikenakan bayaran denda lewat.

4.BANTUAN KEPERLUAN ASAS SEBANYAK RM3JUTA

Kerajaan menyediakan bantuan keperluan asas sebanyak RM3 juta berbentuk barangan keperluan harian disediakan kerajaan negeri kepada individu berpendapatan rendah yang terjejas punca pendapatan harian akibat penularan coronavirus (COVID-19).

INISIATIF KERAJAAN PULAU PINANG   TANGANI COVID-19

1. ZAKAT PULAU PINANG SALUR RM500 UNTUK PENIAGA KECIL ASNAF

Zakat Pulau Pinang salur RM500 bantu peniaga kecil asnaf. Pemohon perlu mengisi borang Skim Bantuan Khas Peniaga Kecil Asnaf ZPP, yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.zakatpenang.com bermula 20 Mac hingga 24 Mac ini.

2.KERAJAAN NEGERI SEDIAKAN BAJET RM20 JUTA UNTUK TANGANI COVID-19

Bajet RM20 juta digunakan untuk pemberian insentif-insentif tertentu untuk membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan yang terjejas akibat wabak ini.

INISIATIF KERAJAAN PERAK TANGANI COVID-19

1. BANTUAN ONE-OFF SEBANYAK RM500

Sebanyak RM2 juta akan disalurkan kepada 4,000 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

2.MEMPERCEPATKAN BAYARAN GAJI

Mempercepatkan bayaran gaji kakitangan tetap dan kontrak serta pekerja sambilan harian kepada 19 Mac 2020

3.MENANGGUNG BAYARAN 3 BULAN (MAC-MEI 2020)

-Bayaran Balik Tabung Usahawan dan Mikrokredit Yayasan Perak

-Pinjaman Pendidikan Negeri Perak

-Bayaran Balik Rumah Harapan

-Bayaran sewa bulanan Program Perumahan Rakyat Negeri Perak

4.MENANGGUH PEMBAYARAN 3 BULAN (MAC-MEI 2020)

-Bayaran Sewa Beli Rancangan Perumahan Awam

-Bayaran Sewa Skim Pertapakan Kemudahan Asas

5.BAYARAN SEPARUH KOS SEWAAN

Bayaran separuh kos sewaan gerai makanan dan medan selera PBT selama dua bulan (Mac & April 2020)

6. BANTUAN SOSIAL KOTAK MAKANAN

Bantuan Sosial Kotak Makanan kepada golongan sasar yang akan diagihkan melalui Pejabat Daerah

7.TAJAAN MAKAN TENGAH HARI DAN MAKAN MALAM UNTUK 1500 PETUGAS BARISAN HADAPAN DI JKNP

Tajaan makan tengah hari dan makan malam untuk 1,500 petugas barisan hadapan (front liner) perubatan (doktor, jururawat, petugas kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak) yang terlibat dalam menangani wabak COVID-19.

8.PERUNTUKAN KHAS BERJUMLAH RM160,000

Peruntukan khas berjumlah RM160,000 untuk peralatan sokongan tambahan Jabatan Kesihatan Negeri Perak

INISIATIF KERAJAAN SELANGOR  TANGANI COVID-19

Pakej Rangsangan Selangor Prihatin COVID-19

1.Insentif ‘one-off’ RM200 dan bantuan makanan semasa bertugas sehingga 31 Mac ini kepada 6,000 petugas yang dikenal pasti di hospital-hospital seluruh Selangor.

2.Bantuan kepada penjaja, peniaga berlesen menerusi pengecualian sewa bagi 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis.

Yang turut disediakan adalah RM40 juta sebagai pemberian khas ‘one-off’ RM500 bagi melancarkan aliran tunai masing-masing. Permohonan akan dibuka pada 1 hingga 30 April depan sebelum bantuan disalurkan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

3.Penangguhan serta-merta bayaran balik pinjaman Skim HIJRAH Selangor bagi tiga bulan ansuran.

4.Bantuan sara diri ‘one-off’ RM200 kepada mahasiswa Selangor di IPT Sabah & Sarawak yang membabitkan keseluruhan 2,500 pelajar. Bagi pelajar-pelajar Selangor di tempat lain yang terpaksa kekal di kampus masing-masing, khususnya di Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej INPENS, akan diberi makanan percuma bermula 22 Mac hingga 31 Mac.

5.Penangguhan bayaran sewa peserta Skim Smart Sewa sebanyak tiga bulan ansuran.

6.Penggunaan khas peruntukan 56 Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor. Kelonggaran akan diberikan kepada setiap ADUN dengan anggaran kira-kira RM30,000 sebagai perbelanjaan aktiviti Mesra Rakyat, khususnya untuk keperluan harian individu dan keluarga yang terkesan.

7.Lanjutan tempoh akhir bayaran cukai tanah/petak dari 31 Mei kepada 30 Jun depan. Kelonggaran turut diberikan kepada semua pembayar cukai untuk melewatkan pembayaran cukai tanah/petak selama satu bulan tanpa sebarang bebanan kos kepada pihak kerajaan negeri.

INISIATIF KERAJAAN KELANTAN  TANGANI COVID-19

Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM 5 Juta sebagai Peruntukan Khas  bagi menangani dan meringankan beban kesusahan rakyat yang kurang berkemampuan akibat kesan penularan wabak Covid-19.

Kaedah dan pelaksanaan akan diperincikan dan dimaklumkan kemudian. Bagi kakitangan Kerajaan yang berstatus Kontrak dan Sambilan pembayaran gaji/elaun akan dibayar sebagaimana kakitangan biasa.

 

 

Tags: #INISIATIF KERAJAAN JOHOR TANGANI COVID-19 #INISIATIF KERAJAAN KELANTAN  TANGANI COVID-19 #INISIATIF KERAJAAN NEGERI SEMBILAN  TANGANI COVID-19 #INISIATIF KERAJAAN PERAK TANGANI COVID-19 #INISIATIF KERAJAAN PULAU PINANG   TANGANI COVID-19 #INISIATIF KERAJAAN SELANGOR  TANGANI COVID-19

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    LOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my):PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLOG MASUK CIMS 3.0(miti.gov.my): PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP Kepada syarikat yang
    HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinHADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN (epenawaran.moe.gov.my) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    TRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTRRF BNM:CARA PERMOHONAN DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000 Untuk makluman kepada PKS,Bank
    LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA 
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinLESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA(LMTS) 2021:PERMOHONAN LESEN PERCUMA  Program lesen motosikal percuma diteruskan

    Leave a reply "INISIATIF KERAJAAN NEGERI TANGANI COVID-19"