INSENTIF PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL

APA ITU INSENTIF PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL

INSENTIF PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL

INSENTIF PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL untuk menggalakkan pengaturan kerja dari rumah dengan menyediakan bantuan kepada majikan dan pekerja

Di bawah teras memperkasakan rakyat, pelan jangka pendek itu juga bertujuan membina sebuah ekosistem yang dapat membantu pekerja kembali bekerja dan menyesuaikan diri dengan norma kerja baharu melalui Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel.

Bagi menggalakkan amalan pekerjaan selaras dengan norma baharu, Kerajaan akan memberi insentif percukaian seperti berikut:

-Galakan potongan cukai tambahan akan diberikan ke atas perbelanjaan yang layak kepada majikan yang melaksanakan atau membuat penambahbaikan pengaturan kerja fleksibel sedia ada (mulai 1 Julai 2020)

-Pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, tablet, komputer riba, dan tablet daripada majikan (mulai 1 Julai 2020)

-Pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM2,500 akan diberikan ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet (mulai 1 Jun 2020)

Dengan pertambahan rakyat Malaysia yang bekerja dari rumah, PERKESO akan melindungi:

Pekerja yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan pekerjaan di rumah bawah Skim Bencana Kerja Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel

Adakah anda tahu tentang SKIM BENCANA KERJA?

GARIS PANDUAN PENGATURAN BEKERJA DARI RUMAH

Kerajaan perlu menyediakan satu garis panduan melibatkan majikan dan pekerja selaras dengan objektif untuk menjayakan pengaturan bekerja dari rumah yang digariskan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Garis panduan itu wajar disediakan kerajaan bagi memudahkan urusan semua pihak di samping melindungi hak mereka yang bekerja dari rumah.

Contohnya ia bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku seperti pemberhentian pekerja secara mengejut memandangkan budaya bekerja dari rumah mungkin dipraktikkan sebagai amalan baharu selepas ini.

Fleksibiliti dalam pengaturan kerja ini adalah budaya baharu, maka kepercayaan antara majikan dan pekerja harus dijadikan satu perkara pokok kerana melibatkan kedua-dua belah pihak.

Sebagai contoh, bagaimana majikan hendak membuat KPI (indeks prestasi utama) bagi kenaikan gaji atau bonus, maka perkara ini menjadi persoalan besar dan mesti ada pendekatan berhemah.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut, layari laman portal LHDN

Maklumat lanjut, layari laman portal PERKESO

 

Tags: #APA ITU INSENTIF PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL #GARIS PANDUAN PENGATURAN BEKERJA DARI RUMAH #INSENTIF PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "INSENTIF PENGATURAN KERJA FLEKSIBEL"