PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER RIBA YAYASAN NEGERI SEMBILAN

PERMOHONAN BANTUAN KOMPUTER RIBA YAYASAN NEGERI SEMBILAN 

KOMPUTER RIBA NEGERI SEMBILAN

Kepada para pelajar khususnya dari golongan B40 di Negeri Sembilan yang masih tidak mempunyai komputer riba bagi tujuan pendidikan, anda boleh membuat permohonan secara online menerusi Bantuan KomputerRiba Yayasan NegeriSembilan. Di sini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN KOMPUTER RIBA NEGERI SEMBILAN

Bantuan Komputer Riba Yayasan NegeriSembilan merupakan salah satu usaha Kerajaan NegeriSembilan bagi membantu para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan sempurna.

Dengan bantuan ini diharap dapat membantu pelajar daripada golongan B40 yang tidak berkemampuan untuk membeli komputer riba untuk mengikuti kelas di atas talian, pembelajaran dan pengajian dari rumah dan sebagainya.

 

SYARAT PERMOHONAN KOMPUTER RIBA N. SEMBILAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan yang telah ditetapkan:

  1. Anak kelahiran Negeri Sembilan (no kad pengenalan 05/31/59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8) tahun  (sila kemukakan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah).
  2. Pendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan).
  3. Pelajar IPTA/Politeknik yang masih belajar di peringkat pengajian, Diploma dan Ijazah sahaja (pelajar sepenuh masa).
  4. Permohonan hanya layak kepada pelajar tahun pertama 1 sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar).
  5. Sekiranya terdapat 2 permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya 1 pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan semasa untuk membuat permohonan:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Surat tawaran belajar.
  3. Surat pengesahan belajar.
  4. Sijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.
  5. Penyata gaji bapa.
  6. Surat pengesahan pendapatan bapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja).
  7. Penyata gaji ibu.
  8. Surat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja).
  9. Salinan kad pengenalan bapa.
  10. Salinan kad pengenalan ibu.

 

CARA PERMOHONAN KOMPUTER RIBA NEGERI SEMBILAN

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakn dan sediakan dokumen yang diperlukan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari pautan permohonan iaitu http://bit.ly/BantuanKomputerRibaYNS
  2. Baca terma & syarat permohonan dan klik Next
  3. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan klik butang Next
  4. Muat naik (upload) dokumen yang diperlukan
  5. Klik butang Submit untuk menghantar permohonan
  6. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan, anda boleh layari website https://www.yns.gov.my/v7/ms

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN N. SEMBILAN ( TUNS & TUNS Plus)

Leave a Comment