INSENTIF PERAK PRIHATIN (DAFTAR,LOGIN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN KAD PERAK PRIHATIN)
Perak Prihatin merupakan sebuah program kebajikan yang dikhususkan bagi golongan yang kurang berkemampuan (Golongan B40).
Program ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup melalui bantuan kewangan Perak Prihatan, dimana mereka akan dapat akses kepada rawatan kesihatan dan pembelian barangan yang asas.
Penerima bantuan ini bolehlah mendapat rawatan kesihatan asas di klinik-klinik panel & membeli barangan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).
APA ITU INSENTIF KAD PERAK PRIHATIN
Kad kesihatan dan makanan kepada golongan yang memerlukan. Melalui kad ini, penerima boleh membeli keperluan asas dan rawatan kesihatan asas, berdasarkan bantuan bulanan yang diperuntukkan.
Sejumlah wang akan dimasukan dalam kad berkenaan, sebahagian untuk bayaran klinik swasta dan sebahagian lagi untuk makanan.
MANFAAT KESIHATAN KAD PERAK PRIHATIN
- RM 300- Had pembiayaan setahun
- RM 50 -Had gunaan setiap kali rawatan
- Tiada had jenis rawatan / perubatan bagi kesihatan asas
MANFAAT BANTUAN MAKANAN KAD PERAK PRIHATIN
- Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
- Kad PERAK PRIHATIN boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
- Kad PERAK PRIHATIN akan ditambah nilai ke tahap RM80 setiap bulan secara automatik
- Satu kad PERAK PRIHATIN akan diberi kepada setiap keluarga yang layak
- RM80 Had bulanan pembelian barangan keperluan asas
SEMAKAN KELAYAKAN INISIATIF KAD PERAK PRIHATIN
Untuk kategori khas, sila isi nombor kad pengenalan untuk menyemak samada anda telah pun layak untuk menerima manfaat PERAK PRIHATIN.Sila semak dibawah
SEMAKAN KELAYAKAN PERAK PRIHATIN
PENGAKTIFAN KAD PERAK PRIHATIN
Jika anda layak, maka anda akan diberikan kad perak prihatin.Sebelum guna atau dapat manfaat daripada kad tersebut,anda perlu aktifkan kad perak prihatin terlebih dahulu.
CARA AKTIFKAN KAD PERAK PRIHATIN SECARA ONLINE
Layari https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp
Lengkapkan maklumat diperlukan
Tekan HANTAR
CARA AKTIFKAN KAD PERAK PRIHATIN MENERUSI SMS
WBC<jaraj>PACT<jarak>NO.KAD(6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>NO.MYKAD(6 DIGIT TERAKHIR)Hantar ke 33555
(WBC PACT 123456 105100)
CARA AKTIFKAN KAD PERAK PRIHATIN MENERUSI PUSAT PANGGILAN
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PERAK PRIHATIN di talian 1800 22 6600 atau emel ke [email protected]
LOGIN MEMBER PERAK PRIHATIN
Masukan username, password dan tekan LOGIN
CARA PENGGUNAAN KAD KESIHATAN
Klik disini untuk belajar cara menggunakan kad kesihatan
CARA PENGGUNAAN KAD MAKANAN
Klik disini untuk belajar cara menggunakan kad makanan
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Klik disini untuk semak senarai barangan keperluan asas
Senarai Kedai Runcit dan Klinik Swasta Terpilih
SENARAI KEDAI RUNCIT & KLINIK SWASTA TERPILIH DALAM INSENTIF PERAK PRIHATIN
Semak disini
Perhatian untuk penerima Kad Perak Prihatin,
Sukacita dimaklumkan bahawa had penggunaan bagi manfaat kesihatan telah dinaikkan daripada RM70.00 kepada RM75.00 untuk setiap kali rawatan. Manakala had pembiayaan kesihatan adalah RM150.00 setahun. Tiada had untuk jenis rawatan atau perubatan bagi setiap rawatan asas yang dilakukan berkuatkuasa pada 01 Januari 2022.
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan Kad Perak Prihatin boleh hubungi kami di pusat panggilan perkhidmatan kami di talian 1800 22 6600 atau Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di talian 05 526 9829 dan juga melalui melalui email di https://www.perakprihatin.com dan [email protected]
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Hubungi 1800 22 6600
Layari perakprihatin.com
Emel kepada [email protected]
ARTIKEL LAIN
RUMAH PERAKKU 2022(Cara Daftar Permohonan & Semakan Status)
Tags: #CARA AKTIFKAN KAD PERAK PRIHATIN MENERUSI PUSAT PANGGILAN #CARA AKTIFKAN KAD PERAK PRIHATIN MENERUSI SMS #CARA AKTIFKAN KAD PERAK PRIHATIN SECARA ONLINE #CARA PENGGUNAAN KAD KESIHATAN/MAKANAN #LOGIN MEMBER PERAK PRIHATIN #MANFAAT BANTUAN MAKANAN KAD PERAK PRIHATIN #MANFAAT KESIHATAN KAD PERAK PRIHATIN #SEMAKAN KELAYAKAN INISIATIF KAD PERAK PRIHATIN
THAMILARASAN A/L PALIKURTAP2 tahun ago
mohon kad perhatian
Sarina binti mohamed rashid2 tahun ago
Mohon kad perak prihatin
MOHD KHAIRUL ARIFFIN BIN HUSSIN2 tahun ago
Saya ingin memohon kad prihatin perak..saya OKU..
Nor mastura bt talha2 tahun ago
Mcmana sy nk daftar nama Anak untuk penggunaan kad perak kesihatan
Thurka Devi D/O Subramaniam2 tahun ago
INSENTIF PERAK PRIHATIN:DAFTAR,LOGIN&SEMAKAN STATUS KELAYAKAN KAD PERAK PRIHATIN
ridwan bin baseri2 tahun ago
assalamualaikum saya nak tanya bagaimana hendak mendapatkan kad prihatin??…bagaimana dengan syarat-syarat nya?…
Eza2 tahun ago
Nk tanye,sy penerima bantuan kad perak.tahun 2020,sy x blum menggunakn kad perak ni smase pkp bulan 6 dan bulan 9.di harap sy dapat tuntut untuk 2 bulan ini
prema2 tahun ago
Nama saya prema.di mana boleh dapatkan kad perak prihatian.saya dekat tiada .
Noor Asshikin bt Bahari2 tahun ago
Nk mohon kad perihatin perak. Nk link borang pemohonan. . On9
Suharni Binti Alias2 tahun ago
Assalammualaikum mcm mn cara saya nak mohon kada perak prihatin
SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk: Borang Permohonan & Semakan Bantuan - KekandaMemey4 hari ago
[…] Kepada rakyat negeri Perak yang layak, boleh mohon INSENTIF PERAK PRIHATIN […]