INSENTIF PENGELUARAN GETAH (CARA & SEMAKAN PERMOHONAN IPG)

INSENTIF PENGELUARAN GETAH (CARA & SEMAKAN PERMOHONAN IPG)

INSENTIF PENGELUARAN GETAH (CARA & SEMAKAN PERMOHONAN IPG)

 

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan September 2020 mulai 1 hingga 31 Oktober 2020, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

LGM dalam satu kenyataan hari ini berkata, IPG bagi bulan September 2020 di Semenanjung adalah sebanyak 40 sen sekilogram, manakala bagi Sabah dan Sarawak masing-masing sebanyak 70 sen dan 60 sen sekilogram.

Pada bulan September 2020, harga purata peringkat ladang bagi sekilogram cuplump adalah RM2.10 untuk Semenanjung, RM1.80 Sabah dan RM1.90 Sarawak,” kata lembaga itu.

Kepada ibubapa yang bimbang untuk hantar anak ke sekolah, boleh muat turun,edit je surat ini CONTOH SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH

APA ITU IPG?

Mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah

Ini bermakna harga getah disokong pada RM2.50 sekilogram apabila pekebun kecil menjual getah kepada pembeli getah berlesen (peraih) menggunakan kad PAT-G.

IPG TERAKTIF

LGM telah memaklumkan bahawa IPG TERAKTIF bagi bulan September 2020 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan bayaran seperti berikut:

  • Semenanjung : RM 0.40 sekilogram;
  • Sabah : RM 0.70 sekilogram; dan
  • Sarawak : RM 0.60 sekilogram.

Baca tentang BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2020: CARA,BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BMT

SYARAT PENERIMAAN IPG

Hanya pemohon yang memenuhi syarat berikut sahaja layak menerima Insentif IPG:

  • Pekebun Kecil
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki PAT-G
  • Memiliki kebun bersaiz kurang dari 100 ekar
  • Menjual getah – Lateks, USS dan cuplump

DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat tuntutan IPG adalah:

  • Borang tuntutan IPG
  • Salinan PAT-G (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Resit jualan getah
  • Persetujuan pembahagian IPG (jika perlu)
  • Salinan penyata / buku bank

PROSES PERMOHONAN IPG

Berikut adalah proses permohonan bagi pekebun kecil individu dan pekebun kecil di bawah Agensi seperti FELDA/FELCRA/LIGS/JPS.

Pekebun Kecil Individu

1.Pekebun kecil akan menghantar tuntutan IPG ke dua-dua saluran berikut:

i) Agen Pembeli Getah; DAN

ii) Pejabat LGM

2.Agen akan mengumpul tuntutan IPG dan menghantar ke pejabat LGM

3.Maklumat tuntutan IPG akan diproses dan disemak oleh LGM

4.LGM membuat bayaran IPG

5. IPG dibayar terus ke akaun pekebun kecil

INSENTIF PENGELUARAN GETAH

Pekebun Kecil Di Bawah Agensi (FELDA/FELCRA/LIGS/JPS)

1.Agensi memproses tuntutan IPG & menghantar ke LGM

2.Maklumat tuntutan IPG diproses oleh LGM

3.LGM membuat bayaran IPG

4.IPG dibayar terus ke:

i) Akaun pekebun kecil Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)

ii) Agensi (FELDA/FELCRA/LIGS)

INSENTIF PENGELUARAN GETAH

CONTOH MANFAAT IPG KEPADA PEKEBUN KECIL

Berikut adalah contoh manfaat IPG yang akan pekebun kecil peroleh selepas membuat tuntutan yang berjaya:

INSENTIF PENGELUARAN GETAH

CARA PERMOHONAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)

Pemohon boleh log masuk ke Sistem Insentif Pengeluaran Getah untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan IPG.

INSENTIF PENGELUARAN GETAH

SEMAKAN PERMOHONAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH(IPG)

Semakan Permohonan IPG  anda boleh dibuat DISINI

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian Hotline LGM di 1-800-888-474 (waktu bekerja) atau WhatsApp ke nombor 019 602 6001 / 109 625 7900 (selepas jam 5 petang).

6 thoughts on “INSENTIF PENGELUARAN GETAH (CARA & SEMAKAN PERMOHONAN IPG)”

  1. saya telah memohon IPG dan telah lulus pada tahun 2018 tetapi no a/c bank saya dan no talipon saya telah berubah menyebabkan saya tidak lagi dapat membuat tuntutan ibg saya. bagaimana cara untuk saya dapat balik tuntutan saya.

    Balas
  2. ipg saya apa sebap tiba2 tiada masuk acc lagi.. sedangkan yg lain sudah dapat 2bulan punya pembayaran.
    agensi LIGS cuti ka sepanjang pkp. atau pekerjanya cuma ambil kehadiran bekerja sahaja dan tidak buat kerja.. sejak tahun lalu belum ada saya dapat pembayaran sehinga sekarang.

    Balas

Leave a Comment